

















Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ketika ini anda mengeluh bosan duduk di rumah kerana tidak dapat ke mana-mana setelah arahan KPK berkuatkuasa sejak 18 Mac hingga 14 april. Antara lain ia bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Sepatutnya inilah peluang untuk bersama ahli keluarga mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Bayangkan ketika ini anggota barisan hadapan bekerja tanpa henti, meninggalkan anak di rumah atau dijaga pengasuh demi amanah yang diberi. Anak-anak sudah pastinya rindu akan dakapan ibu ayah.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkam oleh puan Arda mengenai situasi yang dilalui oleh barisan hadapan.
Ikuti perkongsian ini.
Baca lah..wahai Malaysia
(Saya izinkan Share demi kesedaran msyrkt)
Hiba..keluhan insan tadi permintaan follower FB saya mohon saya tuliskan satu posting BERCAKAP bg pihak Perasaan Anggota Polis
“Puan Arda..saya adalah PENGASUH kpd anak Anggota Polis yg bertugas utk covid-19. Tak tahan saya kak.
Anak 5 bulan tak jumpa mak ayah. Anak meraung meragam rindu mak ayah.
Bukan tak tahan dgr meraung tp tak tahan sbb tahu meragam tu RINDU DAKAPAN ibuayah terutana ibu yg nyusukan anaknya “
” Nasib baik.. suami saya juga Anggota.. Dan faham kerja saya ngasuh anak kawannya”
MASIH ADA TAK DENGAR ARAHAN
“Depa yg masih tak dgr arahan tu.. Saya kesal. Kesal Puan sbb tak pernah nak rasa apa Anggota rasa. Kerja tak menentu.. Tidur hanya berapa jam. Anak ada dgn saya..”
Andaikata anggota suspek positif..dan Allah Jemput pergi
Bayangkan wahai Malaysia..
Anak anak hanya ingat wajah ayahnya.. 5 minggu lalu.
Tolong lah Malaysia
Tolong lah Masyarakat
Korang takpe.. Gaji banyak
Korang takpe.. Ada ilmu kebal
Korang takpe.. Ada ilmu SAKA BATIN JURUS 1789
.., jalan lah ke sana sini dgn anak anak. Tak kena pun Covid19
Tapi mereka?? Anak pun demer tak sempat jumpa apatahlgi nk cium peluk anak anak
Tak susah..
Hanya DUDUK dirumah sahaja..
Kerajaan bukan suruh buat squat atau commando rest. Malah kerajaan tak suruh swim di Laut yg menyusahkan sebagaimana anak dyslexic saya Nayli buat..berenang di laut, bila masa bernafas, tangan kaki kayuh. Lebih susah dari ‘Duduk Di Rumah’. Rasa kalian tak sanggup jadi anak saya. Saya lebih strict dari apa yg kerajaan suruh
Hanya.. ‘Stay At Home’
Sukar ke😭😭
40 anggota polis dikuarantin
Lebih 5 Anggota suspek positif
Kau nak apa lagi.. Wahai masyarakat
Kau nak jumlah makin bertambah kah
Bantulah.. Mereka
Jangan jd masyarakat yg SAKIT.. Yg SAKIT jiwa, tiada rasa empati, tiada rasa simpati kpd petugas FRONTLINER yg dah ramai positif..
Kenapa dgn masyarakat kita?
Kenapa dgn mak ayah skrg.. Manja betul bg Anak anak bermotor sana sini, polis dah tegur. Polis dah marah tapi buat nohen je.
Kenapa masyarakat kita DEGIL hingga ke anak anak DEGIL..SEDIHNYA. Apa yg korang makan yg kami tak makan hingga begitu degilnya.
Hingga YDPAgung bergenang air mata kenangkan rakyatnya
Hingga kan KP kesihatan semakin kurus dan cengkung tak tidur analyse trend spreading Covid19
Hingga Ketua Polis Kelantan berang..bila ramai masuk melonggok sana sini
Di mana ihsan yg tuhan bg ke setiap insan
Tak susah nak FAHAMI Posting saya ini
▪️PATUH ARAHAN POLIS PKP▪️
Secara Automatik~PUTUSLAH RANGKAIAN COVID19
Dan.. Anak kecil itu boleh berada dlm pelukan ibuayah nya semula.
Sumber: Arda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah, pelakon Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.
Ujar isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi ini lagi, menjadi tanggungjawab kepada setiap suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.
“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.
“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.
“Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” ujarnya lagi.
Dia turut mengakui dalam setiap rumahtangga pasti tidak dapat lari daripada perselisihan faham. Itu antara asam garam dalam berumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Pun begitu katanya, setiap pasangan harus memainkan peranan masing-masing terutama dalam menjaga maruah pasangan
“Setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja. Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.
“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.
“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Media Hiburan
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Kuiu tiram memang enak dimakan sebagai kudapan. Jika meriakan hari raya pastinya hidangan ini dapat sambutan, maklumlah kesedapan dan kerangupannya.
Namun kini, kuih ini menjadi kudapan harian. Ada yang buat sendiri untuk makan bersama keluargq ada juga untuk jualan bagi menambah pendapatan.
Bagi yang hendak mencuba buat kuih legend ni, ikuti resipi yang dikongsi oleh peniaga ini.
Kuih tiram legend rangup dan enak
Pendapatan sampingan yang saya buat..kuih ni kuih lejen je tapi alhamdulillah masih ramai peminat setianya..saya buat 2 perasa..1 yg original salut gula 1 lagi campur kacang tanah kisar dan gula..saya sertakan resipi cara saya ye..saya halalkan ilmu pada sahabat semua.
Bahan:
1 bungkus tpg gandum cap ros
6 Sudu mkn marjerin (cairkan)
1 biji telur(kacau dulu)
1 sudu makan garam
Air sejuk secukupnya(saya guna air sejuk coway je
Minyak masak*
Tepung ubi*
Cara penyediaan
(Gaul bersama sedang2 pekat utk sapuan pada tpg nanti)
Minyak (utk menggoreng)
Tuang tepung gandum dalam bekas..buat bulatan tengah2..letak garam kat lubang tu..pastu marjerin panas tu curah dlm lubang tpg td..kacau dgn senduk bg garam hancur baru ratakan pd semua tpg ..ramas sampai mcm jd serbuk roti kemudian tuang telur gaul2 sekejap baru curahkan air sejuk tu sikit demi sikit..uli sampai jd doh..sedang2 lembut.lps tu bole canai utk di sapu dengan minyak dan tpg ubi yg sudah di bancuh tu..lps tu gulung baru potong dan lenyek..selamat mencuba.
Dah siap! Memang sedap dan rangup.
Sumber: Aznor Aznora
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
