Sudah pastinya kita semua ingin memiliki rumah yang mempunyai dekorasi yang cantik. Namun tidak bermakna untuk perkakasan perlu mewah dan mahal supaya rumah nampak cantik. Jika barang yang dibeli murah tapi jika kena gaya dan cara susun pasti nampak mewah!
Begitulah cara yang digunakan oleh wanita ini. Rumah ini adalah syurga dunia buat Puan Suzana Yunan sekeluarga. Biarpun hanya sebuah rumah kediamaan yang tidak mewah semuanya sederhana, namun cara susun atur memang ada kelas tersendiri!
Tidak mustahil ia telah dikongsi ramai di facebook. Biarpun dekorasi murah tapi tetap kekal cantik. Barangkali boleh mencuba idea yang beliau.
Ikuti perkongsiannya.
My way of deco. Menghias dan mendeco tidak semestinya memerlukan modal dan bujet yang besar..kita masih mampu mendeco dgn cantek. yang penting kemas dan barang tak terlalu banyak.nak mengemas pun tak makan masa yang lama. Kebanyakan barang yang dibeli hanya di kedai DIY dan ECO dan KAISON. Bijak membeli maka kena bijak jugaklah mendeco. Sharing is caring. Terapi minda dan ketenangan jiwaku.
Susun atur meja makan
Ads
Ruang dapur
Kabinet dapur
Ads
Ruang sinki
Ads
English style walaupun barang hanya dibeli kedai bajet sahaja.
Hubungan penyanyi Shila Amzah dengan ibunya, Fauziah Sarman kembali jernih apabila mereka dilihat berkumpul dalam sebuah majlis aqiqah anak kedua Shila.
Menerusi Insta Story ibunya, beberapa momen manis ketika majlis berlangsung turut dikongsikan olehnya.
Majlis akikah buat anak kedua Shila bersama Ubai MZ, Rhea Akira yang kini berusia empat bulan dilihat cukup meriah dengan tema merah jambu.
Malah Shila dan keluarga juga turut dilihat mengenakan warna sedondon merah jambu sedondon.
Majis penuh meriah itu pastinya bertambah indah dengan penyatuan semula ahli keluarga ini yang dinantikan ramai malah mendoakan yang terbaik buat keluarga Shila.
Sekadar info, kemelut keluarga Shila menjadi bualan apabila penyanyi itu didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo yang terletak di Hulu Langat.
Walau bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menafikan perkara tersebut dengan memaklumkan bahawa dia hanya berniat untuk mencari rumah baharu yang lebih kecil untuk ibunya dan keluarga.
Anak lemas dalam kolam, ibu harap keajaiban, “Moga ada doa kalian yang diangkat dan dimakbulkan Allah.” Niat Nurul Izzati Barni, berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati.
Sebaliknya, ia dilakukan dengan harapan mendapat doa daripada masyarakat yang tersentuh dengan nasib anaknya, Che Umar Rais Che Fairollah, 4 tahun.
Selama hampir lima bulan, ibu muda berusia 30 tahun itu setia menanti keajaiban Tuhan untuk anaknya yang kini berada dalam keadaan separa kritikal selepas insiden lemas dalam kolam.
Rutin hariannya bermula seawal jam 9 pagi hingga lewat malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau menguruskan keperluan Umar, termasuk memandikan, mengurut, dan memberi perhatian penuh sebelum pulang ke rumah.
“Saya hanya mampu melakukan apa yang termampu sebagai seorang ibu. Kita tidak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah, jadi perkongsian ini hanyalah untuk memohon doa mereka yang tersentuh dengan keadaan Umar,” katanya.
Nurul Izzati kekal yakin bahawa Umar akan kembali pulih walaupun proses pemulihan mungkin mengambil masa. Malah, naluri keibuannya menjadi kekuatan utama untuk terus berdoa dan berikhtiar.
“Saya masih ingat satu ketika darah Umar tiba-tiba turun mendadak. Doktor meminta kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan terburuk dan reda. Namun, saya berbisik kepada Umar bahawa saya reda jika Allah lebih menyayanginya.
Tetapi jika Allah memberi peluang untuk Umar terus hidup, kami akan lakukan apa sahaja demi dia. Alhamdulillah, darahnya kembali stabil ketika itu. Sejak detik itu, keyakinan saya terhadap keajaiban Allah semakin kuat,” jelasnya, yang kini menganggap hospital seperti rumah keduanya.
Pada September 2023, percutian keluarga bertukar menjadi ujian besar apabila Umar lemas di dalam kolam. Ketika dibawa ke hospital, nadinya telah terhenti selama hampir lima minit. Keadaan itu membuatkan doktor menjangka peluang Umar untuk hidup amat tipis. Namun, doa dan kuasa Allah memberikan keajaiban apabila nadi Umar kembali berdenyut.
“Umar ditempatkan di zon kritikal dan pada awalnya langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tetapi pada hari ke-19, dia mula menggeliatkan badannya. Sejak itu, saya terus berusaha dan tidak berhenti berdoa untuknya,” kata Nurul Izzati.
Kini, walaupun Umar masih bergantung kepada bantuan oksigen, perkembangan positif mula kelihatan. Bagaimanapun, doktor masih memantau keadaan anak matanya yang belum memberi tindak balas apabila disuluh.
“Saya faham doktor menjalankan tugas mereka, tetapi saya percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya,” katanya. Nurul Izzati juga berusaha memberikan makanan tambahan bagi membantu proses pemulihan Umar.
Dua anak Nurul Izzati yang lain turut merindui kehadiran Umar di rumah. Mereka sering bertanya bila dapat berjumpa adik mereka di hospital. Malah, setiap kali membeli mainan, mereka akan teringatkan Umar dan berharap dapat berkongsi kegembiraan bersamanya.
“Saya selalu pesan kepada mereka, jika benar sayangkan Umar, jangan lupa doakan kesihatannya setiap kali selepas solat. Doa mereka sebagai abang dan kakak sangat bermakna untuk Umar,” katanya penuh emosi.
Nurul Izzati turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dan doa sepanjang tempoh sukar ini. Sokongan tersebut menjadi sumber kekuatan untuknya terus menjaga Umar dengan penuh ketabahan.
“Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Doa dan sokongan orang ramai benar-benar memberikan saya semangat untuk terus kuat. Semoga doa-doa ini membantu Umar kembali sembuh,” tambahnya.
Kisah ini menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya dan kepercayaan penuh kepada kuasa doa. Semoga Umar diberikan kesembuhan dan keluarga ini terus diberi kekuatan menghadapi ujian hidup.
Menjalani hari-hari selepas ketiadaaan pasangan, pasti sahaja itu merupakan saat yang menyedihkan dan detik sukar untuk ditempuh. Rasa cinta dan kasih yang tercurah selama ini tidak bersambut lagi.
Meskipun bukan mudah menelan peritnya kehilangan, ambillah masa untuk merawat kedukaan hati namun jangan sampai keterlaluan.
Lazimnya akan sampai satu tempuh waktu, ditemukan dengan insan lain untuk berkahwin jika itu takdirnya. Pun begitu bukanlah kerana cinta dan sayangnya pada arwah sudah tiada dihati.
Mana mungkin seseorang itu dapat melupakan cinta hatinya yang selama ini hidup bersama dalam suka dan duka. Pasti banyak momen tercipta yang kekal dalam ingatan selamanya.
Bila Nora Kahwin Lain
Pun begitu, kongsi Muhammad Hassan, kadang-kadang pelik masyarakat kita. Agaknya turun temurun jenis hasad dengki ni tak boleh buang. Yang peliknya sama kaum sendiri.
Saya baca komen-komen terhadap status Penyanyi Nora yang telah berkahwin dengan rakan arwah suami sendiri . Ada yang kata:
“Ingatkan Nora tak kahwin dah, semasa suami dia meninggal menangis beria-ria”
“Dulu berapa kali pengsan mengenangkan arwah suami sebab terlampau sayang, lama-lama hilanglah sayang”
Ada yang siap tag pasangan lagi. Nanti jika saya mati, awak jangan mengada nak kahwin lagi tau!.
Allah.. bila saya baca ni, mudahnya orang kita menghukum dan menulis tanpa sedikit pun fikir soal hati orang lain.
Soal jodoh, mati, rezeki ni semuanya dalam rahsia Allah. Tiada sesiapa pun boleh tentukan.
Berkahwin Lain Bukan Kerana Tidak Sayang Arwah
Tiada syarat seseorang itu sayang kepada pasangan yang telah meninggal tidak boleh kahwin. Dan bukan bermakna apabila berkahwin lagi tanda tidak sayang atau melupakan.
Soalah olah apabila suami meninggal menjadi satu aib pula bagi wanita untuk berkahwin lagi. Hairan saya dengan masyarakat kita. Dari dulu sampai sekarang mentaliti ini masih wujud.
Sedangkan sayang kepada simati itu bukan bermakna tidak akan kahwin lagi. Sayang kepada si mati, kita akan berbakti kepadanya dengan menjaga amanah atau wasiat yang telah si mati tinggalkan.
Ubat Kerinduan Dengan Berbakti
Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada Saidatina Khadijah r.ha, bahkan apabila Rasulullah s.a.w kahwin dengan isteri-isteri lain, sikit pun tidak melupakan Khadijah r.ha.
Pernah satu ketika. Apabila RASULULLAH S.A.W berada bersama Aisyah r.ha dirumah. Kakak kepada Khadijah R.ha datang ke rumah untuk Ziarah Rasulullah s.a.w. Kakak Khadijah r.ha memberi salam. Rasulullah s.a.w terbangun. Dan menyahut salam. Adakah itu Khadijah? . Kerana suara kakak Khadijah hampir sama dengan arwah. Kerinduan Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah r.ha sangat kuat.
Dan setiap kali Rasulullah s.a.w sembelih kambing atau unta. Rasulullah s.a.w tidak akan lupa untuk agihkan daging-daging ini kepada rakan-rakan Siti Khadijah. Kerana ingin terus berbakti walaupun kekasih hati telah pergi. Sehinggakan Aisyah r.ha merasa cemburu dengan Khadijah r.ha.
Inilah bukti cinta dan sayang kepada pasangan yang telah meninggal dunia. Bukan kita menyiksa, meratapi kematian dengan menangis setiap masa. Bahkan Islam melarang perbuatan ini.
Buanglah sifat hasad dengki kita itu. Buanglah sifat iri hati kepada orang lain. Buanglah mentaliti kolot ini. Tanda-tanda kita tidak bahagia apabila kita tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.