Pengorbanan wanita yang bergelar ibu dan isteri untuk kebahagian keluarga adalah perbuatan yang mulia.
Percaya atau tidak seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya. Malah terserlah kekuatannya apabila mampu menghadapi masalah yang datang padanya.
Saat dia ketawa hakikatnya hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Lebih-lebih lagi mengenangkan anak yang masih kecil memerlukan kasih sayang daripadanya. Biarpun kadang kala, lelah itu menguasai diri, namun hati kekal cekal agar tidak terus dibuai emosi bimbang makan diri.
Tipulah ada yang tidak menangis apabila melalui situasi ini, lebih lagi anak ramai yang masih kecil, berjauhan dengan suami serta pengalaman pertama bergelar ibu. Pasti cabaran itu ada.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini menerusi facebooknya. Berkongsi rasa apa yang dipapar menerusi sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita yang sedang dalam situasi tak keruan menguruskan anak namun akhirnya memeluk anak dengan penuh kasih sayang. Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok,teehar94
Apa pun, kasih sayang ibu itu luar biasa! Biarpun lelah dan tertekan, anak yang dikandung selama 9 bulan tetap ditatang bagai minyak yang penuh. Biarpun emosi tidak stabil, dengan kemarahan yang ada, namun akhirnya tetap memerluk anak yang dikasihi.
Penat itulah kekuatan wanita.
Tipu lah kalau kita tak pernah rasa sintuasi macam ni. Tatkala kita terlalu letih terlalu lelah dengan keadaan. Itu lah kekuatan wanita.
Lelah letih macam mana pun tetap jalan kan tangungjawab dia sebagai isteri dan seorang mak.
Peranan suami
Ads
Peranan suami sangat-sangat penting. Sama-sama menjaga sama-sama membantu dalam setiap hal rumah tangga. Jangan biar kan isteri korang pendam dan hadap sorang-sorang.
Dalam pada itu warganet turut meluahkan turut melalui situasi sebegitu.
Apa yang pasti, dalam menguruskan rumahtangga termasuk membesarkan anak, harus dilakukan bersama suami. Sesungguhnya menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Bilamana semua beban kerja dilakukan bersama dengan penuh kasih sayang. Inilah yang dinamakan suami isteri yang saling melengkapi. Moga muhasabah diri.
Ada wanita suka memasak. Beli barang dapur hingga penuh peti. Masuk semua barang dalam peti ais.
Ikan, daging dan ayam tak jadi masalah. Senang urus. Letak sejuk beku tahan lama. Tapi ada barang masak yang mudah rosak dan tak tahan lama jika salah simpan.
Sayur-sayuran, halia, serai, cili dan sebagainya mudah rosak jika salah simpan.
Nak tahu petua nak simpan sayur dan bahan masakan tahan lama. Ikuti cara puan Noor Hafiza Mohama ini. Siap boleh tahan hingga empat minggu. Jimat belanja!
Ikuti perkongsian ini.
Ini sis kongsi 7 cara simpan sayur yang wajib ada dalam peti ais rumah kita. Petua ini boleh membantu mak mak menyimpan sayuran kekal segar selama satu ke empat minggu dalam peti sejuk.
Selain sayuran ini, kaedah untuk menyimpan sayur lain adalah tidak sama ya. Nanti sis kongsikan lagi untuk sayur lain. Sis lebih suka gunakan bekas untuk menyimpan sayur sebab ia lebih kemas, senang nak cuci dan keringkan, senang nak susun dalam peti ais dan tidak terlalu padat.
Ini dia tips simpan beberapa jenis sayur kat rumah #1 – Simpan tomato, limau, lobak merah, timun, brokoli, bunga kubis, kubis dalam bekas kedap udara berasingan #2 – Lapik dalam bekas dengan tisu dapur (untuk menyerap lebihan air) #3 – Tambahan, letak seulas bawang putih (sebagai anti kulat) #4 – Gunakan bekas tinggi (bekas spagetti) untuk simpan serai, daun sup, daun bawang. Masukkan air paras akar dan tutup bekas. #5 – Buang tangkai cili padi dan asingkan cili merah hijau. Keluarkan cili telah rosak. #6 Potong lengkuas untuk sekali guna dan rendam dalam bekas bertutup. Sebaiknya guna air penapis dan salin air setiap kali selepas ambil lengkuas. #7 Kunyit dan halia simpan dalam bekas bertutup tanpa air.
Di waktu-waktu berlaku kenaikan harga barang ketika ini, terasa juga beban yang ditanggung untuk membeli barang-barang dapur. Jadi nak tak nak, kenalah kita sebagai isteri ini pandai untuk berjimat dan elakkan berlaku pembaziran berlaku dalam keluarga kita.
Umpamanya dalam memastikan stok bawang merah, bawang kecil, bawang putih dan sebagainya kekal boleh digunakan dalam tempuh yang lama dan dengan erti kata lain tidak membusuk, ada teknik yang perlu dipraktikkan.
Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Nur Farhanaa dalam memastikan stok bawang yang ada dapat digunakan sepenuhnya tanpa berlaku pembaziran. Bahkan menurutnya, bila dibuat cara tersebut proses memasak jadi lebih cepat dan mudah.
Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.
Bahan-bahannya:
3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak
*boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
Kisar
Ekstra Tip
Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepastu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan
*kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.
Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.
Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.
“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.
“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.
Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.
“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.
“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Sumber : Harian Metro, foto malaygazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.