“Saya panggil nama Fatin (anak buah) berulang kali tetapi tiada sahutan, saya panggil kak cik minta dia membuka matanya tapi tiada sahutan juga. Kak cik hanya kaku..sayu hati saya ketika itu,” kata Nur Syaerah Abd Rahman.
Nur Syaerah, 29, adalah adik kepada Nurdiana Abd Rahman, 36, yang meninggal dunia selepas kereta Proton Persona dipandunya bersama dua anak perempuannya bertembung dengan Toyota Hilux di Kampung Kayan, di Sitiawan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, anak sulung Nurdiana, Fatin Nurjannah Mohd Ridzuan, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seri Manjung (HSM), jam 9 pagi.
Seorang lagi anak perempuan Nurdiana berusia dua tahun pula hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.
Nur Syaerah berkata, dia dihubungi suami kakaknya memaklumkan kejadian yang menimpa Nurdiana kira-kira 5.50 petang sebelum dia menghubungi ibu bapanya, Abd Rahman Jais, 66, dan Noraini Abd Rahman, 66, yang ketika itu berada di kebun.
Ads
Katanya, ketika itu abang iparnya yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu kakak dan anak saudara sudah tidak sedarkan diri.
“Saya cuba memanggil mereka tetapi mereka tidak menyahut, anak bongsu kakak ketika itu sedar dan dia menangis… Emak mengambilnya.
“Saya lihat kuih bahulu yang kakak beli untuk mak di Gopeng pada tengah hari sebelum kejadian itu sudah berterabur dalam kereta.. tak dapat nak gambarkan perasaan hati ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya.
Bercerita lanjut, Nur Syaerah berkata, ketika kejadian keluarga kakaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 8 Lekir.
Katanya, sebelum itu, keluarga kakaknya pulang ke kampung abang ipar di Lenggong pada Selasa dan kemudian ke Kampar untuk mengambil kereta pada hari kejadian.
Ads
“Suami kakak memandu kereta Proton Wira dan mengikut belakang kereta Proton Persona yang dipandu kakak bersama dua anaknya tetapi jarak mereka agak jauh sebelum ada orang hubungi abang ipar memaklumkan kemalangan itu.
“Anak sulung kakak selalunya nak naik kereta kuning (Proton Wira) itu dan saya difahamkan pada kejadian dia sudah naik dengan ayahnya tetapi di tengah jalan tukar naik dengan ibunya.
“Anak bongsu sudah dibenarkan keluar hospital dan setakat ini dia hanya merengek biasa saja belum lagi mencari ibunya,” katanya memberitahu kakaknya juga sudah menyiapkan persiapan raya untuk keluarganya.
Ads
Kemeriahan Aidilfitri dah tak dirasai
Sementara, bapa mangsa, Abd Rahman, 66, mengakui kemeriahan suasana menjelang Aidilfitri juga sudah tidak dirasai dan kehilangan dua insan tersayang itu adalah dugaan berat buat mereka sekeluarga tetapi menerimanya dengan reda.
Katanya, hatinya luluh apabila melihat jasad anak di depan mata sebaik saja tiba di lokasi dan dia juga turut membantu mengangkat anaknya itu ke pengusung.
“Dua bulan sebelum kejadian itu cucu (Fatin Nurjannah) kerap menangis. Diana pula tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum ini dan kehilangan ini dugaan berat menjelang hari raya tetapi saya terima dengan reda,” katanya.
Tidak semua antara kita tahu cara yang mudah dan senang untuk pastikan ruang dapur dan peti sejuk terlihat kemas dan teratur. Apatah lagi jika berdepan dengan ruang yang terhad, lagi betambah sempit dibuatnya bila disumbatkan dengan pelbagai barangan dan perkakasan.
Nyata, ilmu susun menyusun ini juga perlu untuk kita pelajari. Ini pentinga, agar apa yang kita cuba lakukan untuk dapatkan susun atur yang kemas ‘menjadi’ dan bukannya menampakkan berselerak dan berserabot.
Untuk itu, apa kata kita baca perkongsian daripada Puan Suriati agar memberi manfaat.
Saya suka organize barang sebab bagi saya organizing part of deko juga…ruang kecik pun kalau betul cara susun banyak yang boleh isi…so tengah rajin ni saya nak share cara saya organize barang dapur yang kering & basah dalam pantry room & peti ais.
Pantry room:
1) Pilih bekas yang sama kaler & kalau see thru lg bagus. Size bekas berbeza tak pe sebab kuantiti barang yg nak di isi x sama… Contoh bekas gula tak kan sama size debgan bekas lada hitam.
2) Bila buka pack nak salin dalam bekas pastikan tulis kat mana-mana expire date barang tu…tulis & tampal sikit kat bawah setiap bekas tu pun ok or sediakan chalkboard/whiteboard kat pantry room.
3) Saya suka cari bekas yang agak-agak muat setiap pack yang dibuka tapi kadang ada juga lebihan saya clip/ikat elok-elok masukkan dalam storage yang bertutup (box putih dalam gambar).
4) Labelkan setiap bekas untuk nampak cantik & organize…selain tu senang kalau bapak-bapak or anak-anam nak cari barang dalam pantry just tengok label… Untuk mak-mak pulak senang nak tengok barang ape yang dah abis bila nak shop groceries.
Peti ais:
1) Saya suka letak semua dalam bekas so senang nak susun.
2) Untuk sayur-sayur saya lapik tisu dan masukkan dalam bekas bertutup so sayur tahan lama.
3) Lengkuas, serai, kunyit pun masuk bekas bertutup dan isi air… Tapi kena rajin la tukar air… Jangan biar sampai berkeladak.
2) Lauk-lauk pun saya cuci dan masukkan dalam bekas bertutup… Setiap bekas untuk sekali masak… Senang nak defrost.
4) 1 bekas khas untuk makanan anak-anak dan letak kat tempat yang diaorg boleh capai. Susu sebenarnya better letak belah dalam bukan kat pintu untuk tahan lama tapi sebab anak-anak biasa ambil sendiri so saya letak kat pintu peti… Tapi memang susu kat rumah ni sekotak sehari so tak de la isu tahan or tak tu.
5) Telur saya tak letak pun kat tempat telur yang dalam peti tu… Saya biar je dalam bekas telur yang asal tu… Nak masak baru basuh.
6) Left over foods pulak saya selalunye masak untuk sekali makan sebab malas nak simpan makanan yang tak abis… Tapi kadang ada jugak yang tak abis so saya salin dalam bekas bertutup baru masuk peti… So esok nya bukak peti tak de la satu peti bau tempoyak disebabkan left over patin masak tempoyak malam tadi.
7) Bila semua letak dalam bekas so peti pun tak kotor… Nak cuci pun senang.
Ok tu je kot cara saya organize barang dapur… Again ni cara saya sendiri so kalau rasa bermanfaat boleh apply kalau sebaliknya abaikan ye.
Sumber : Suriati Zamri Via Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isu kesihatan mental ini sememangnya bukan perkara baharu, tetapi bukan semua orang mahu berkongsi tentangnya kerana takut disalah erti. Apa yang membezakannya adalah masyarakat kini lebih didedahkan dengan kesedaran yang mendalam tentang isu ini.
Tak ketinggalan juga, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong turut berkongsi tentang kepentingan mengambil berat isu kesihatan mental terutamanya di generasi kini.
Dalam temu bual bersama portal Keluarga, Alvin menyuarakan pendapatnya tentang perspektif dan pentingnya sokongan daripada keluarga terhadap ahli yang mempunyai masalah mental.
[“Bagi Alvin, ada support system adalah sangat penting. Tapi Alvin faham juga tak semua porang dapat support daripada family sebab diorang tak faham,” katanya.
Dalam masa yang sama, Alvin turut berkongsi tanggapan orang tuanya terhadap isu kesihatan mental sebagai perkara mengarut.
“Kalau bapa saya punya generasi, kesihatan mental adalah satu benda yang mengarut. Bagi kita punya parent, dia rasa takde apalah ini alasan je, sebab tak nak belajar kan, sebab malas nak kerja kan, tak nak buat kerja rumah kan.
“Tapi sebenarnya, lately ni generasi kita banyak yang ada situasi yang berkaitan dengan kesihatan mental,” ujarnya.
Sementara itu, Alvin juga sempat memberikan nasihatnya kepada masyarakat di luar sana untuk menitikberatkan kesihatan mental dan mencari solusi terbaik dengan yang pakar.
“Nak bagitahu mental health seperti depression, bipolar atau ADHD bukan satu benda yang menakutkan cuma kalau dah ada kita kena cari solusi untuk menghadapinya supaya tak menganggu orang lain serta menjejaskan kerja kita,” tambahnya.
Selain itu, pelakon yang sedang menjalankan penggambaran drama Journal Sarahaeyo yang bakal ditayangkan di aplikasi Viu ini turut menyebarkan mesej tentang isu ini melalui video podcast yang dikongsikan di saluran Youtubenya.
Sumber: TikTok Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika anak masih belum boleh bercakap, anda perlu mendapatkan nasihat pakar supaya dapat anak dapat memberi tumpuan semasa belajar.Perkongsian Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy,...