Siapa je yang tak sukakan makanan manis? Makanan yang bukan sahaja sedap untuk dimakan, malah boleh dijadikan terapi, terutamanya bagi golongan muda.
Bak kata orang, baik mencegah dari mengubati. Betul? Terlalu obses makanan manis boleh undang pelbagai penyakit! Kalau tidak nampak secara luaran, dalaman badan kita belum tentu terlepas.
Individu yang paling layak untuk menasihati anak muda untuk mengawal pengambilan makanan manis ni semestinya ibu ayah. Malah ada sesetengah ibu ayah sangat mengambil perhatian tentang pengambilan makanan tinggi gula di kalangan anak remaja mereka.
Tiada hidangan manis di dalam rumah dan mereka berharap anak remaja mereka akan mengamalkan pengambilan makanan sihat namun kebanyakan anak remaja yang meningkat dewasa mereka sukar untuk menerima sesuatu yang dipaksa-paksa dan sesetengahnya akan mengambil makanan manis secara berlebihan apabila ibu bapa berjauhan daripada mereka.
Berikut merupakan kaedah yang sesuai untuk membantu anak remaja membuat pilihan sihat dengan bijak:
Ads
1. Memahami mengenai makanan yang bernutrisi yang mematuhi pinggan sihat Malaysia #sukusukuseparuh sebagai panduan untuk merancang hidangan utama dan snek.
2. Bincangkan bersama anak remaja anda mengenai makanan yang dikategorikan sebagai ‘makanan gembira’ yang digemarinya serta senaraikan makanan tersebut.
Ads
3. Berikan kebebasan kepada anak remaja untuk merancang diet mereka dengan membantu merangka pemakanan yang seimbang.
4. Cadangkan kepada anak remaja untuk membuat pilihan makanannya sebagai contoh terdapat dua majlis di hujung minggu, sepotong kek di majlis hari jadi teman rapat dan sebatang ais krim di majlis perkahwinan ibu saudara di sebelah malam. Ini memberikan tindak balas kepada anak remaja bahawa mereka boleh mempertimbangkan pengambilan makanan manis di dalam dietnya.
5. Menjadi contoh terbaik kepada anak remaja dengan mengambil makanan manis secara sihat.
Ads
6. Apa yang kita mahukan adalah remaja yang mampu membuat keputusan dan pilihan makanan yang sihat. Mampu membuat pilihan mengenai pengambilan makanan manis dan memahami konsep pengambilan diet yang bernutrisi tinggi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamalaudin dalam satu kenyataan media hari ini berkata Pemakaian pelitup muka dalam premis kini adalah atas pilihan individu, namun pemilik premis boleh mewajibkan pemakaian kepada pengunjung.
Beliau berkata, keputusan dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa.
“Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan.
“Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 pada Rabu.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi kes positif Covid-19.
Selain itu, katanya, pemakaian juga diwajibkan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang, bas, van pekerja dan van sekolah serta berada di fasiliti kesihatan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadat.
“Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, individu berisiko tinggi seperti warga emas, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung serta melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi,” katanya.
Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.
Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka adalah berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ovarian cyst adalah ketumbuhan berisi cecair yang terbentuk di dalam atau pada permukaan ovari. Ramai wanita yang mengalaminya tanpa sebarang gejala, namun ada juga yang mengalami kesakitan atau gangguan kitaran haid.
Persoalannya, adakah semua ovarian cyst perlu dibuang melalui pembedahan? Tidak semestinya. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , pembedahan hanya perlu dilakukan dalam keadaan tertentu, bergantung kepada saiz, jenis cyst, serta kesan yang dialami oleh pesakit.
Jom ketahui lebih lanjut tentang bila pembedahan ovarian cyst menjadi satu keperluan dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan
Gambar sekadar hiasan
BILAKAH PEMBEDAHAN OVARIAN CYST ITU PERLU? Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan: PERTAMA untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan. KEDUA untuk membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidakteraturan kitaran haid etc) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain. KETIGA untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer. Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes kanser ovari mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbangkan antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika : 1. Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari. 2. Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci). 3. Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haid. 4. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst) 5. Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu: • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung atau • Pesakit adalah gadis remaja. • Pesakit telah menopause. • Menggunakan pil perancang kehamilan. Walaupun saya menuliskan beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor yang merawat anda. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan beliau. Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu. Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan : 1. Imej CT scan abdomen, dan 2. Laporan pathology tisu yang diambil, atau 3. Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau 4. Wanita itu sudah mengalami menopause atau 5. Saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haid. Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak. Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy), ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu akan kekal. Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy. Jika wanita itu sudah ‘lengkap keluarga’nya dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).
Kesihatan tubuh badan amat penting untuk kita dapat menjalani rutin hidup dengan sempurna termasuk bekerja dan menguruskan rumahtangga.
Sehubungan itu, ramai yang menjaga pemakanan bersenam untuk kekal sihat. Namun kadang kala kita berasa badan letih dan tidak bertenaga.
Menurut perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad, katanya menjaga kesihatan usus adalah penting agar segala nutrien makanan mudah diserap. Jika sebaliknya ia akan menjejaskan kesihatan kita.
Nak tahu cara bagaimana menjaga usus kekal sihat. Ikuti panduan kesihatan beliau.
Ikuti perkongsian ini.
KEKALKAN USUS SIHAT
Tahukah anda usus kita terutama usus besar penuh dengan bakteria dan organisma lain? Beberapa bakteria berkenaan sebenarnya sangat penting untuk kesejahteraan kita.
Kajian terkini menunjukkan mengekalkan usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius seperti kanser kolon.
Kebanyakan orang sekali-sekala mengalami masalah penghadaman kecil seperti sembelit, cirit-birit dan kembung atau keadaan yang lebih serius seperti gastritis dan kesakitan abdomen yang berkaitan dengan ulser peptik. Namun begitu, penting untuk memberi perhatian kepada sebarang tanda atau simptom berkaitan masalah usus seperti pendarahan, kesakitan dan sebarang kesukaran atau perubahan corak pembuangan air besar serta penurunan berat badan.
Dapatkan rawatan awal walaupun sesetengah tanda atau simptom boleh dirawat tanpa penggunaan ubat-ubatan atau rawatan. Jangan abaikan masalah ini dan membiarkannya melarat.
Gaya hidup dan tabiat makan boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda. Ada enam langkah mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
1. Makan lebih serat
Anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan serat. Kehadiran serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan simptom beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.
Untuk mengekalkan usus yang sihat, anda memerlukan serat daripada pelbagai jenis sumber makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang dan oat.
Panduan Diet Malaysia menyarankan kita mengambil sekurang-kurangnya 25 gram serat setiap hari. Separuh daripada bijian yang diambil haruslah terdiri daripada bijirin penuh. Anda digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.
2. Banyak minum air
Air membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Serat bertindak seperti span dan menyerap air. Tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Air juga memberi faedah kesihatan lain – tiada kalori! Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga!
3. Hadkan pengambilan kafein
Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Jika anda tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.
4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya
Terdapat ribuan bakteria yang hidup di dalam usus anda. Sesetengahnya bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan dan pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang memudaratkan. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting.
Bagaimanakah anda boleh mencapai keseimbangan ini? Salah satu cara mudah dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan juga mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya.
Probiotik yang juga dipanggil ‘bakteria baik’ terdapat secara semula jadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan seperti yogurt, minuman susu berkultur, keju dan tempe.
Prebiotik ialah bahan yang menggalak pertumbuhan atau aktiviti mikro organisma seperti probiotik yang menyumbang kepada kesihatan usus. Prebiotik terdapat dalam makanan yang tinggi serat seperti pisang, bijirin penuh dan beberapa jenis sayuran (lik dan bawang).
Sesetengah produk komersial mengandungi serat khas yang dipanggil inulin dan oligofruktosa (frukto-oligosakarida) yang juga prebiotik.
5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak
Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi juga boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus.
6. Banyak bersenam
Hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Sebarang senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.
Pastikan anda memupuk tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari dan elakkan daripada menahan keinginan untuk membuang air besar. Satu lagi tabiat yang perlu dipupuk adalah mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin. Mengabaikan kesihatan usus anda boleh mengakibatkan masalah yang serius.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di