Pembukaan tahun baru 2022 disambut duka pelakon Anita Baharom apabila suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam, di sini, jam 8 pagi.
“Ujian demi ujian bertandang, terlalu banyak kisah. Saya reda atas pemergian arwah suami dan terima suratan takdir ini.
“Arwah suami sudah berbelas tahun mengidap penyakit kencing manis,” katanya kepada BH Online.
Ads
Anita turut memohon orang ramai menitipkan doa untuk arwah suami.
Ads
“Saya mohon doa sanak saudara, sahabat dan semua. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan beramal soleh,” katanya ringkas dalam nada sedih.
Ads
Dia turut memuatnaik berita tersebut menerusi laman Instagramnya.
Bagaimanapun, Anita belum dapat mengesahkan butiran tepat waktu dan lokasi pengebumian.
Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin atau ‘due date’, bakal ibu akan mula berasa bimbang terhadap kontraksi yang bakal dilalui.
Bertambah rasa keliru adakah ia kontraksi sebenar dan tiba waktu melahirkan atau pun hanya kontraksi palsu atau Braxton Hicks.
Untuk panduan bakal ibu yang baru pertama kali hamil, kontraksi sebenar dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah dua jenis kontraksi yang berbeza.
Untuk mengenalpasti perbezaan antara kedua-duanya, fahami 5 perkara di bawah.
1. BILA IA MULA BERLAKU?
Kontraksi Palsu: Berbeza daripada tendangan, kontraksi ini dapat mula dirasai sejak trimester kedua, iaitu sekitar 4 bulan. Ia adalah salah satu cara untuk menyediakan tubuh anda bagi proses melahirkan yang sebenar.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar hanya akan berlaku apabila menghampiri tempoh bersalin.
2. BAGAIMANA RASA SAKITNYA?
Kontraksi Palsu: Anda akan berasa seperti mengetat dan ‘mengeras’ di bahagian hadapan perut sahaja. Tetapi ia biasanya tidak menyakitkan. Ia juga akan menghilang dalam beberapa ketika.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar akan disertai dengan rasa yang lebih sakit dan tekanan yang lebih hebat. Kesakitan ini tidak terhad kepada bahagian perut sahaja. Mungkin ada yang berasa sakit pada bahagian abdomen, pinggang, dan ada yang berasa seperti ‘cramp’ semasa didatangi haid. Kesakitan ini akan bertambah kerap dan semakin kuat.
3. TEMPOH KONTRAKSI?
Kontraksi Palsu: Berlaku dengan pantas, kurang daripada seminit. Tempohnya berlaku secara tidak tetap.
Kontraksi Sebenar: Berlaku lebih lama, sekitar 60 saat atau lebih. Ia akan berlaku secara tetap. Selalunya doktor anda akan menasihatkan agar anda mencatatkan kontraksi ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mencatatkannya dengan mudah.
4. ADAKAH IA AKAN MENGHILANG?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini boleh menghilang apabila anda menukar posisi, berjalan, berehat, atau meminum air.
Kontraksi Sebenar: Tanda hampir bersalin ini akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun anda mengubah kedudukan dan pergerakan.
5. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini tidak merbahayakan dan ia boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam sehari. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh cuba minum air kosong, relaks, dan menukar posisi. Namun, anda juga perlu ‘alert’ jika bayi kurang membuat 6-10 kali pergerakan dalam tempoh 1 jam.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi ini biasanya akan diikuti dengan tanda hampir bersalin yang lain seperti palitan darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban. Segeralah ke hospital jika anda berasa kontraksi yang kuat setiap 5 minit dalam tempoh 1 jam.
Pengalaman melahirkan adalah berbeza bagi seseorang wanita, namun dengan mengambil tahu serba sedikit tentangnya, anda mampu bertindak dengan bijak.
Nampak menarik juga ye jika di laman rumah kita dipenuhi dengan pokok salad pelbagai jenis. Bukan sahaja kerana kita boleh menikmati hasilnya, malah tidak dinafikan salad mempunyai pelbagai bentuk dan warna.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Linda, di mana sudah bertahun-tahun menanam salad.
Di sini dikongsikan serba sedikit hasil tanamannya dan info berkenaan tanaman salad.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsiannya di sini.
Salad @ Lettuce.
Saya nak share antara Family Salad yang saya biasa tanam selama saya start berkebun bermula tahun 2017. Macam-macam jenis dah biasa lihat dan rasa. Pelbagai jenis cabaran dah lalui..
Satu je prinsip saya, jangan giveup. Bab tanaman ni kena faham cara dan perangai pokok. Satu je… Salad sukakan matahari. Tapi.. kena betul-betul stabil, boleh terus fullsun sampai besar. Baja, siram dan kawalan serangga kena konsisten.
Benih Salad
Benih salad, cepat rosak. Walaupun kita simpan dlm peti sejuk bahagian sayur. Sekali beli benih, memang tak boleh simpan lama sebab memang begitu sifatnya.
*Best boleh lihat pelbagai jenis tanaman, terutamanya yang ‘rare’. Rasa pun berbeza…
1. Red Lettuce @ Salad Kerinting Merah
2. Butterhead Lettuce, yang terbaru ada dilaman sekarang.
3. King Endive Lettuce. Daunnya agaknkenyal tapi paling cantik.
4. Red Veined Sorrel. Rasa agak unik sebab ada rasa sedikit masam.
6. Salad Thai. Salad ni rasa sama macam salad yang biasa jumpa dipasaran.
7. Garland. Salad ini ada rasa pahit, tapi mild sahaja.
8. Red Salad Bowl
9. Arugula @ Salad Roket. Sedap baunya tapi pahit sedikit.
10. Green and Red Lettuce @ Salad Merah dan Hijau Kerinting.
Ekstra info
Saya ubah peringkat usia begini. Selalunya lebih dari 2 minggu. Anak-anak sangat stabil untuk terus hidup untuk terus fullsun.
Saya guna peatmoss. Media terbaik untuk semaian. Cocopeat pun ok, tapi kena pandai timing masa bila nak letak baja sebab media semaian tak ada apa-apa baja.
Sumber : Linda Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Khairul Abdullah, bapa tunggal yang banyak menulis tip keibubapaan di Facebook tentang rawatan dijalani oleh anak bongsunya yang disahkan ada Selective Mutism boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa lain.
Anak bongsu aku Khaleed sedang menjalani terapi dengan psikologist di HUKM. Dia didiagnos sebagai Selective Mutism (SM).
Selective Mutism adalah satu kondisi di mana anak yang petah bercakap memilih untuk diam membisu.
Di rumah kemain annoying lagi dengar dia bercakap, di sekolah senyap sunyi. Nak dengar sepatah pun payah yakmat. Jadi ini menyukarkan pembelajaran dia.
Punca SM ni adalah pelbagai dan kebanyakannya adalah berpunca dari anxiety dan juga trauma. Jumpa pakar nanti barulah diorang boleh korek dan tahu punca.
So, takpe, benda boleh rawat maka kita rawat. Kalau dibiarkan ia akan terus melarat sehingga dewasa. Rawatan dilakukan secara terapi oleh pakar melalui:
1. Pendedahan berperingkat (Graded Exposure) Anak anak didedahkan kepada stranger atau orang luar secara berperingkat. Pertama of coz therapist dia akan make connection dulu. Diorang akan duduk berdua dan therapsit akan cuba dapatkan kepercayaan supaya anak akan bercakap dengan dia. Proses ni kadangkala ambil masa beberapa sessi, kalau nasib baik satu sessi dah settle.
2. Proses rangsangan pudar (Stimulus Fading) Anak dibiarkan bercakap dengan bebas bersama emak atau ayah atau therapist dia. Anak kalau dah selesa maka dia akan bercakap macam biasa. Waktu ni orang asing akan diintroduce dan dibawa masuk. Waktu ni mak ayah akan keluar dan biarkan anak dengan stranger tadi. So proses ni buat berulang-ulang kali. Biar anak tahu its ok dan boleh buang anxiety dia.
3. Membentuk (Shaping) Banyak teknik shaping ni. Antaranya bagi anak dengar suara dia. Rekod dan dengarkan. Atau boleh install Tom yang kucing boleh ajuk cakap tu kat phone. Biar dia bercakap berulang dan dengar suara dia. Selain tu boleh buat aktiviti bergilir-gilir membaca, atau permainan membaca interaktif, aktiviti bercakap berstruktur dan lain-lain lagi yang boleh leada kepada perbualan 2 hala.
4. Peneguhan positif dan negatif Sentiasa respons dengan positif atas setiap jenis atau cara komunikasi anak dengan orang luar. Asalkan dia bercakap tak kira sepatah pun maka reward dia dengan terima kasih, senyuman, good job dan sebagainya. Kena bagitau anak yang komunikasi itu penting. Sentiasa berikan pengalaman positif bila kita introduce dia pada orang luar dan minta dia say hello, salam ke dan bila dia bersuara maka rewards dia dengan terima kasih, senyuman, pelukan dan sebagainya.
5. Penyahpekaan (Desensisation) Penyahpekaan pula ialah teknik yang melibatkan mengurangkan sensitiviti anak itu dengan orang luar. Instead bercakap secara berdepan, boleh cuba guna telefon, voice note dan sebagainya. Slowly anak akan terbiasa dengan suara orang tersebut dan anxiety dia akan slowly hilang dan akhirnya dapat bercakap dengan invidu tersebut.
Itulah sedikit sebanyak teknik yang aku belajar dari doctor dan juga pembacaan aku. Terapi anak ni kena dua pihak. Selain terapist membantu anak, kita sendiri kena tahu dan sambung terapi tu di rumah.
Biasanya anak-anak yang dah jalani terapi ambil
Masa antara 12-24 bulan untuk baik dari kondisi SM ini. Kalau tak dirawat langsung maka ia akan berlarutan sampai anak ke universiti dan alam pekerjaan nanti.
Semoga dipermudahkan buat semua mak ayah yang ada anak SM ini. Aamiin.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.