Seorang wanita luka teruk dipukul bapanya menggunakan rotan di Kampung Melayu Raya, Segamat, dekat sini, pagi semalam.
Memetik laporan harian Metro, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 20 tahun pada jam 12.16 tengah malam tadi, memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil.
Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan bapa mangsa yang berusia 45 tahun di kediamannya jam 2.33 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi semalam ketika bapa mangsa juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.
“Ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan.
Ads
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera teruk,” katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini.
Ahmad Zamry berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap anak perempuan sulungnya itu selepas mengikut saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.
Beliau berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius akibat sebatan bertalu-talu.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan.
“Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini,” katanya.
Anak-anak adalah amanah Allah. Perlu dijaga, dididik dengan ilmu kebaikan dengan sebaiknya. Dalam hal ini, anak-anak boleh kita ibaratkan seperti kain putih, ibu bapa khususnya yang perlu mencorakkannya kearah kebaikan.
Baru-baru ini tular sebuah video seorang kanak-kanak ini dengan berani menyambung bacaa ayat Al-Quran. Hebatnya anak ini adalah didikan daripada ibu bapanya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi halaman tiktok @qawiyaro, video berkenaan memaparkan di mana seorang lelaki membuat konten di mana dia akan memberikan RM50 kepada sesiapa yang menyambung ayat Al-Quran yang dibacanya.
Video berdurasi 3.32 minit tersebut mendapat 4 juta tontonan dan lebih 500 ribu sukaan dirakamkan di sekitar Setia City Mall Selangor.
Salah satu video yang meraih perhatian adalah seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Akif berusia enam tahun.
Kanak-kanak ini dengan lancar dapat menyambung bacaan dengan baik. Sikapnya yang berani dan yakin membuatkan ramai kagum kepadanya.
WARGAMAYA KAGUM
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendapat komen yang positif daripada netizen. Hal ini kerana, konten sedemikian sedikit sebanyak dapat mengajak orang ramai untuk mencintai dan menghafal kitab suci Al-quran.
Gempar seorang ibu tergamak mencederakan anaknya sehingga seorang daripada tiga anaknya meninggal dunia akibat cedera parah.
Malah daripada maklumat laporan berita menyatakan wanita berkenaan mengalami tekanan perasaan yang teruk mengakibatkan dirinya bertindak di luar batas akal fikiran manusia.
Ibu mana yang tak sayang anak. Pastinya tekanan hidup membuatkan manusia terlalu emosi.
Jadikan kisah tragis ini iktibar bahawa kawalan emosi amat penting dalam kehidupan.
Ekoran kisah duka itu, seorang pengguna facebook perkongsian saudari, Aifa Azlan pernah melalui situasi getir itu. Mujur suami ada memberikan sokongan moral.
Ikuti perkongsian ini.
Hari ni dunia digemparkan dengan berita tragis di mana seorang ibu cuba membunuh dengan menetak ketiga-tiga orang anaknya. Dari tiga anak, anak keduanya telahpun menjadi korban di tangan ibunya sendiri. Perbuatan itu dilakukan oleh ibu ini selepas dia menunaikan solat Subuh.
Jujur cakap saya sebagai seorang ibu amat terluka dan sedih dengan tindakan ibu ini. Tapi bila dengar perbualan dia dengan anggota polis, saya dapat rasa yang ibu ni mengalami depression yang sangat teruk hingga dapat mendengar suara yang meminta dia menamatkan hidup anak-anaknya.
Pernah depression
Saya sendiri pernah berada duduk di tempat ibu ini pada awal tahun 2020. Saya di diagnose major depression oleh doktor pakar. Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang.
Tapi saya diuji dengan hubungan persahabatan. Orang yang saya percaya menikam saya dari belakang, memfitnah saya, mengutuk saya, menghasut orang lain membenci saya. Bila saya minta penjelasan kenapa mereka memperlakukan saya sebegini mereka mengelak dan cuba melarikan diri dari saya.
Lama kelamaan saya jadi trauma dengan apa yang berlaku dalam hidup saya. Dan ketika saya depression, saya akan lebih sakit bila mengenangkan orang2 yang sudah mengkhianati saya hingga menyebabkan saya depression.
Demi Allah depression ni tersangat sakit sampai saya pernah terdetik untuk mengakhiri hidup saya. Ketika itu terdetik juga dalam hati untuk bawak anak-anak sekali supaya anak saya tak rasa sakit yang rasa. Saya taknak anak saya menderita seperti saya.
Ingat lagi saya pernah kunci Aira dalam bilik bersama saya dan saya bagitahu Aira yang saya nak hantar di ke syurga. Masa tu Aira seakan faham dengan apa yang saya cakap dia merayu menangis supaya saya melepaskan dia. Allahuakbar, masih ada iman dalam diri. Saya banyak kali istigfar. Tapi kadang seperti ada suara yang suruh saya melakukan perkara itu.
Depression is real. Sakit yang teramat sangat. Dulu aku memang memendam rasa kecewa dan marah kepada mereka yang mengkhianati aku.
Tapi sekarang bila jumpa dengan pakar kaunseling dan dapatkan rawatan serta makan ubat, aku dah makin sihat. Kali ni mula betul-betul memaafkan mereka yang buat aku sakit. Betul lah bila kita mula redha dan memaafkan hidup kita akan lebih.
Belajarlah untuk menyayangi dan menghargai diri sendiri. Lepaskan masa silam. Jadikan ia pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dalam hidup.
Satu lagi bila rasa diri sakit dan ada rasa nak mati segeralah ke hospital berjumpa doktor. Jangan pendam seorang diri takut nanti makan diri.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa memain peranan bukan sahaja sebagai pencari nafkah malah sebagai pelindung juga. Malangnya, ada sesetengah anak yang tidak menerima kasih sayang orang tuanya. Berat hati mendengar apabila anak disakiti oleh mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Dahlia, 19, telah memuat naik beberapa hantaran yang mengejutkan. Dahlia memberitahu dunia bahawa dia adalah salah satu mangsa penderaan rumah tangga.
“Saya telah didera dengan teruk oleh ayah tiri saya semalam. Saya trauma. Dia cekik dan tampar saya. Kemudian, campak saya di lantai dan pijak kepala saya seperti bola. Dia juga tendang badan saya berulang kali. Dia pijak kepala Dahlia banyak kali sambil hentak-hentak guna kaki dia. Mata tu bengkak, lebam dan pecah darah sebab dia jijak guna tumit dia. Sangat kuat. Macam betul-betul nak bagi kepala pecah. Dia tarik rambut dan leher Dahlia. Dia terajang sampai terhantuk pintu. Dia tendang Dahlia sampai terkeluar pintu rumah dan termasuk ke bawah kereta. Dia dah angkat parang nak tetak tapi nasib baik jiran datang dan dia lari masuk rumah tutup pintu” jelas Dahlia.
Menurut The Star (2022), terdapat lebih daripada 600 kes penderaan rumah tangga setiap tahun dan lebih 1000 kes penderaan kanak-kanak tahun ini di Malaysia.
Dahlia juga memuat naik rakaman suaranya ketika berdepan dengan ayah tirinya di balai polis.
“Hangpa tak layak gelar diri mak ayah tahu tak?” luah mangsa tersebut.
Mujur, Dahlia dan ayah kandungnya telah membuat laporan polis di Parit Buntar, Perak. Ayah tiri serta ibunya akan disoal siasat oleh pihak berkenaan.
Mangsa tersebut telah juga memuat naik gambar keadaan mukanya selepas kejadian itu.
Semoga adik Dahlia mendapat keadilan yang patut diterima dan kami dari Keluarga doakan yang terbaik buat Dahlia. Semua orang boleh jadi ibu bapa tapi tidak semua yang layak. Kepada ibu bapa diluar sana, ingatlah, ibu bapa ibarat pelindung kepada anak-anak dan mereka sepatutnya sentiasa rasa selamat ketika bersama anda.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.