Doa adalah sebahagian daripada ibadat. Maka, kita kena selalu meminta denganNya. Jangan putus asa. Makbul atau tidak doa kita adalah rahsia Allah. Yang penting jangan jemu berdoa kerana Allah tak pernah jemu mendengar suara kita.
Ketika azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Ingatlah, setiap tangan yang menadah ke langit, tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong. Cuma makbul atau tidak doa itu semuanya adalah bergantung kepada Dia. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita agar sentiasa memburu atau berusaha untuk mencari waktu yang mustajab tersebut.
Waktu Yang Paling Afdal Dan Mustajab Untuk Berdoa Di Bulan Ramadan
Bilakah waktu paling mustajab untuk berdoa di Bulan Ramadan?
Di sini adalah beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa:
Waktu Sahur
Allah SWT berfirman:
Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan”
Bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Ads
Sebagaimana sabda Rasulullah:
Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) pemimpin yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.”
— HR Tirmidzi
Sewaktu Menjelang Berbuka Puasa
Doa mustajab juga ada pada saat menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Maghrib.
Menjelang berbuka seharusnya dijadikan masa mengadu dan berdoa sebanyak-banyaknya di hadapan Allah SWT.
Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.”
— HR Ibnu Majah
Ads
Waktu Satu Pertiga Malam
Pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa.
Tetapi di bulan Ramadhan, berdoa pada waktu ini lebih mudah bagi banyak orang kerana umumnya waktu ini adalah waktu sahur.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdoa kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, niscaya akan Aku ampuni.”
— HR. Al Bukhari dan Muslim
Ads
Sewaktu Azan Berkumandang
Rasulullah SAW bersabda:
Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang.”
— HR. Abu Daud
Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an.
Malam ini lebih utama dari 1000 bulan.
Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.
“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].”
— HR. Tirmidzi
Sumber: AkuIslam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Momen ketika anak-anak semakin membesar ni kadang-kadang mencuit hati kita sebagai ibu ayah. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita rasa sekejap je masa berlalu, anak-anak dah semakin besar kan. Bila mereka berbaik dengan adik beradik, lagi lah kita rasa serook tengok kan?
Seperti sebuah video yang dikongsikan Emma Maembong, ketika anak sulungnya, Shariq Gabriel, cuba menidurkan adik. Ketika itu Syakil Aryan Shah, sedang berbaring dan minum susu apabila Shariq menepuk-nepuk adiknya sambil berzikir.
Pada usianya lebih kurang empat tahun, Shariq sangat pandai menjaga adiknya. Bukan saja Aryan okay ditepuk-tepuk abangnya bahkan dia nampak tenang apabila Shariq ada di situ. Sambil merekod anaknya, Emma kemudian mencium Shariq dan memujinya.
Shariq kelihatan sangat gembira dengan pujian ibunya itu. Sebenarnya penghargaan yang simple seperti pujian kepada anak pun dah dapat buat anak rasa seronok dan menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
Selain membina hubungan yang baik antara adik beradik, Emma juga menerapkan amalan berzikir sebelum tidur. Pasti dah selalu Emma dan suami buat begitu bila nak tidurkan anak-anak, jadi ia menjadi contoh kepada Shariq dan Aryan.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Black dan anak sulungnya Dayyan dilihat rancak menyanyi dan beraksi di atas pentas Pesta Penang baru-baru ini.
Apa yang pasti, pujian harus diberikan kepada Dayyan, meskipun masih kecil namun cukup berani berada di hadapan ribuan peminat yang membanjiri Pesta Penang.
Aksi dan lagak Dayyan menyanyikan lagu Pok Pet bersama ayahnya begitu bertenaga dan sekali gus membuatkan semua tetamu berasa terhibur dengan persembahan anak beranak ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Video nyanyian tersebut telah dikongsikan oleh Black di akaun instagramnya, dan rata-rata peminat merasakan bahawa suatu hari nanti Dayyan bakal menjadi penyanyi hebat seperti ayahnya.
“10 tahun menyanyi sorang kat pesta penang,tapi tahun ni dengan anak saya KHALEEF DAYYAN.. 🥰 Pesta Penang 2022 !”
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.