![Untitled design - 2022-10-15T060856.787](https://cdn.keluarga.my/2022/10/Untitled-design-2022-10-15T060856.787-696x365.jpg)
Dodol kalau makan memang sedap, sekejap je boleh habis tapi untuk membuatnya memang tidak semua mampu melakukanya. Maklumlah prosesnya panjang, lagi-lagi ketika mengacau dodol yang telah likat. Diakui perlu kekuatan fizikal dan kesabaran yang tinggi, Silap haribulan boleh sakit pinggang pula jadinya.
Memandangkan proses membuat dodol agak sukar, dan memakan masa berjam-jam lamanya. Maka tidak hairanlah anak-anak kita zaman ini tidak pernah nampak kita buat dodol. Lain pula pengalaman kita ketika zaman kecil-kecil dulu, pernah juga sekali dua menolong nenek mengacau dodol untuk persiapan Hari Raya.
Pun begitu baru-baru ini, Sari Yanti ada memuat naik video di Instagramnya yang sedang mengacau dodol. Gayanya mengacau dodol begitu mahir, nampak tenang sahaja mengacau satu kawah besar dodol yang telah likat.
Tapi bukan itu sahaja yang menarik perhatian warganet, apa yang lebih lucu bila membaca caption yang ditulis oleh isteri kepada Jepsepahtu pelawak popular ini yang mengatakan anak-anaknya menyangka dodol tersebut adalah slime.
Apa tidaknya budak-budak sekarang semuanya pernah bermain slime, bila lihat keadaan dodol yang dikacau nampak likat dan tidak putus bila diangkat dengan senduk, tidak dinafikan macam sama.
“Jaga-jaga nanti anak buat main slime”-Netizen
Lantaran itu ada juga netizen yang berseloroh dengan meninggalkan komen kepada Sari Yanti agar berjaga-jaga bimbang nanti anak-anaknya ambil sorang sikit dodol tersebut untuk bermain slime.
Bukan itu sahaja ada juga yang mengusik katanya betapa kuatnya Sari Yanti mengacau dodol. Silap hari bulan terus sado pula lengannya. Malah ramai juga memuji betapa cantiknya Sari Yanti walaupun tampil ringkas sebegitu.
Sumber : Ig Sari Yanti
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
“Rupanya, Emak Masih Ingat..”-Usia 48 Tahun Baru Rasa Kasih Sayang Ibu Kandung. Pertemuan Undang Sebak!
![“Rupanya, Emak Masih Ingat..”-Usia 48 Tahun Baru Rasa Kasih Sayang Ibu Kandung. Pertemuan Undang Sebak!](https://cdn.keluarga.my/2023/06/Untitled-design-2023-06-20T100133.262.jpg)
Terpisah jauh dengan ibu kandung hingga bertahun-tahun lamanya pastinya bukan mudah untuk ditanggung oleh seorang anak. Apatah lagi jika tidak dapat berhubung, tiada diketahui khabar berita, entahkan masih hidup atau sebaliknya.
Derita hati ini tentu sukar untuk ditempuh dan begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Mohd Sopian Mohamed Sapihi. Sejak kecil tidak pernah merasai kasih sayang daripada ibu kandung namun siapa sangka selepas berusia 48 tahun barulah kini dapat mengecap nikmat kasih sayang ibu kandungnya, Fatimah Kuny Alive yang ditemui dalam pertemuan tidak dirancang pada 22 Mei lalu.
Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas isterinya, Nor Faridah Badri, 46, memuat naik video sewaktu detik pertemuan itu di TikTok.
Memetik perkongsiannya di Harian Metro, difahamkan video itu dirakam dan dimuat naik pada hari pertemuan dengan ibunya yang kini berusia 72 tahun.
“Hari berkenaan, saya dan isteri bertolak ke Simpang Renggam kira-kira jam 7.30 pagi dari rumah dengan berpandukan maklumat diperoleh daripada sumber.
“Tak rancang apa pun kerana mulanya nak cuba cari saja namun ditakdirkan, saya jumpa dengan seseorang yang kebetulan kenal emak juga adik ipar (sebelah adik beradik tiri).
“Adik ipar yang bawa saya ke rumah emak. Pada awalnya, emak tak kenal saya namun dia tergamam selepas saya tunjukkan kad pengenalan saya kepadanya.
“Rupanya, emak masih ingat cuma sebelum ini dia sangka saya tinggal dan jaga ayah di Singapura kerana ayah berasal dari sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Pangsapuri Sri Indah, di sini.
Berkongsi perihal dirinya, Mohd Sopian berkata, dia terpisah dengan ibunya sejak berusia lapan bulan.
Sejak itu, dia dibesarkan bapa, nenek dan ibu saudara di Simpang Chenderiang, Batu 3, Temoh, Perak.
“Saya anak tunggal dan menurut apa diceritakan, ayah bawa saya bertemu keluarganya di Perak dan membawa surat beranak saya bersama.
“Awalnya emak dapat menghubungi ayah… tetapi mereka terputus hubungan jadi sejak itu ayah dan keluarganya membesarkan saya.
“Nenek sangat manjakan saya manakala kesemua ibu saudara layan dengan baik hingga saya sudah anggap mereka seperti emak kandung.
“Jadi, saya tak terfikir dan berasa pun kehilangan ibu waktu kecil dan di bangku sekolah memandangkan ayah pun masih ada ketika itu sebelum meninggal dunia 16 tahun lalu,” katanya.
Menurut Mohd Sopian, individu sekeliling pernah memintanya mencari ibu kandungnya namun dia belum terbuka hati dulu kerana tiada petunjuk dan nampak kepentingannya.
“Dulu, memang ramai minta saya cari emak namun saya saja enggan kerana anggap tiada dosa atau kesalahan dengan emak jadi fikir tak guna mencarinya.
“Isteri pun ada minta saya cari emak namun tidak sampai mendesak. Lagipun, sebagai manusia saya ada ego saya dan logiknya siapa tak nak ibu?
“Seperkara lagi, saya bimbang jadi sebaliknya apabila berjumpa cuma apabila meningkat usia, baru ada keinginan itu (mencari) dan ia semakin membuak apabila timbul rasa sedih terkenangkan emak setiap kali selepas solat Subuh.
“Jadi, itu yang menjadi titik permulaannya dan sebenarnya, arwah mak ngah (ibu saudara) yang tawarkan diri bantu dan beri petunjuk namun usaha mencari sebelum ini tertangguh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Sehingga ke hari ini, Mohd Sopian masih tidak menyangka bertemu semula dengan ibunya.
“Sampai satu tahap, saya fikir emak sudah tiada namun dengan izin Allah saya ditakdirkan bertemu emak selepas hampir lima dekad.
“Alhamdulillah, emak sihat dan adik beradik tiri pun terima saya dengan baik malah daripada dulu lagi emak ada ceritakan perihal saya kepada mereka.
“Cuma sebelum ini belum diizinkan bertemu dan saya kini dalam proses mencipta keserasian dengan emak kerana sebelum ini tak pernah berasa belaian ibu jadi ambil masa sesuaikan diri,” katanya.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ada 21 Ekor Kucing, Wanita Ini Kongsi Cara Sediakan Stok Makanan Bila Balik Kampung.
![Ada 21 Ekor Kucing, Wanita Ini Kongsi Cara Sediakan Stok Makanan Bila Balik Kampung.](https://cdn.keluarga.my/2022/04/gambar-cover-2022-04-27T154224.474.jpg)
Bagi pencinta kucing tentu bimbang apabila pulang beraya di kampung memikirkan makan minum si bulus.
Bagi yang mempunyai bajet, tentunya si bulus akan dihantar ke ‘hotel’ yang menyediakan penjagaan kucing dalam tempoh pulang ke kampung.
Namun bagi yang tidak mempunyai bajet, sudah tentu memikirkan alternatif cara yang mudah dan murah untuk mengurukan kucing ketika pulang ke kampung.
Menarik dengan perkongsian ini, saudara, Iera Umairah mengenai penjagaan kucing, jom ketahui caranya.
“Ada kawan kawan Yang pernah Tanya saya macam mana tinggalkan kucing 21 ekor dekat rumah. Ni saya bagi gambar. Esok dah nak balik kampung..”
***********
********************
Balang makanan
Jumlah makanan ni bnyk dari biasa sebab kalau time balik kampung Akan ada kucing luar tumpang makan kdg ada tuan x tinggalkan mknn..
Setakat sy nampak dkt rumah sy yg tumpang mkn ada la 5-6ekor..kucing sy pun dah 21ekor. Jadi contoh biasa 15kg habis dalam 15hari.jadi saya isi je semua 15kg dalam 6 balang tu .saya balik kampung 10hari. Jadi makanan akan ada lebih.
Air
Air saya isi guna besen je senang.. Saya sediakan 2besen dekat dapur, 1 ruang tamu, 2 dekat porch luar. Lagi banyak lagi bagus sbb skrg musim panas. Kesian kucing kalau tak cukup air.
Pasir
Pasir saya guna fifi little 6beg. 10besen. Kucing saya ada yg membuang di pasir ada yg membuang di tanah. Jadi prepare je lah banyak2.. Biasa pasir baru ni laku keras. Balik nanti kita kira bape kati dapat hasil
Rumah kalau ada brg berharga simpan la siap2 biasa kucing jadi kera bila tuan xde.
Langsir
Langsir ikat tinggi2 kalau kucing anda jenis suka siram. Mcm rumah saya kadang stray cat yg datang tu suka menyiram terpaksa la ikat langsir
Padang
Potong rumput siap2 kalau bosan kucing main dekat padang dgn gembira
Last sekali sebelum gerak niat dalam hati ya allah aku tawakal kepada mu untuk menjaga rumah dan haiwan peliharaan ku.
Tingkap
Saya buka tingkap dapur sebab kucing saya mmg bebas in out.. Dan bila emergency kucing boleh cari makan dekat luar.
Sekian sedekit perkongsian dari saya 6tahun bela kucing . Selamat hari raya maaf zahir batin.balik kampung hati hati.
Sumber: Iera Umairah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ini Sebabnya Kita Kena Tahu Dulu Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial.
![Ini Sebabnya Kita Kena Tahu Dulu Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial.](https://cdn.keluarga.my/2019/03/new-tag.jpg)
Kegunaan media sosial sudah menjadi keutamaan dalam masyarakat kita. Selain dapat menrapatkan hubungan yang jauh, media sosial menjadi platform bagi mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk bab keibubapaan.
Tidak hairanlah ramai yang memilih untuk berkongsi info yang sama dengan pasangan. Justeru,berderet nama pasangan di tag di ruangan info berkenaan.
Namun, ada sesetengah orang berpendapat cara itu seolah-olah menjatuhkan air muka pasangan. Terutama sekali jika ia berkaitan dengan hal yang boleh menjatuhkan aib. Tak kurang juga yang berpandangan kaedah itu salah satu cara setiap pasangan berkomunikasi dalam berkongsi ilmu untuk rumah tangga mereka.
Sebenarnya ia terpulang kepada individu atau pasangan tersebut untuk menerima ia secara berlapang dada atau sebaliknya.
Bila faham benda ni insyaAllah rumah tangga akan makin harmoni dan bila isteri kita duk tag kita pun kita boleh tersenyum seorang diri! Dr Taufiq Razif berkongsi ilmu dan info berkenaan hal ini.
“Aduh! Kenapa la wife aku asyik tag je ni!”
Ni la yang saya rasa dulu bila isteri saya asyik duk tag saya di komen dan post Facebook orang lain.
Tapi bila fikir dalam dalam balik..
Aduh! Menyesalnya la saya duk marah marah dulu. Kenapa? Sebab daripada situ la saya boleh kenal isteri saya dengan lebih mendalam!
Tag suami adalah sejenis komunikasi si isteri kepada si suami! Daripada komunikasi si isteri la si suami boleh belajar banyak benda tentang personaliti dan diri seorang isteri.
Sebab tu la kita kena tahu dulu KENAPA la si isteri suka tag tag si suami :
1. Mereka nak bagitahu isi hati mereka
▪️Perempuan ni tak macam lelaki yang boleh je cakap direct apa yang diorang. Perempuan ni sejenis makhluk yang banyak berkias dan suka sangat menggunakan maksud tersirat
▪️Tag tu salah satu maksud tersirat isteri kita. Cuma tu la cabaran bagi kaum lelaki. Kalau dia tag kat satu artikel, kita terpaksa buat ‘speed reading & skimming’ la untuk tahu baris ke berapa ayat tersirat yang isteri kita cuba sampaikan tu ?
2. Mereka nak kita yang pilih
▪️Isteri kita ni jenis yang banyak mahunya. Memang itulah fitrah perempuan. Kita lelaki ni sebagai ‘provider’ mereka. Itulah kenapa kita fokus bekerja. Sebab kita termotivasi untuk ‘provide’ mereka!
▪️Cuma disebabkan kuasa ‘decision-making’ ni banyak berada di tangan kita, jadi isteri kita berbaik hati la nak kita buat keputusan untuk pihak mereka. Alhamdulillah, bila kita syukuri benda ni akan banyak konflik yang takkan terjadi dalam rumahtangga kita nanti
3. Mereka nak kebaikan untuk kita
▪️ Kadangkala mereka tahu je kita lelaki ni jenis malas membaca atau terlalu fokus pada kerja. Jadi dengan tag sekali sekala tu mereka harapkan kita topup la juga ilmu di dalam dada
▪️Mana boleh ilmu kita masa masih di awal usia perkahwinan sampai la di hujung usia duk sama tak berubah apa apa! Kena la topup dari semasa ke semasa!
4. Mereka tengah perli kita
▪️Kadangkala perli di depan muka ni boleh jadi konflik dan pergaduhan. Jadi si isteri perli perli manja dengan tag suami mereka la supaya konflik tu takde la besar sangat
▪️ Cuma tu lah. Kena pastikan si suami okey dan jangan sampai jatuhkan air muka je la
▪️Bila dah kena perli yang manja dan ringan ni suami kena cakna dan sensitif la. Cepat-cepat kena sedar dan selesaikan masalah sebelum perlian tadi bernanah dan membusuk di dalam dada!
5. Mereka nak luah je
▪️Kadang-kadang si suami sibuk sangat bekerja sampaikan komunikasi dalam rumahtangga pun dah jadi kurang
▪️Dengan tag sekali sekala ni diharapkan si suami tu dapat la baca dan dapat faham la betapa rindu dan kasihnya si isteri tu kepada suaminya
Bila faham benda ni insyaAllah rumah tangga akan makin harmoni dan bila isteri kita duk tag kita pun kita boleh tersenyum seorang diri!
p/s : Cuba tag pasangan kita di ruangan komen beramai ramai. Biar pasangan kita jadi makin kenal personaliti dan psikologi diri kita sendiri ?
p/s : Saya lebih banyak kongsi ilmu mendidik anak di Telegram Channel saya sebenarnya. Klik je link ni sekarang kalau nak baca lebih banyak lagi ilmu mendidik anak anak ? t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber: https://theproparenting.com