Bila nak mula beri anak makan, sangat normal untuk anak ada gagging. Gagging ni selalu buat parents panik nak tukar tekstur. Gagging ni selalu buat parents panik nak beri certain jenis makan.
Gagging ini sebenarnya adalah normal reaction.
Bukan tanda tercekik
Bukan tanda anak tak suka makanan tersebut
Tapi adalah cara anak melindungi airway bila makan
Ads
Most of the time bila kita bertenang dan perhatikan anak, anak akan boleh handle gagging ni. Sama ada dia keluarkan balik atau dia sambung kunyah dan telan macam biasa.
Nak tau gagging biasanya ada tanda:
✅ Muka merah
✅ Mata merah
✅ Keluar suara uwek uwek
Ads
Biasakan diri tengok gagging supaya anda confident handle anak time gagging. Tengoklah video ini berulang kali supaya anda tak cemas tengok anak sendiri gagging
Saya ada kupaskan tentang gagging dan choking serta banyak lagi panduan lengkap mula makan anak makan supaya anda dapat mulakan anak makan dengan confident.
Lazimnya masalah kaki bengkak sering dikaitkan dengan wanita hamil dan masalah itu tidaklah dianggap merbahaya. Namun jangan pelik, masalah kaki bengkak juga akan sering terjadi pada ibu ayah yang telah berusia. Pun begitu, persoalannya adakah bekak tersebut menyakitkan atau merbahaya buat mereka.
Memahami situasi itu, penerangan dan pemahaman yang diberikan oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad ini dapatlah kiranya memberi info bermanfaat untuk semua.
BENGKAK PERGELANGAN KAKI DI KALANGAN WARGA TUA
“Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..”
“Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya.
“Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..”
Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya?
Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya.
Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti.
Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah :
1. Berdiri terlalu lama
2. Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang
3. Berat badan yang berlebihan
4. Jika pernah berlaku kecederaan di kawasan itu, bengkak akan lebih mudah berlaku
Jika bengkak kaki berlaku setelah berlaku perkara-perkara di atas, ia tidak merbahaya. Selalunya bengkak itu tidak menyakitkan dan akan berkurangan setelah beberapa hari.
“Cakap kat mak, supaya angkat kaki melebihi paras jantung ketika berbaring. Nanti bengkak itu akan hilang secara perlahan-lahan”.
Saya memberikan beberapa saranan-saranan yang boleh dilakukan di rumah. Jika bengkak itu mulai surut, maka ia tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya. Selain itu, bengkak kaki boleh dihilangkan dengan melakukan pergerakan pada otot betis supaya darah dapat dipamkan ke jantung iaitu dengan melakukan pergerakan ringan pada sendi-sendi dan otot betis. Urutan yang ringan pada bengkak itu juga membantu melancarkan perjalanan saluran limfatik.
Jika bengkak itu berulang, pesakit boleh menggunakan stokin khas yang boleh didapati dari farmasi. Penjagaan makanan juga penting. Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan ‘low-salt diet’.
Bagi bengkak yang tidak merbahaya, doktor selalunya akan memberikan ubat Frusemide 40mg (diuretic) yang mana air yang terkumpul akan dibuangkan melalui air kencing. Namun ubat ini mempunyai kesan sampingan dan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit warga emas, terutama jika mereka mempunyai penyakit kronik. Oleh itu ubat ini hanya digunakan setelah mendapat nasihat doktor.
Jika bengkak itu tidak menyusut saiznya, ia adalah tanda bagi komplikasi penyakit yang lebih serius. Warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti di hospital, terutama jika bengkak itu tidak berkurangan setelah beberapa hari. Dikhuatiri, bengkak itu menandakan seseorang itu mengalami masalah jantung, ginjal atau hati yang serius.
Sebahagian warga emas mengambil beberapa jenis ubat untuk merawat beberapa penyakit kronik mereka. Ada juga antara ubat-ubatan ini yang boleh menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Beberapa ubat yang diberikan doktor juga boleh menyebabkan bengkak pada kaki. Antaranya :
1. Pil hormon replacement therapy (HRT) dan testosterone
2. Pil untuk penyakit darah tinggi seperti calcium channel blockers (seperti nifedipine, amlodipine, diltiazem, felodipine, and verapamil)
3. Pil yang mengandungi steroids
4. Pil rawatan kemurungan jenis MAO inhibitors (seperti phenelzine dan tranylcypromine) dan tricyclics (seperti nortriptyline, desipramine, dan amitriptyline)
Jadi jika berjumpa doktor untuk mengadu masalah bengkak kaki, saya sarankan agar pesakit membawa ubat-ubatan mereka agar doktor yang memeriksa dapat menyemak ubat-ubatan itu. Doktor akan menghentikan ubat-ubatan itu dan mungkin menggantikannya dengan ubat yang lain bagi mengelakkan bengkak di pergelangan kaki berulang. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang mengadu bengkak di kaki ibunya.
“Doc, ibu I ada bengkak di pergelangan kaki tapi yang peliknya, dia mengadu sakit pada bahagian itu. Bahaya tak?”
Jika bengkak kaki disertai dengan rasa sakit, selalunya ia menunjukkan masalah yang lebih merbahaya, sama ada infeksi dan gout. Pemeriksaan yang rapi harus dilakukan. Jadi saya mencadangkan agar warga tua yang mengalami masalah bengkak di pergelangan kaki agar menjalani pemeriksaan oleh doktor, terutama jika mereka adalah pesakit kronik seperti seperti hypertensi/darah tinggi, diabetes/kencing manis dan hyperkolestrol.
Saya bimbang bengkak kakinya adalah tanda-tanda komplikasi penyakit kronik seperti kegagalan jantung, buah pinggang atau mungkin hati. Doktor akan memberikan rawatan berdasarkan penyakit yang sebenar, dan bukan hanya untuk menghilangkan bengkak di pergelangan kaki sahaja.
Rujukan :
Goldman L. Approach to the patient with possible cardiovascular disease. In: Goldman L, Ausiello D, eds. Cecil Medicine. 23rd ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 48.
Benoit Blondeau; Lawrence L Tretbar; Morgan, Cheryl E.; Simon J. Simonian (2007). Lymphedema: Diagnosis and Treatment. Springer.
Untuk menjaga kesihatan tubuh, pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Tubuh memerlukan air untuk mengawal suhu badan, membekalkan nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan dan sebagainya.
Pengambilan air sebenarnya tidak hanya mengira air kosong, tetapi merangkumi minuman lain termasuk kopi mahupun teh serta sup. Dalam pada itu, ada pendapat yang mengatakan jika seseorang mengambil minuman manis, boleh bilas dengan mengambil air kosong banyak-banyak. Sebenarnya kaedah ini tidak bagus. Jom baca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sebenarnya, jika kita minum air manis kemudian kita bilas air kosong banyak-banyak, ia tetap tak bagus!
Contoh:
1 hidangan boba milk tea(250ml)
= 10 sudu teh gula
= 50g gula
Kita minum 1 cawan/hidangan, bermakna kita ambil 50g gula. Kemudian kita minum 1 liter air kosong. Rasa macam ia akan kurangkan kepekatan gula dalam darah kita kan?
Hakikatnya, tak begitu! Air banyak-banyak yang kita minum tadi akan keluar dari badan sebagai air kencing, dan gula tadi kekal dalam badan.
Jadi, berapa banyak pun kita minum air kosong selepas atau sebelum itu, tetap ada 50mg gula telah masuk dan berada dalam tubuh kita.
cNak bakar 50g gula ni perlu berjalan 1 jam, atau jogging 30 minit.
Kalau tak buat aktiviti ini, mana gula tu pergi? Jadi lemak. 50g gula ada sekitar 200 kalori, jika tak dibakar ia akan jadi sekitar 30mg lemak.
Ikut saranan WHO, satu hari kita perlukan tidak lebih 50g gula sehari. Bermakna 1 cawan boba milk tea sahaja dah ngam-ngam atau lebih jumlah saranan harian.
Kesimpulannya: gula berlebihan dalam badan, tak boleh dikurangkan dengan minum air kosong banyak-banyak. Sebab gula tu tak akan keluar melalui air kencing.
Kalau dah tahap keluar melalui air kencing, itu dah kena kencing manis namanya.
Salam Merdeka!
Merdekakan diri kita dari gula!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nota: boleh minum, tapi jangan kerap, dan pastikan bakar semula kalori berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susu badam mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit. Badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.
Jika dilihat kepentingan anak-anak mengamalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.
Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. 1 cawan badam boleh dapat 1.5 liter susu. Cukuplah untuk lima hari minum.
Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan
Cara penyediaan:
1.Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.
2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam pengisar dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh.
*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.
3. Sudah siap kisar terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.
CARA MENIKMATI SUSU BADAM
1.Dimakan bersama madu
Apabila sudah mendidih itu kira sudah siap. Senang bukan? Apabila sudah suam maka bolehlah diminum. Sebelum minum letakkan 1 sudu madu. Rasanya sedap, tiada rasa pelik. Kalau ada kurma, masukkan sekali. Tidak perlu masukkan madu. Cukuplah manis daripada kurma itu.
2. Smoothies
Boleh letak buah-buahan. Kalau tiada buah pun tidak mengapa. Boleh minum begitu sahaja. Boleh juga letak chia seeds jika suka.
Ekstra Tip:
Hampas badam tadi jangan dibuang pula. Rugi. Jangan membazir. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah.
Humairah dan Umar cemerlang dalam pelajaran serta dipuji guru kerana sahsiah yang baik. Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian membanggakan kedua-dua anaknya.