Pertama kali masuk ke sekolah, bukan sahaja anak-anak, malah golongan ibu juga tidak senang duduk memikirkan apa yang anak mereka buat di sekolah? menangis ke tidak? dapat berkawan atau tidak? Semua itu berlegar di fikiran seorang ibu.
Lebih-lebih lagi yang pertama kali berjauhan dengan anak, jadi agak terkesan untuk kedua-duanya.
Menjadi bertambah kerisauan apabila tiba-tiba cikgu menghantar pesanan bahawa keadaan anak mereka di sekolah tidak memuaskan seperti yang tular baru-baru ini.
Berdasarkan pesanan tersebut, cikgu itu menyifatkan anak muridnya belum bersedia untuk bersekolah, malah melaporkan anaknya merengek mahu balik. Malah, guru tersebut sempat mempertikai tindakan ibunya yang tidak melatih anak sebelum menghantar ke sekolah.
Perkara ini mendapat perhatian oleh orang ramai, termasuklah pemilik video di Tiktok ini yang memberi pandangan tentang isu ini.
Menurut pemilik akaun @kaklizleg yang juga merupakan seorang guru tadika, dia mengakui anak murid merupakan tugas utama seorang guru termasuklah menenangkan pelajar yang ‘merengek’. Lagi-lagi mereka sebelum ini berkurung di rumah selama 3 tahun akibat Covid-19. Sudah pastinya anak-anak perlu sokongan untuk menaikkan semangat mereka.
Dalam pada itu, dia juga mengakui bukan semua cikgu tidak bertanggungjawab, namun isu yang berlaku ini seakan-akan mencipta sebuah pandangan negatif ibu bapa kepada para pendidik. Bagaimanapun, wanita itu turut mengakui anak-anak yang menangis dalam tempoh seminggu di sekolah adalah normal selain menasihati ibu bapa agar membuang perasaan negatif terhadap tenaga pengajar.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan dari Kak Liz, malah ada juga yang sempat berkongsi cerita tentang anak-anak mereka pada minggu pertama persekolahan.
Kasih seorang ibu kepada anaknya tiada galang ganti. Biarpun anak sudah menginjak dewasa, kasih tetap tidak berubah.
Setiap ibu dunia sanggup berkorban apa sahaja demi anak untuk memberikan kebahagiaan tanpa sempadan buat anak-anak.
Begitulah sambutan meriah yang diadakan buat anak tersayang bagi Abby Abadi dan Norman Hakim, tetap mesra bagaikan sahabat baik biarpun masing-masing telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan lain.
Abby Abadi menerusi instagramnya, terbaharu memuatkan naik perkongsian majlis meraikan anaknya.
Beliau melahirkan rasa syukur dikurniakan anak yang mendengar cakap dan rezeki yang melimpah buat keluarga.
Apa yang pasti, riah wajah yang ceria dan hubungan keluarga yang harmoni walaupun sudah berpisah, dua keluarga ini sentiasa mendapat pujian daripada warganet.
Nyata, biarpun ibu ayah berpisah, hubungan erat anak-anak tetap harmoni.
Sweetnya lihat dua buah keluarga ni!
Momen paling indah 24/3/2021 Walaupun mungkin kecil pada org lain tapi besar ertinya pada kami & @danishhakimofficial Walaupun motor je pun, bersyukur ye Abang.. Nanti ALLAH tambah lagi Terima Kasih ALLAH utk nikmat anak2 yg mendengar kata & nikmat kasih sayang yg KAU rezekikan pada kami. Pegang hati2 kami utk terus bergelar hambaMU yg sebenar2 hamba hingga akhir nyawa.. Amin.
Berjauhan dari keluarga adalah detik menyedihkan, lebih-lebih lagi bagi individu yang tidak pernah berpisah dengan orang tersayang. Selalunya bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, berpisah disebabkan melanjutkan pelajaran itu dah menjadi lumrah bagi sesebuah keluarga.
Sedangkan berjauhan di dalam negara pun kadangkala ibu bapa dah susah hati , apatah lagi jauh ke negara orang. Apa yang penting jangan putuskan hubungan dan kekal berkomunikasi antara keluarga di mana sahaja berada.
Itulah yang akan dihadapi oleh anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona telah berangkat ke United Kingdom (UK) bagi menyambung pengajian selama tiga tahun.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Azhar sendiri di laman Facebooknya dengan memuat naik sebuah video keberadaan mereka di lapangan terbang menghantar dua cahaya matanya pada Ahad.
Dalam video tersebut Azhar menitipkan pesanan kepada dua cahaya matanya agar belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Menurut aktor berumur 51 tahun itu, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula bidang Pengurusan. Malah dia juga sempat berseloroh agar anak perempuannya pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk.
“Mami (panggilan Azhar) tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil dah biasa mengembara ke seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia.
Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru….UK kan sejuk.. Hahahaha.” tulisnya.
Sebelum ini, Leona menerusi video yang dikongsikan di TikTok, akui masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu.
“Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya.” katanya dalam mood sedih.
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Pelakon cantik manis, Amyra Rosli semalam selamat melahirkan anak keduanya. Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻
Perkongsian tersebut turut dimuat naik bersama sekeping gambar tanpa menunjukkan wajah bayi perempuannya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun. .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.