Andai kata hilang duit RM50 pun kita rasa terkilan, inikan pula nilainya mencecah ratusan ribu ringgit. Seakan tidak mampu untuk membayangkan betapa kecewanya perasaan di hati.

Apatah lagi duit tersebut sebelum ini tersimpan rapi di dalam bank, namun sekelip mata lesap begitu sahaja gara-gara diri terpedaya dengan scammer!

Inilah yang dilalui oleh seorang pesara wanita, terpaksa berputih mata apabila wang sejumlah RM134,503 di dalam akaun miliknya hilang sekelip mata selepas dia menyerahkan maklumat perbankan kepada seorang lelaki yang kononnya pegawai Bank Negara.

Ini sebagaimana yang dilaporkan di Harian Metro baru-baru ini, di mana insiden malang ini berlaku di Kepala Batas Penang.

Insiden bermula apabila mangsa berusia 61 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa kad kredit miliknya digunakan untuk tujuan pembelian mata wang digital bitcoin melalui tiga transaksi berjumlah RM15,991.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa bagaimanapun menafikan penggunaan kad kredit terbabit selain menegaskan bahawa dia tidak mempunyai akaun wang digital itu.

IKLAN
Gara-gara Percayakan Pegawai Bank Negara, Pesara Wanita Kerugian RM134,503!
Gambar hiasan Photo by Marília Castelli on Unsplash

“Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai Bank Negara sebelum meminta mangsa memberikan maklumat perbankan membabitkan username (nama penguna) dan password (kata laluan) kononnya untuk tujuan siasatan.

“Mangsa menyerahkan maklumat seperti diminta dan menerima mesej daripada pihak bank bahawa sejumlah RM134,503 dikeluarkan dari akaun miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Gara-gara Percayakan Pegawai Bank Negara, Pesara Wanita Kerugian RM134,503!
Gambar sekadar hiasan

Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis semalam berhubung kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

IKLAN

Sumber : myMetro

Baca lagi artikel menarik : “Kami Syak Kematian Bukan Sebab Kemalangan…”-Keluarga Arwah Faziani Mahu Siasat Semula!

Baca juga : “Rasmilah Saya Sebagai ‘Tok Mama’ -Normala Samsudin Kongsi Berita Bahagia

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

IKLAN

Gara-gara Percayakan Pegawai Bank Negara, Pesara Wanita Kerugian RM134,503!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Gara-gara Percayakan Pegawai Bank Negara, Pesara Wanita Kerugian RM134,503!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI