Daikui ramai yang suka makan limau mandarin apatah lagi bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ketika ini, harga yang ditawarkan adalah pelbagai. Ada yang murah dan tidak kurang yang mahal, jadi mudahlah untuk kita sebagai pengguna membuat pilihan.

Bila mudah dan banyak buah limau mandarin boleh didapati, tidak hairanlah kita akan makan buah tersebut lebih banyak dan sekali gus hingga ada yang membawa kepada kesan pada kesihatan.

Kadang-kadang pelik juga kita rasakan, kenapa ada yang lepas makan mula rasa batuk-batuk namun ada orang lain sedikit pun tidak terkesan.

Ini turut menimbulkan tanda tanya, adakah buah limau mandarin yang dimakan itu sebenarnya berkhasiat atau tidak. Mungkinkah penggunaan bahan kimia pengawet yang merbahaya atau apa sebenarnya?

Menjawab persoalan ini dan untuk mengetahui cara bagaimana untuk menikmati buah mandarin jom kita baca perkongsian Dr Fatimah Salim ini.

BENARKAH LIMAU MANDARIN MENGANDUNGI BAHAN KIMIA PENGAWET?

Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.

Makan Limau Mandarin Ada Sakit Tekak, Batuk, Sakit Dada Malah Susah Bernafas. Dr Ni Jelaskan, Sila Take Note!

SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.

Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.

Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.

Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.

IKLAN

Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.

SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)

Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.

Makan Limau Mandarin Ada Sakit Tekak, Batuk, Sakit Dada Malah Susah Bernafas. Dr Ni Jelaskan, Sila Take Note!

Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.

Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!

Makan Limau Mandarin Ada Sakit Tekak, Batuk, Sakit Dada Malah Susah Bernafas. Dr Ni Jelaskan, Sila Take Note!

Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:

IKLAN
  • Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
  • Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
  • Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
  • Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.

Sumber : ChM Dr Fatimah Salim, Ahli Kimia

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

IKLAN

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Makan Limau Mandarin Ada Sakit Tekak, Batuk, Sakit Dada Malah Susah Bernafas. Dr Ni Jelaskan, Sila Take Note!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI