Adakalanya tetamu datang ke rumah secara tiba-tiba membuatkan kita jadi blur nak sediakan apa untuk menyambut mereka kan. Jadi, apa kata cuba buat resipi ini. Bukan hanya memudahkan anda, malah anak-anak juga pasti sukakannya.
Tak perlu nak fikir apa lagi menu minum petang nanti. buat je resipi Popia Mushroom ni pasti seisi keluarga sukakannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Atiqah Nadirah ni.
Salam semua..
Ads
Ada lagi ke yang buat rumah terbuka? Kalau ada meh sis nak share sikit resepi. Simple je nak buat.. Boleh simpan siap-siap dalam peti sejuk tu. Tetamu datang, boleh goreng je.. Dah tentu sedap tau..
Guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain. Begitulah betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Kerana itu jasa dan pengorbanan mereka tidak terbayar dengan wang ringgit. Ikhlas dalam mendidik anak bangsa.
Demikian juga dengan seorang guru bernama Ahmad Bidin yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.
Selama 35 tahun menabur bakti sebagai guru matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), dia tidak menyangka diberikan balasan sebuah kereta Perodua Aruz.
Pesara guru yang menjangkau usia 58 Tahun ini juga bakal menyambut hari lahir pada 16 Disember ini diraikan dalam Majlis Seluhur Budi Kasih Abadi di sebuah hotel.
Menurut Ahmad, kebiasaannya, majlis persaraan dianjurkan di sekolah namun bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis yang turut membabitkan penglibatan bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar, ia diadakan di hotel.
“Sampai ke saat ini, saya masih terfikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada 38 kelompok (batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.
“Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka,” katanya hari ini.
sebaik sahaja hadir ke majlis berkenaan, dia tidak nampak langsung kenderaan tersebut di parkir pekarangan hotel tersebut dan ia diserahkan kepadanya semasa dia mahu pulang sambil diiringi Pengetua TKC, Roslina Abd. Aziz.
Menurutnya yang berasal dari Port Dickson, dia terkejut apabila diberikan hadiah berkenaan lebih-lebih lagi belum pernah dalam pengetahuannya guru bersara menerima hadiah sebuah kenderaan.
“Mungkin ada tapi saya tak tahu. Namun, saya masih terkejut. Apa pun perkhidmatan saya di sekolah ini sejak tahun 1986 sebenarnya banyak dibantu oleh pengetua-pengetua yang cemerlang, rakan sekerja yang juga cemerlang, dan pelajar yang sememangnya sudah bagus.
“Saya sebagai guru hanya bertindak sebagai penunjuk jalan supaya semua pelajar saya dapat lebih cemerlang dalam akademik serta kehidupan,” katanya.
Orang dulu-dulu selalu ulang-ulang kata mengatakan bahawa jaga anak perempuan ini lebih sukar, kemana sahaja dia pergi akan membawa maruah keluarga. Apatah lagi melihat cabaran membesarkan anak remaja masa kini, nyata berganda kerisauan ibu ayah jadinya.
Umpamanya kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, ustazah Rohamiah Muda di akaun facebooknya meluah rasa kerisauan bila anak perempuannya meminta izin bercuti bersama kawan-kawan.
Biarpun anak perempuannya sudah besar, namun di hati ibu tetap gusar apabila anak tidak di depan mata. Hanya kata-kata nasihat dititipkan buat anak perempuannya agar pandai jaga diri. Selebihnya Allah jualah yang memelihara anak perempuannya itu.
Anak Minta Izan Ke Desaru
“Mama, saya nak ikut kawan pergi Desaru,” kata Kakak Izzati beberapa hari lepas.
“Buat apa?” tanya saya.
“Saja. Kawan ajak.”
Sambil berfikir dan mencari alasan, saya menjawab, “Mama tanya papa dulu ya.”
“Ala …” jawab Kakak seperti ada nada kecewa.
Boleh Bersyarat
Dalam hati sebenarnya saya tidak izinkan dia pergi. Bimbang tanpa pantauan.
“Mak kawan saya pun ikut juga. Dia yang pandu kereta. Ada seorang lagi kawan saya ikut,” Kakak Izzati terus merayu.
Selepas berfikir, saya menjawab, “Boleh dengan syarat. Pakai baju sopan, jangan leka dan jaga adab.”
“Okey!” jawab kakak ceria.
Saya melihat ada sinar di matanya. Seronok!
“Mama …” ucap kakak dengan memandang saya sambil senyum.
“Nak apa lagi?”
“Nanti nak duit sikit, sebab nak kena bayar.”
“Ya lah.”
Terfikir Menarik Semula Keizinan
Beberapa hari kemudian, kakak bersuara, “Mama, nak beli baju.”
“Nak buat apa?”
“Nak pergi Desaru nanti nak mandi. Nak kena pakai baju ‘jesy’,” kata Kakak Izzati.
“Nak mandi? Tempat terbuka ke tak?”
“Tak tahu.”
Ketika ini saya mula terfikir untuk menarik semula keizinan. Tapi, saya sudah beri keizinan, saya tetap membuat syarat.
“Ada ke baju ‘jesy’ yang labuh?” tanya saya.
“Ada.”
Hati seorang ibu, tetap tidak tenang dengan permintaan anak.
Pergi dengan kawan, bimbang tindak tanduknya tidak terkawal.
‘Ya Allah, jika perkara ini tidak baik bagi anakku, Engkau jadikan sebab untuk batalkan program ini,’ doa saya dari hati yang paling dalam.
Selepas sediakan keperluan Kakak Izzati untuk ke Desaru, saya serahkan urusan ini kepada Allah.
Akhirnya Hati Sangat Lapang
Tiba-tiba semalam, Kakak Izzati berkata, “Mama, kawan saya beritahu, dia tak jadi nak ke Desaru sebab mak dia nak pergi ke K.L.”
“Oh, ya?”
Dalam hati, saya ucapkan alhamdulillah.
Saya ceritakan kepada Kakak Izzati tentang doa saya. Dia ketawa. Sebab dia tahu saya agak susah untuk lepaskan dia keluar bermusafir bersama kawannya.
Subhanallah.
Hati saya sangat lapang selepas Kakak Izzati maklumkan berita itu.
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sungguh. Menjaga anak perempuan lebih sukar. Ke mana dia pergi, dia membawa maruah diri dan keluarga.
Moga Allah terus pelihara anak remaja kita. Semoga mereka teguh dalam beragama. Amin
Menantikan kehadiran ahli baru dalam pastinya momen yang cukup mendebarkan buat bakal ibu dan bapa.
Dalam masa yang sama pasti excited kan nak menimang si kecil. Kalau dulu si ayah boleh masuk ke dewan bersalin untuk menemani dan menyaksikan sendiri proses melahirkan.
Namun selepas pandemik Covid-`19, tidak lagi dibenarkan berbuat demikian. Bagi pelakon dan penyanyi Hariis Alif yang merupakan suami kepada Intan Ladyana, dalam menantikan zuriat sulung mereka itu, dia berhasrat untuk menemani isterinya sepanjang tempoh bersalin kelak.
Intan dikatakan bakal melahirkan bayinya pada penghujung Februari ini.
“Saya okey nak teman dan melihat sendiri proses bersalin nanti. Ini adalah pengalaman pertama, pastinya saya mahu rasai sendiri.
“Tetapi tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan pihak hospital. Jadi saya ikut sahaja,” ujar Hariis lagi.
Dia dalam pada itu mengakui banyak mempelajari ilmu keibubapaan menerui pembacaan secara atas talian.
“‘Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaik mungkin. Cari sahaja d internet. Banyak ilmu manfaat yang boleh dipelajari. Jadi tak perlu saya hadiri kelas untuk belajar ilmu menjadi seorang bapa.
“Selain itu, ibu bapa saya juga sering memberi nasihat apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,”ujarnya lagi.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumahtangga pada 5 Februari 2021.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.