Lama menantikan berita anak bongsu pasangan ini, akhirnya Datin Almy Nadia mendedahkan nama yang dipilih iaitu Nur Afrina Aisyah.
Lahir pada 8 disember tahun lalu, Pelakon Dan juga isteri kepada Dato’Fizz Fairuz ini bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.
“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.
“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.
“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” ujar Almy yang memuatnaik perkara tersebut menerusi satu perkongsian di Instagramnya.
Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.
Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.
Hilang kaki bukan penghalang semangat Nik Haziera Saffiya terus beruaha. Kehilangan kaki bukanlah pengakhiran segalanya, malah ia tidak mematahkan semangat seorang remaja, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi untuk terus berusaha dan mencipta peluang baru dalam hidup.
Walaupun berdepan dugaan besar, gadis berusia 18 tahun itu tetap optimis dan mula merancang langkah untuk meneruskan kehidupannya sebaik sahaja kesihatannya semakin pulih. Dengan menggunakan tongkat dan alat bantuan lain, dia kini sedang belajar menyesuaikan diri dengan keadaannya.
“Setahun lalu, kaki saya kehilangan keupayaan untuk bergerak selepas dilenyek lori dalam satu kemalangan yang turut melibatkan kakak saya. Namun, saya menerima takdir ini dengan hati yang reda dan tidak pernah meratapi nasib. Ini adalah ujian Allah yang harus saya tempuh dengan sabar,” katanya.
Menurut Haziera, kakaknya, Nik Haznita Saffiya, 20, turut mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut. Akibatnya, kaki kanan Haznita terpaksa dipotong hingga ke paras pinggul pada Februari 2024.
“Walaupun ramai yang simpati dengan keadaan kami, kami menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Kakak teruskan perniagaannya, manakala saya masih menjalani rawatan susulan sebelum kaki saya dipotong pada pertengahan Januari lalu,” tambahnya.
Haziera kini sedang menjalani rawatan di Hospital Temerloh selepas kemalangan tragis yang berlaku pada Februari 2024 itu. Dalam insiden tersebut, Haznita yang membonceng motosikal mengalami kecederaan serius pada kaki kanan, manakala Haziera pula mengalami komplikasi darah beku di paru-paru, patah bahu, serta kecederaan pada tulang pelvis dan pinggang.
Walaupun diuji dengan keadaan fizikal yang berubah, Haziera tidak pernah hilang semangat. Dia kini sibuk merancang masa depannya selepas pulih sepenuhnya.
“Saya sepatutnya berada di Tingkatan 5 ketika kemalangan berlaku. Namun, kerana keadaan saya, saya terpaksa menangguhkan persekolahan selama setahun. Insya-Allah, saya akan kembali ke sekolah pada sesi baru nanti untuk menamatkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sebelum itu, saya akan melatih diri menggunakan tongkat sehingga mahir. Meskipun impian saya untuk menjadi seorang askar kini tidak dapat dicapai, saya tetap bersemangat untuk mencuba perkara baharu. Baru-baru ini, saya mendapat tawaran untuk menyertai latihan sukan memanah bagi paralimpik, dan saya sangat teruja untuk mencuba bidang tersebut,” katanya dengan senyuman penuh keyakinan.
Haziera turut menjelaskan bahawa keluarga, terutamanya ibu bapa dan adik-beradiknya, adalah sumber kekuatannya.
“Ayah pernah berkata, walaupun kami kehilangan kaki, kami tetap ada ‘tiga kaki’ kerana sokongan daripada keluarga. Kata-kata itu benar-benar memberi semangat kepada saya dan kakak untuk teruskan hidup tanpa rasa kekurangan,” ujarnya.
Haziera juga mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan dan guru-guru yang sentiasa menghulurkan bantuan serta melawat mereka dari semasa ke semasa.
Bagi Haziera, pengalaman ini bukan sahaja mendidiknya untuk lebih tabah, malah mengajarnya bahawa kekuatan sebenar datang daripada hati yang reda dan fikiran yang positif.
Walaupun laluan hidupnya kini berbeza, Haziera yakin setiap cabaran yang dihadapinya adalah peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah. Dengan sokongan keluarga, rakan, dan semangat yang tidak pernah luntur, Haziera terus melangkah ke hadapan, membuktikan bahawa kehilangan kaki bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
“Saya percaya, selagi ada usaha, pasti ada jalan. Ujian ini adalah peluang untuk saya bangkit dan menunjukkan bahawa kekurangan fizikal bukan alasan untuk menyerah,” katanya penuh azam.
Mungkin ramai diantara kita sekarang selalu mengeluh tentang kesusahan dan kepayahan serta kesukaran hidup yang dihadapi saban hari.
Namun sedarkah kita disaat kita mengeluh tentang kehidupan kita yang kita ada sekarang ini,Lebih ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebuh berat daripada apa yang kita hadapi sekarang ini.
Kesusahan hidup itu jelas kelihatan dengan tular video kegigihan seorang suami menolak isteri serta anak dengan mengunakan kerusi roda di lampu isyarat.
Hati mana yang tidak sebak apabila orang lain mempunyai kenderaan, sebaliknya sang suami hanya menggunakan kerusi roda sebagai pengangkutan buat keluargannya. Tak endah pada risiko bahaya tapi apakan daya itulah yang terbaik buat mereka untuk bergerak.
Ramai warganet meruntun jiwa melihat kasih sayang yang dipamerkan oleh suami ini demi memberikan yang terbaik buat isteri dan anak.
Sesungguhnya dalam kesusahan itu ada rahmatnya. Kisah pasangan suami isteri ini tular sehingga turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew.
Menerusi facebook miliknya, Ebit Lew meluahkan rasa sebak melihat situasi keluarga berkenaan.
Cakna dengan kesusahan hidup, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta Proton Saga buat pasangan suami isteri berkenaan.
Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di Trafic light Bagan Dalam Penang.
Pasangan suami isteri ni ada kad oku. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka. Semalam dari Terengganu terus ke Pulau Pinang.
Semalam hadiahkan Perodua Bezza, hari ni Proton Saga BLM. Menangis gembira kakak ni. Kenal saya. Terkejut dan tak sangka sampai ke sini.
Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadhan ke 2.
Syukur rasa walau buka dijalan. Hari ni sahur dan buka puasa di kedai tepi jalan je. Semoga Allah terima semuanya.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar pada Rabu lalu.
Waris sulung Tengku Puteri Iman Afzan dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah itu diputerakan pada 23 Julai lalu.
Instagram House of Pahang berkongsi berita dan turut memuat naik beberapa keping gambar untuk tatapan ramai sepanjang berlangsungnya istiadat penuh tradisi itu.
Pada hari Rabu 2 Oktober KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu YM Tengku Zayn Edin Shah Bin Tengku Abu Bakar.
YM Tengku Zayn Edin Shah ialah putera sulung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Abu Bakar Ahmad ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
Turut berangkat ke istiadat yang penuh tradisi ini ialah Kerabat DiRaja Pahang.
YM Tengku Zayn Edin Shah telah diputerakan pada 23 Julai lalu.