Anak-anak adalah amanah kita, tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Kitalah yang mencorakkan bagaimana kehidupan anak kita. Baik yang kita lakukan, baik jugalah jalannya.
Namun mendidik anak terasa cabarannya. Selalulah amalkan dua surah dan amalan ini buat anak, lebih-lebih lagi bagi mengelakkan anak degil dan mudah mendengar kata. Kita usahakan sama-sama.
Amalan untuk anak-anak.
Amalan ini saya terima dari Habib Muhammad Al-Jufri حفظه الله:
1. Iaitu ambilkan air lalu dibaca Surah Al-Fatihah sehingga pada ayat اهدنا الصراط المستقيم kemudian diulang sebanyak 7x @ 14x @ 21x @ 40x @ sebanyak mana yang mungkin.
Ads
Tiup di air atau dibuat minum. Seeloknya awal pagi, sebelum atau selepas Subuh.
Kata Habib: Penjagaan anak-anak di akhir zaman ni cukup penting, hatta amalan ini, jika kerap diamalkan InsyaAllah nafsu liar pun akan terkawal dengan izin Allah.
2. Bak Haji Yaacob حفظه الله juga berpesan supaya: Sebelum tidur bacakan ayat terakhir surah Ali Imran di ubun anak sebelum tidur. Ayatnya iaitu: (یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ)
Ads
[Surah Aal-E-Imran 200]
InsyaAllah anak-anak tak degil, dengar cakap.
Begitu juga, kalau ada suami isteri yang keras perangainya, kerja marah ja.
Ads
Maka, lepas baca boleh ditiup di ubun masa tidur atau sebelum tidur atau dibuat air minum.
Wallahualam Anak-anak kita adalah amanah Allah. Jangan biarkan rosak dengan nafsu yang liar
Pasangan suami isteri yang bahagia adalah saling melengkapi antara satu sama dan sentiasa bertolak ansur. Sikap ini jelas digambarkan oleh perkongsian sekeping foto di instagram suami kepada Jojie Aminuddin yang memberikan ucapan penghargaan buat isterinya kala memasak sajian berbuka puasa.
Malah kata suami Jojie, urusan memasak adalah tanggungjawab suami, bukan isteri semata. Lantaran itu, dia tidak menggalakkan Jojie memasak atau melakukan kerja rumah sejak hari pertama berkahwin. Sweetkan!
Sweetnya
Sejujurnya saya tidak menggalakkan isteri kesayangan saya @JojieAminuddin untuk memasak atau melakukan kerja rumah sejak hari pertama perkahwinan. Tanggungjawab suami bukan? Tetapi semalam saya terima mesej Whatsapp, makanan berbuka puasa sudah siap sepenuhnya. Alhamdulillah sedap sehingga saya menambah nambah manakala @YangMaryam pula berbuka puasa dengan makanan kegemarannya Spaghetti Bolognese. Puan @JojieAminuddin terima kasih ya. Tiada apa yang saya pinta, cukup dengan kebahagiaan ini Alhamdulillah (Orang didalam gambar bukan isteri saya, harap maklum )
Syukur dengan kegembiraan yang dimiliki
Sincerely I don’t encourage my lovely wife @JojieAminuddin to cook or doing any household chores since the first day of marriage. It is husband’s responsibility right? However I received a Whatsapp message yesterday informing foods for Iftar are ready. Alhamdulillah delicious it was and I even had more than a plate while @YangMaryam breaking her fast with Spaghetti Bolognese. Mrs @JojieAminuddin thanks so much. I am not asking for much, enough with this happiness Alhamdulillah (the person in the picture is not my wife, kindly take note )
Untuk rujukan, Jojie adalah kakak dan pengurus kepada Ratu Rock Negara, Ella. Kakaknya telah bernikah dengan Syahrizal Ismail pada tahun 2015. Pasangan ini mengambil anak angkat, Maryam Syahrizal selepas dua tahun berkahwin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
“Saya panggil nama Fatin (anak buah) berulang kali tetapi tiada sahutan, saya panggil kak cik minta dia membuka matanya tapi tiada sahutan juga. Kak cik hanya kaku..sayu hati saya ketika itu,” kata Nur Syaerah Abd Rahman.
Nur Syaerah, 29, adalah adik kepada Nurdiana Abd Rahman, 36, yang meninggal dunia selepas kereta Proton Persona dipandunya bersama dua anak perempuannya bertembung dengan Toyota Hilux di Kampung Kayan, di Sitiawan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, anak sulung Nurdiana, Fatin Nurjannah Mohd Ridzuan, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seri Manjung (HSM), jam 9 pagi.
Seorang lagi anak perempuan Nurdiana berusia dua tahun pula hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.
Nur Syaerah berkata, dia dihubungi suami kakaknya memaklumkan kejadian yang menimpa Nurdiana kira-kira 5.50 petang sebelum dia menghubungi ibu bapanya, Abd Rahman Jais, 66, dan Noraini Abd Rahman, 66, yang ketika itu berada di kebun.
Katanya, ketika itu abang iparnya yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu kakak dan anak saudara sudah tidak sedarkan diri.
“Saya cuba memanggil mereka tetapi mereka tidak menyahut, anak bongsu kakak ketika itu sedar dan dia menangis… Emak mengambilnya.
“Saya lihat kuih bahulu yang kakak beli untuk mak di Gopeng pada tengah hari sebelum kejadian itu sudah berterabur dalam kereta.. tak dapat nak gambarkan perasaan hati ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya.
Bercerita lanjut, Nur Syaerah berkata, ketika kejadian keluarga kakaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 8 Lekir.
Katanya, sebelum itu, keluarga kakaknya pulang ke kampung abang ipar di Lenggong pada Selasa dan kemudian ke Kampar untuk mengambil kereta pada hari kejadian.
“Suami kakak memandu kereta Proton Wira dan mengikut belakang kereta Proton Persona yang dipandu kakak bersama dua anaknya tetapi jarak mereka agak jauh sebelum ada orang hubungi abang ipar memaklumkan kemalangan itu.
“Anak sulung kakak selalunya nak naik kereta kuning (Proton Wira) itu dan saya difahamkan pada kejadian dia sudah naik dengan ayahnya tetapi di tengah jalan tukar naik dengan ibunya.
“Anak bongsu sudah dibenarkan keluar hospital dan setakat ini dia hanya merengek biasa saja belum lagi mencari ibunya,” katanya memberitahu kakaknya juga sudah menyiapkan persiapan raya untuk keluarganya.
Kemeriahan Aidilfitri dah tak dirasai
Sementara, bapa mangsa, Abd Rahman, 66, mengakui kemeriahan suasana menjelang Aidilfitri juga sudah tidak dirasai dan kehilangan dua insan tersayang itu adalah dugaan berat buat mereka sekeluarga tetapi menerimanya dengan reda.
Katanya, hatinya luluh apabila melihat jasad anak di depan mata sebaik saja tiba di lokasi dan dia juga turut membantu mengangkat anaknya itu ke pengusung.
“Dua bulan sebelum kejadian itu cucu (Fatin Nurjannah) kerap menangis. Diana pula tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum ini dan kehilangan ini dugaan berat menjelang hari raya tetapi saya terima dengan reda,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.