Setahun sekali berkumpul, pasti terasa gembiranya. Namun ada insan di sekeliling kita yang terpaksa melupakan sejenak kegembiraan untuk berkumpul bersama ibu ayah dan seluruh keluarga demi menggalas tanggungjawab pada kerjaya.
Selain anggota polis, tentera, bomba, pegawai imigresen merupakan badan beruniform yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga keamanan negara. Dan bercuti di hari raya bukanlah yang selalu didambakan mereka sejak menerima tawaran kerja itu.
Bagi Nurul Jannah Juma’ah, 32 dan suaminya Mohd Noor Azihan Hassim, 35 tahun yang merupakan pegawai imigresen di Bahagian Operasi Kawalan KLIA, tidak dapat pulang berhari raya adalah satu perkara biasa bagi mereka berdua. Sejak bujang lagi kedua-duanya sudah tidak pulang bercuti bersama keluarga dan apabila dipertemukan jodoh bersama, mereka sepakat mengambil giliran yang sama.
“Isu tak balik beraya dah jadi perkara biasa bagi kami sejak dulu lagi. Masa bujang dulu, ketika tahun pertama bertugas terasa juga sedihnya. Tapi bila dah lebih 10 tahun berkhidmat, semua itu dah jadi perkara biasa.
Bukan tak sedih tapi mungkin dah awal-awal lagi set minda kerja yang semacam ini. Bagi saya tak ada masalah kerana suami pun ada sekali. Cuma pagi raya tipnya jangan sekali-kali buka Facebook. Melihat gambar rakan-rakan dan ahli keluarga di pagi raya automatik hati rasa sayu dan sedih kerana tak dapat beraya bersama. Jadi caranya kena kerja sahaja, jangan buka media sosial. ,” luah Jannah memulakan bicara awalnya.
Meriah Di Malam Raya
Ads
Jannah sudahpun berkhidmat lebih 10 tahun manakala suaminya berkhidmat lebih 12 tahun di jabatan yang sama.
Bagi pasangan yang dikurniakan dua orang anak comel, Muhammad Nur Zyadzachary, 5 tahun dan Nurul Hannah Sausan, 4 tahun, bertugas di hari raya sememangnya menyeronokkan.
“Semua pegawai sememangnya diberikan cuti mengikut sistem giliran tiga tahun. Jadi selepas tiga tahun barulah kami boleh bercuti di hari raya. Kalau kebetulan off di hari raya, itu satu bonus buat kami.
Sebenarnya tidak jadi masalah kerana ketika bekerja pun suasana raya masih lagi terasa. Malam raya merupakan waktu yang cukup meriah buat semua staf. Kami biasanya diminta untuk hiaskan pejabat mahupun pantry dengan mood raya menjelang esok hari.
Ads
Kalau bertugas di pagi raya biasanya kami akan jalankan tugas seperti biasa dan bila waktu rehat barulah kami menjamu selera yang disediakan buat staf. Dapatlah beraya bersama rakan-rakan sekerja. Memang meriah.
Malah suatu ketika dulu pernah kami diarahkan untuk bertugas dengan pakaian raya di waktu pagi raya. Semuanya melaram dengan baju raya masing-masing. Seronok juga ketika itu. Lari dari kebiasaan,” kata anak kelahiran Shah Alam ini lagi.
Ads
Tinggalkan Anak
Bagi Jannah dan suaminya, bertugas di hari raya tidaklah menjadi soal. Namun meninggalkan anak beraya sendiri dengan keluarga adalah perkara yang lebih dikisahkan mereka.
“Menjelang raya, dua tiga hari sebelum raya, saya akan hantar anak-anak pulang beraya bersama mak di Melaka. Dapatlah mereka beraya dengan sepupu mereka.
Pada saya bagi kita yang sudah dewasa beraya itu mungkin sudah biasa, nak-nak lagi bila terpaksa bekerja. Cuma saya mahu anak-anak merasai momen beraya mereka dengan indah supaya ada satu kegembiraan yang mereka boleh kenang nanti.
Kalau diikutkan sedih juga tak dapat bersama-sama mereka tapi apakan daya demi tugas. Biasanya selepas habis bekerja, petang raya saya dah ambil anak-anak. Jadi dapatlah kami beraya bersama-sama,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga isu Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Namun siapa kita mampu menolak andai ditakdirkan tali pernikahan putus di tengah jalan.
Demikian bagi wanita bernama Ayu Aziz ini. Status ibu tunggal disandang dalam usia muda memberi dugaan dan cabaran yang cukup besar. Namun, demi anak-anak dia cuba bangkit.
Baru-baru ini menerusi twitternya, Ayu memuat naik kisah dirinya selain berkongsi bagaimana dia melalui semua cabaran tersebut.
Semoga menjadi inspirasi buat ibu tunggal di luar sana untuk kembali bangkit demi anak-anak.
Biarpun pernah mengalami keguguran dua kali sebelum ini, namun rezeki pasangan sama cantik sama padan ini menimang anak akhirnya dimakbulkan.
Semalam, Sari Yanti dalam satu perkongsian memuat naik sekeping gambar bersama Jep dan anak. Sekali gus mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.
Untuk rekod, Sari sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang sebelah tiub fallopiannya yang rosak.
Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .
Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗
Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Seakan tidak mampu untuk dibayangkan kesedihan yang ditanggung oleh Puan Lilis Handayani Sukran, 24 apabila menerima perkhabaran daripada pengasuhnya mengatakan anaknya sudah tidak bermaya lagi.
Difahamkan anak perempuannya itu baru berusia 4 bulan yang diberi nama Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, ibu bayi berkenaan sangat sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
Diminta Segera Datang
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini hari ini.
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Wajah Anak Pucat & Tiada Tindak Balas
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.