Sekali sekala bila datang penyakit ‘malas’ memasak,  memang tidak dinafikan kurang bersemangat  untuk memasak menu yang istimewa. Kalau boleh cukuplah sekadar menu ringkas sahaja yang ingin dimasak.

Pun begitu, andai tekak  terasa teringin pula makan sesuatu yang enak sedangkan mood tiada, jadi untuk atasi masalah ini lebih baik anda sediakan sahaja menu yang mudah ini tapi hasilnya memang makan special jadinya.

Menu yang dimaksudkan adalah Nasi Briani Kari Adabi, walau dimasak sekadar nasi tanpa padanan menu yang lain sudah cukup lengkap dirasakan. Sekali masak nasi, lauk kambing dapat dinikmati bersama. Memang mudah dan enak!

Jadi nak tahu resipinya, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nurul Afidah.

Nasi Briani Kari Kambing Adabi
Cuba resepi yang pernah viral seketika dahulu tapi kita olah sikit guna apa yang ada kat dapur

Bahan bahan

IKLAN

Malas-malas Nak Masak Tapi Nak Makan Special, Buatkan Je Menu Ni. Mudah Sangat Main Masuk-masukkan Je Bahan, Siap!
-Kari kambing adabi 2 tin (boleh jugak guna daging/ayam)
-Beras basmathi 4 pot (basuh & rendam air 15-30minit) – Cik Fide guna beras faiza basmathi moghul – tapis selepas 30minit
-Tomato 1biji potong dadu
-Bawang besar 1biji hiris nipis
-Halia 2inci hiris nipis
-Rempah 3 sekawan
-3 helai daun pandan
-3 biji cili besar hijau @ merah
-Susu cair @ fresh separuh cawan
-Planta 1 senduk
-Telur rebus ikutlah berapa biji, tadi ada 2 je
-Kiub pati ayam separuh
-Air 1 tin kari kambing – untuk masakan ni saya letak 1 tin air je sebab kari tu pun dah ada kuah. Kalau banyak sangat takut lembik pula
-Sedikit garam

 

Cara-cara
1. Panaskan planta & tumis rempah 3 sekawan. Masukkan halia & masak sehingga kekuningan
2. Masukkan bawang besar & daun pandan. Masak sehingga layu
3. Masukkan kiub pati ayam, tomato & susu fresh. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan kari kambing & garam. Masukkan air dan biarkan mendidih

IKLAN

Malas-malas Nak Masak Tapi Nak Makan Special, Buatkan Je Menu Ni. Mudah Sangat Main Masuk-masukkan Je Bahan, Siap!
4. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tak payah lama lama sangat.

Malas-malas Nak Masak Tapi Nak Makan Special, Buatkan Je Menu Ni. Mudah Sangat Main Masuk-masukkan Je Bahan, Siap!
5. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan telur rebus dan cili besar. Masak seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau kacau nasi tu jika perlu.

Malas-malas Nak Masak Tapi Nak Makan Special, Buatkan Je Menu Ni. Mudah Sangat Main Masuk-masukkan Je Bahan, Siap!
6. Dah siap, bolehla hidang! Kalau rajin buatlah acar, kemalasan melanda tadi.  Nak lagi sedap boleh tabur hirisan daun ketumbar, pun takdee tadi.

IKLAN

Kalau rajin masaklah ayam merah takpun dalca takpun sup kosong tapi itulah saya tak berapa nak rajin. Makan macam ni pun sedap sangat dahh. Rasa dia sedap cukup rasa! Aroma semerbak satu rumah! Kari kambing Adabi tu cik Fide beli kat Shopee je. Nak cari kat kedai kemain payah.

Okay selamat mencubaa!

Anda juga boleh membeli Kari Kambing Adabi secara online klik di sini

Sumber : Nurul Afidah Catalyst via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI