Boleh dikatakan setiap rumah tentu ada menggunakan bateri untuk alatan elektronik berfungsi dengan baik. Sama ada gunakan bateri untuk jam dinding, alat kawalan jauh, kereta mainan anak-anak dan sebagainya.

Pun begitu, menjadi kebiasaan bateri yang difikirkan sudah ‘lemau’ kurang ‘power’ tidak dibuang begitu sahaja, bahkan masih tetap disimpan dengan harapan boleh digunakan kembali. Bahkan sering juga terjadi tercampur antara bateri lama dan baru, maklumlah diletakkan di dalam satu tempat yang sama.

Bila alatan tidak dapat berfungsi atau contohnya tiba-tiba jam dinding ‘mati’ mula lah mencari bateri yang ada dan dicuba satu persatu bateri yang ada untuk lihat bateri mana yang masih elok.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara paling mudah untuk anda pastikan bateri mana satu yang ada ‘power’ antara banyak-banyak bateri yang telah  disimpan itu. Caranya mudah sebagaimana perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @jason_jezi.

Tak Payah Lagi Cuba Satu-Satu, Buat Je Begini Nak Tahu Bateri Mana Yang Masih Ada ‘Power’!

Hanya dengan melihat lantunan bateri yang dijatuhkan  ke atas permukaan rata sudah dapat ditentukan mana satu yang ada ‘power’ atau sebaliknya. Sekelip mata sahaja usaha ini, kita sudah tahu keputusan bateri mana yang masih boleh digunakan berbanding check satu persatu yang tentunya mengambi masa yang panjang. Ikut nasib, kadang-kadang cepat ada masa lambat.

Tak Payah Lagi Cuba Satu-Satu, Buat Je Begini Nak Tahu Bateri Mana Yang Masih Ada ‘Power’!

IKLAN

Terangnya di dalam perkongsian video tersebut, bateri yang mempunyai kuasa akan kekal pada kedudukan menegak manakala yang tidak ada power akan melantun tinggi dan kedudukannya tidak stabil.

Untuk lebih mudah faham bagi membezakan bateri yang ‘power’ atau ‘kosong’ boleh lihat video ini.

@jason_jeziJika ##battery tercampur dgn lama dan baru Ini ##Cara bezakan. Senang saja share kpd kawan2 tgk☺️ ##TikTokGuru ##jombelajar ##learnontiktok ##tips♬ original sound – jason_jezi

Sumber : @jason_jezi

ARTIKEL MENARIK: Minum Air Kopi Di Rumah Macam Barista Yang Buat. Begini Caranya, Senang Sangat & Yang Penting Menjimatkan!

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Tak Payah Lagi Cuba Satu-Satu, Buat Je Begini Nak Tahu Bateri Mana Yang Masih Ada ‘Power’!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tak Payah Lagi Cuba Satu-Satu, Buat Je Begini Nak Tahu Bateri Mana Yang Masih Ada ‘Power’!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI