Umum mengetahui akan kesibukan pendakwah bebas, Ebit Lew dalam melunaskan urusan membantu mereka yang memerlukan. Biarpun terpaksa meninggalkan anak dan isteri, namun sebagai ketua keluarga, beliau tidak pernah mengabaikan keluarga.
Demikian juga perhatian kepada ayahnya yang kini semakin uzur. Terbaru, Ebit menerusi laman instagramnya memuat naik kondisi kesihatan ayahnya yang semakin merosot dan hanya mampu terlantar di katil sahaja.
Doakan yer. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil jer. Rindu ayah teramat sangat. Seorang ayah yang kerja siang malam. Tak reti berehat dari muda demi keluarga. Hidupnya bahagia memberi sesuatu buat isteri dan anak-anak.
Tulis Ebit lagi, situasi ayahnya kini benar-benar membuatkan dia sedih dan gelisah. Dalam masa yang sama, beliau memohon orang ramai menitipkan doa buat kesihatan ayahnya kembali pulih.
Seorang ayah yang lupa dirinya. Dimata dan hatinya hanyalah kebahagiaan buat isteri dan anak-anak. Hari-hari bercinta dengan mak. Menghargai mak macam remaja bercinta. Melihat dirinya sakit membuat hati saya amat sedih dan gelisah.
Ya Allah berilah kesihatan buat bapa. Berilah semangat dan kekuatan buat dirinya. Saya berada disini sekarang asbab doa dan kasih sayang ibu dan bapa saya ini. Mak dah pergi dulu. Bapa ku inilah kekuatan buat diriku.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata selebriti dan warga maya menitipkan doa buat ayah Ebit sambil meminta beliau bersabar dengan dugaan tersebut.