Namanya pun istilah berpantang, jadi ibu berpantang kenalah pantang daripada mengambil makanan-makanan tertentu. Bukan apa, ada kalanya jenis-jenis makanan sangat-sangat memberi impak pada tubuh.
Mungkin kalau wanita jenis tak pantang makan, dia sendiri tak tau bezakan macam mana yang dikatakan bagi kesan pada tubuhnya. Mungkin tak perasan bila sakit.
Kalau badan rasa berat, sakit-sakit pada sendi, belakang badan atau sakit perut pada ari-ari itu adalah petanda yang dialami bila pantang dilanggar. Pun begitu, kesan dan akibatnya berbeza bagi setiap orang.
Ada wanita tak boleh makan pisang dan ada juga wanita tak langsung alah pada kangkung atau tumbuhan menjalar lain. Jadi nak mudah, ada baiknya kita sebagai wanita berpantang dengan cara yang betul agar tubuh dalaman jadi sihat.
Bukan hanya lepas pantang, wanita yang anak dah besar pun kena turut sama pantang bagi mengelakkan tubuh masuk angin. Sendi paling penting kena jaga!
Ads
Jenis Makanan Sejuk
Makanan bersifat ‘sejuk’ secara berterusan misalnya boleh mengakibatkan sakit dan sengal sendi kepada tubuh. Makanan bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, kubis, terung, timun, labu, petola, pucuk ubi, pucuk pakudan banyak lagi sangat memberi kesan kepada tubuh jika makanan ini tidak bersesuaian dengan kehendak tubuh anda.
Bukan itu sahaja, buah-buahan seperti nangka, tembikai, nenas, pisang, cempedak, mangga, manggis, langsat, betik dan ciku juga dikatakan mendorong sakit sendi dan masalah angin kepada ibu berpantang juga selepas berpantang.
Ads
Ketika berpantang, elakkan sama sekali jenis makanan bersifat sejuk ini. Berpantanglah selagi terdaya kerana ia akan hanya memberi kesan pada tubuh. Tubuh akan terasa berat kerana angin memasuki setiap urat dan akibatnya ibu akan merasa sakit pinggang, sakit belakang serta sakit pada semua sendi.
Perlahan-lahan selepas anak mencapai usia enam bulan dan ke atas, barulah anda mula mengambilnya dengan kuantiti ‘percubaan’, jika terlaluketagih untuk menikmatinya. Berpantanglah selagi mampu.
Makanan Yang Harus Diambil
Ads
* Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800 kalorisetiap hari bagi tujuan penyusuan badan secara ekslusif.
* Sekiranya ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.
* Makanan berprotein tinggiseperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit.
* Ambil air kosongpada jumlah yang banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Video terbaru yang dikongsikan oleh Nora Danish gelagat anaknya Neyney telah meraih perhatian peminat. Ini bukanlah kali pertama dia mendapat pujian ramai.
Walaupun masih kecil, namun dia bijak mengira. Sebelum ini Neyney menunjukkancara menyelesaikan masalah matematik.
Terbaru, perkongsian video yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan Mohamed Neqayl Nedim atau Neyney sedang membaca surah Al-Fatihah.
Walaupun baru berusia 3 tahun lebih, Neyney sudah pandai dan lancar membaca Al-Fatihah sambil didengari oleh mommynya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bagi Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, beliau tidak menyangka penyertaannya menerusi 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada pada 28 Ogos lalu membuahkan hasil.
Apa tidaknya, produk ciptaannya yang dinamakan Circumstar-1 berjaya memenangi emas serta dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara termasuk 97 dari negara ini.
Kuang Chong, yang mencipta alat berkhatan dalam masa seminit itu berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas di dalam pertandingan tersebut. Pakar bedah plastik itu menerima pengiktirafan tersebut menerusi ciptaan peralatan berkhatan paling cepat, selamat dan kos rendah di dunia.
“Pertandingan ini adalah anjuran Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS). Saya menghantar penyertaan secara dalam talian.
“Saya mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk menyiapkannya dan menambah baik peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini. Ini adalah produk buatan tempatan 100 peratus,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, alat tersebut hanya mengambil masa seminit untuk melakukan proses khatan berbanding peralatan lain dicipta sebelum ini yang mengambil masa tiga minit dan tanpa jahitan
Katanya, penggunaan peralatan tersebut selamat sepenuhnya dan proses penyembuhannya juga cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan.
Selain itu, pada Mac lalu, beliau meraih pingat emas menerusi Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland bagi ciptaan sama.
Sehingga kini, beliau berjaya merangkul 49 anugerah bagi inovasinya termasuk 25 pingat emas dan 11 pingat khas bagi produk pengguna dan peralatan perubatan dalam pertandingan termasuk diadakan di peringkat nasional selain di China, Hong Kong, Japan dan Thailand.
Anak kelahiran Johor itu berharap inisiatif dilakukannya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencipta produk inovasi yang berguna kepada masyarakat.
Masalah keputihan yang berlaku pada ibu hamil selalu kita pandang enteng malah kurang diberikan perhatian. Kita selalu buat acuh tak acuh.
Masalah keputihan sehingga diminta untuk membuat ujian untuk GBS seharusnya tidak dipandang mudah oleh ibu hamil kerana ia boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
GBS adalah nama singkatan untuk sejenis kuman/bakteria dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Kebanyakan ibu mungkin hanya tahu tentang GBS ini setelah disahkan positif oleh doktor. Sebelum ni tak pernah dengar pun!
Sebenarnya, lebih kurang 1 dari 4 wanita adalah pembawa kuman GBS. Namun tak semua menyedari bahawa mereka adalah pembawa bakteria ini.
Walaupun tidak menunjukkan sebarang masalah pada ibu, namun GBS berisiko terhadap bayi dalam kandungan sehingga boleh membawa maut.
Bagi mengelakkan masalah keputihan ini, Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists dari Prince Court Medical Centre kongsikan tip untuk ibu hamil.
“Doktor, ada tak tips untuk kurangkan keputihan/gbs?”
Ketika hamil, lendiran faraj meningkat kerana perubahan hormon. Leukorea atau keputihan fisiologi ketika hamil adalah mekanisma semula jadi untuk membersihkan dan melindungi faraj daripada bakteria.
Jika keputihan berubah menjadi kehijauan, cheezy pekat, bertompok coklat atau darah, ini bermakna keputihan telah berubah menjadi keputihan penyakit/patalogi. Simptom sebegini memerlukan pemeriksaan doktor.
Antara tip yang boleh ibu hamil lakukan: * Jaga diet dan kenaikan berat badan. * Kurangkan gula dalam minuman/makanan. * Pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton * Elakkan penggunaan pencuci vagina, kecuali jika ada jangkitan. * Pastikan vagina dicuci bersih dan lap kering. * Jika perlu pakai panty liner, tukar setiap kali ke toilet. * Trim bulu di kawasan kemaluan.