Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’?
Jawapan umum untuk pertanyaan mengenai ‘angin’ dalam badan:
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya… mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose… yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside. Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan.
Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’. Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Ads
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semulajadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
Ads
Tips untuk sistem penghadaman yang baik:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
Ads
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Sumber: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amar dalam satu perkongsian memuat naik satu posting di akaun Instagramnya dengan menyatakan dalam perjalanan menunaikan umrah bersama isteri serta anak lelakinya.
Amyra dan anak mereka, Aqeef Anaqi dilihat setia disisi pelakon lelaki itu. Walaupun kini sedang mengandungkan anak kedua, namun Amyra kelihatan sihat dan manis mengenakan selendang.
Dalam perkongsian tersebut, Amar menulis kapsyen dengan menyatakan bahawa “pendosa ingin ke Mekah”.
Pendosa ingin ke Mekah . . Bismillahirrahmanirahim
Sebelum itu, Amar ada memuat naik satu posting dengan disertakan gambar Kaabah. Dia juga sempat memohon agar urusan disana kelak dipermudahkan.
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Menu untuk minum petang.. Popia ikan dengan cheese. Menggunakan isi ikan kembung.
Memang sedap. Ikuti perkongsian resipi ini.
Bahan-bahan:
Rebus ikan , ambil isi dan hancurkan.
Bawang kecik dan bawang putih, tumbuk..
Cili padi – 2-3 biji .. kalau nak pedas lebihkan.
Carrot cincang halus
Daun sup cincang halus
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam, aji n maggi cukup rasa
Telur sebiji
Cara penyediaan:
Gaul semua. ambil kulit popia, cheese. Letak semua bahan tadi dan gulung.
Goreng dan nikmatilah minum petang ada bersama popia.
Selamat mencuba!
Sumber: PapaDanish Bob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anda peminat Ayam Penyet, terutama sambalnya? apa kata cuba resipi sambal penyet ala Indonesia yang dikongsikan oleh saudari Juwita Afifah. Nak tahu apa yang specialnya sambal penyet ni? Rupa-rupanya resipi ini tak menggunakan bawang. Macam pelik kan, biasanya bawang antara bahan wajib ada.
Nak tahu caranya, jom baca ni.
RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP
Saya ni memang sangat suka makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.
Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.
Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.
Cara-cara :
Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.
Goreng sehingga layu.
Ni saya dah masukkan semua bahan-bahan.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
Blend kasar.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.
10. Siap!
Ni saya makan dengan bakso penyet dan telur rebus yang digoreng. Berkeroncong pulak perut tengok gambar ni. Hahaha.
Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍