Siapa sahaja yang tidak debar menanti kelahiran apatah lagi jika ia merupakan pengalaman pertama.
Tidak hanya bagi wanita yang kali pertama melalui proses melahirkan, bahkan debaran hebat juga turut dirasai buat kita yang bergelar ibu menanti anak tersayang melalui saat melahirkan dan dalam masa yang sama menanti kelahiran cucu pertama.
Perasaan bercampur baur dan pastinya ia sukar untuk digambarkan.
Ads
Gelisah menunggu….. Kalau zaman sebelum Covid, kita pasti sudah berkhemah di hospital, tunggu dengan gelisah. Pengalaman tiap ayah bersengkang mata, dan si ibu mengerang sakit tapi tak boleh meraung sebab malu… itu sedikit catatan senario menyambut kedatangan si kecil…… biarpun penuh dengan kepayahan dan kesakitan untuk melahirkan, keresahan, kegelisahan, ia seperti satu nikmat Allah kurniakan di penghujungnya, buat semua yang melalui saat-saat itu, nikmat kurniaan Allah buat pertama kali kepada seorang wanita apabila bergelar ibu, Seorang lelaki bergelar ayah. Alhamdulillah Allah memberikan segala yang terbaik. Ya Rabb, Rabbi Yassir Wala Tu’Assir, Ya Allah permudahkan lah, janganlah dipersulitkan. Janji Allah itu pasti yg baik belaka 🤲🏻🤲🏻, bagi yang sabar dan ingat padaNya… Aamiin
Terbaru di dalam perkongsian video di Instagram Puan Sri Normala Samsudin, 58 berkongsi berita gembira buat dirinya yang kini telah bergelar ‘Tok Mama’ apabila anaknya Dr Ruhila Roslan, 30 telah selamat melahirkan anak lelaki.
Ramai wanita mengadu bahawa mereka didatangi haid semula setelah putus haid beberapa tahun. Apabila mereka mengadu kepada suami, mungkin ramai yang pandang ringan, kerana persepsi ramai mengatakan normal haid datang semula setelah pencen.
Malah pernah dibincangkan dalam kitab pengajian agama pun banyak kali ditekankan bahawa keluar darah semacam haid itu normal walaupun sudah menopos.
Namun jika sekiranya persoalan diajukan kepada para doktor, semua akan menjawab, wajib buat pemeriksaan lanjut. Ahli perubatan akan mempersoalkan adakah wanita yang disahkan putus haid ini akan kembali haid semula? Ianya sesuatu yang agak mustahil kerana fisiologi seorang wanita yang putus haid akan kurang hormon kewanitaannya dan proses pengeluaran darah haid akan terhenti. Jika keuar apa-apa darah selepas menopos akan dikira sebagai darah yang perlu dikenalpasti puncanya. Jangan dipandang enteng isu ini.
Terdapat dua pandangan dalam ilmu perubatan mengenai tempoh masa yang mengesahkan bahawa seseorang wanita telah putus haid atau sebaliknya. Pendapat yang pertama adalah tempoh masa enam bulan ketiadaan kitaran haid boleh dilabelkan sebagai menopos. Manakala pendapat kedua menyatakan tempoh masa selepas satu tahun dari haid yang terakhir.
Saya mengambil pendapat kedua kerana keyakinan yang tinggi bahawa kilang telur wanita akan mengalami kepupusan telur dalam tempoh tersebut. Ia juga suatu tempoh yang cukup selesa beserta dengan beberapa tanda fizikal dan mental yang akan dialami oleh seseorang wanita.
Kajian telah dijalankan bagi melihat bilakah umur yang biasanya seseorang wanita putus haid. Jadual dibawah menunjukkan umur kebanyakan wanita putus haid. Peratus ini hasil dari kajian ke atas wanita dipelbagai benua dan geografi.
Umur Putus Haid
(% wanita)
35—40 tahun
11.87%
40—45 tahun
25.97%
45—50 tahun
41.03%
50—55 tahun
14.58%
Sebelum 35 atau selepas 55 tahun
6.54%
Bagi wanita yang putus haid kurang dari 40 tahun diistilahkan sebagai Putus Haid Pra-matang (Premature Menopause)
Dari pembahagian di atas, majoriti umur putus haid bagi seseorang wanita adalah diantara 45 hingga 55 tahun. Tetapi median umur (Kebanyakan) putus haid adalah 52.4 tahun. Tidak dinafikan bahawa umur ini bergantung kepada faktor persekitaran dan iklim, sistem tubuh badan dan keturunan seseorang wanita berkenaan.
Dalam keadaan biasa seseorang wanita berusia yang telah putus haid tidak akan mengalami haid kali kedua dalam hidupnya. Kajian menyatakan hanya 5% wanita akan mengalami perdarahan yang seakan-akan haid setelah putus haid. Jika seseorang wanita yang telah putus haid mengalami perdarahan, ia dikira darah penyakit dan perlu diketahui punca-puncanya melalui siasatan lanjut. Perdarahan ini biasanya tidak tetap hari dan tidak mengikut kitaran bulan yang biasa. Ada kalanya darah yang keluar sedikit dan ada yang banyak sehingga memudaratkan.
Darah penyakit ini berpunca dari beberapa sebab seperti dibawah:
1. Masalah pembekuan darah seperti hemophilia atau jangkitan kuman.
2. Wanita yang mengambil pil hormon atau ubat tradisional tertentu. Bahan yang terdapat dalam ubatan herba mungkin mengandungi hormon tersembunyi atau terproses secara semulajadi.
3. Pengencutan vagina (Vagina Atropy) dan pangkal rahim kering menyebabkan senang terluka apabila bersenggama.
4. Pembengkakan rahim (Radang) tanpa sebab yang diketahui secara jelas. Mungkin perubahan tindakbalas badan dan hormon atau jangkitan kuman.
5. Perdarahan berpunca dari kanser Rahim, kanser pangkal rahim atau kanser Ovari (Kilang Telur).
6. Terdapat ketulan (polyps) di dalam rahim atau pangkal rahim. Apabila diganggu semasa hubungan intim bersama suami, perdarahan boleh meletus.
Perkara yang paling membimbangkan para pakar perubatan mengenai masalah perdarahan selepas putus haid ini adalah Kanser. Lima hingga 10% perdarahan selepas putus haid adalah berpunca dari Kanser Rahim. Kajian perlu dijalankan oleh pakar perubatan bagi mengetahui kanser rahim ini. Antara ujian yang boleh dijalankan adalah dengan kaedah Ultra Sound sistem peranakan dan melakukan pensampelan peranakan wanita. Melalui kaedah ini pakar perubatan dapat mengetahui secara asas masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita.
Oleh yang demikian, doktor akan meletakkan diagnosa awalan kanser rahim kepada sesiapa sahaja wanita yang didatangi darah selepas putusnya haid (menopos). Pemeriksaan lanjut wajib dijalankan bagi mempastikan perdarahan itu bukan berpunca dari kanser atau sebaliknya. Setiap dari kita berhak untuk mendapatkan maklumat kesahihan dan pengesanan penyakit tersebut agar kita boleh bertindak cepat. Jika dibiarkan tanpa kecaknaan dari kita, diri kita sendiri akan menanggung derita.
Silalah datang ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Sekian nasihat dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
20.11.2018
Kuala Berang
Sumber: FB Dr Suhazeli Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim durian kembali lagi, tentunya buat peminat raja buah sekarang akan tersenyum lebar. Maklumlah, di mana-mana sahaja ada orang menjual buah durian, jadi tidak kira waktu boleh sahaja seisi keluarga menikmati buah durian yang digemari ramai ini.
Pun begitu, tidak dinafikan bila terlalu banyak sangat makan durian, hingga sendawa pun berbau durian. Bimbang juga buat orang tidak selesa dengan keadaan itu. Mungkin ada juga yang tertanya bagaimana cara paling mudah dan cepat untuk hilangkan bau durian tersebut.
Hal ini dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi dan bolahlah dipraktiskan.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian? Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.
WALAUBAGAIMANAPUN
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa.
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian
Bukan mudah untuk menerima kenyataan insan yang disayangi telah pergi buats elama-lamanya. Biar hari berganti hari, namun kerinduan tak pernah padam. Saban masa, ingatan pada dia tak pernah padam.
Bagi penyanyi Nora Ariffin, kesayuan di hati hanya Tuhan yang tahu.
Luahan rasa itu dimuat naik menerusi laman instagramnya apabila dia sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah hari ini.
Namun pastinya pemergian kali ini sedikit berbeza apabila tiada lagi suami yang disayangi menemaninya.
Nora berkata, ia merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mekkah dan Madinah tanpa suami tercinta. Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya.
“Hari ini I nak pergi umrah, sesungguhnya Allah sahaja tahu betapa hati merindui abang setiap masa dan detik bersama abang.
“Kenangan takkan pernah padam. Masih segar diingatan empat tahun lepas kali terakhir kita sama-sama mengerjakan umrah. Hari ini… I bersiap seorang diri melangkah bermusafir ditemani jemaah lain,” tulisnya di kapsyen instagramnya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hanyalah Satu ini bakal menunaikan umrah atas tajaan Datuk Seri Vida. Dalam instagramnya, Nora turut memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali dirinya selain mengharapkan perjalanan umrahnya nanti dipermudahkan.
“Doakan perjalanan umrah saya selamat pergi dan pulang kepangkuan anak-anak tersayang.
“Moga selepas umrah kali ini akan datang tahun baharu 2019 dengan sinar dan semangat serta rezeki yang bertambah untuk saya melangkah menjalani kehidupan lebih sempurna,” ujarnya.