Kehidupan suami isteri pastinya ada pasang surutnya dalam sebuah perkahwinan. Ada kalanya suka dan duka. Lumrah, isteri merajuk kepada suami. Mungkin sekadar merajuk manja. Namun, hakikatnya tanpa sedar merajuk ini ada tiga jenis yang para isteri kena tahu.

Merajuk manja tidak mengapa, namun merajuk sebaliknya boleh mengundang kepada haram. Moga perbincangan oleh PU Salman mengenai benarkah isteri marajuk itu haram dan derhaka, menjadi panduan bersama untuk membentuk sebuah keluarga bahagia.

Jangan Buat Main Bila Isteri Merajuk Kepada Suami. Ikuti Penjelasan PU Salman

BENARKAH ISTERI MERAJUK ITU HARAM DAN DERHAKA

Saya ada baca fb seorang penasyid yg sy minat suara dan lagu2nya mengatakan isteri merajuk itu berdosa dan derhaka. Derhaka dlm fekah disebut nusyuz. Sebenarnya merajuk ada tiga jenis.

MERAJUK YG HARUS

Pendam rasa hati, muka sedih dan kecewa dan kata2 lembut emotional . Ini adalah fitrah manusia . Allah swt berfirman:

IKLAN

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ (97)

Dan sesungguhnya kami mengetahui sesungguhnya engkau berasa sempit dadamu (sakit hati) kerana apa yg mereka ucapkan . 97 : Al-Hijr

Nabi saw pun ada rasa disakiti hatinya apatah lg sang isteri manusia biasa.

Kadang2 dgn merajuk sebegini suami baru perasan suami telah menyakiti isteri.

MERAJUK YG DOSA TAPI TAK NUSYUZ

IKLAN

Kata2 yg menyakiti suami seperti herdik, meninggi suara, hempas pintu dan seumpanya. (Rujuk nas kitab dibawah)

MERAJUK YG HARAM DAN NUSYUZ (DERHAKA)

Enggan bersama tanpa sebab yg dibenarkan dan keluar tanpa izin suami .

وقال الخطيب الشربيني في “مغنى المحتاج” (3/ 259 ط/ دار الفكر): [وَالنُّشُوزُ هُوَ الْخُرُوجُ مِنْ الْمَنْزِلِ بِغَيْرِ إذْنِ الزَّوْجِ لا إلَى الْقَاضِي لِطَلَبِ الْحَقِّ مِنْهُ، وَلا إلَى اكْتِسَابِهَا النَّفَقَةَ إذَا أَعْسَرَ بِهَا الزَّوْجُ، وَلا إلَى اسْتِفْتَاءٍ إذَا لَمْ يَكُنْ زَوْجُهَا فَقِيهًا وَلَمْ يَسْتَفْتِ لَهَا، وَكَمَنْعِهَا الزَّوْجَ مِنْ الاسْتِمْتَاعِ وَلَوْ غَيْرَ الْجِمَاعِ لا مَنْعِهَا لَهُ مِنْهُ تَدَلُّلا، وَلا الشَّتْمُ لَهُ، وَلا الإِيذَاءُ لَهُ بِاللِّسَانِ أَوْ غَيْرِهِ بَلْ تَأْثَمُ بِهِ،

IKLAN

Imam Khatib asSyarbini menyebut dlm kitab Mughnil Muhtaj:

Derhaka isteri adalah 😕

1. keluar rumah tanpa izin kecuali 3 sebab a) jumpa Qadi utk minta hak dr suaminya b) berkerja bila suami tak mampu c) jumpa mufti utk tanya hukum.

2. Isteri tidak mahu permintaam suami utk bercumbu walaupun tak sampai tahap jimak. Kalau menolak kerana bermanja2 takpa.

Tidak dikira nusyuz (derhaka) apabila isteri maki hamun, atau menyakiti dgn lidah atau sebagainya walaupun ianya berdosa.

Bila disebut derhaka ianya sudah menjadi dosa besar dan gugur nafkah dr suami. Maka bukanlah semua merajuk itu dilarang. Malahan setengahnya baik utk menyedari suami.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI