Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Siap Sedia Pegang Telefon, Rupanya ‘Standby’ Nak Sambung Bacaan Ayah

Siap Sedia Pegang Telefon, Rupanya ‘Standby’ Nak Sambung Bacaan Ayah

Ini namanya keluarga bahagia yang membawa ke syurga. Didikan ibu ayah itu mencerminkan anaknya.

Begitu juga dengan rakaman video tular yang menunjukkan rakaman video seorang anak lelaki yang cuak apabila ayahnya sedang membawa Al-Quran.

Namun siapa sangka, si anak sebenarnya siap sedia untuk menyambung bacaan surah Al-Quran. Lebih kagum, si anak gigih mencari di aplikasi telefon surah yang dibaca ayahnya.

Menerusi akaun TikTokSiti Suraayaaa atau nama sebenarnya Siti Suraya Mohd
Sulaimi, 21, video berdurasi 19 saat itu telah mendapat tontonan sehingga 3.1 juta telah meraih perhatian ramai.

Ramai wargamaya meluahkan kagum melihat cara hidup keluarga berkenaan. Biarpun di dalam kenderaan, keluarga ini tetap menghayati ayat-ayat Quran.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

SIAP SEDIA SEBELUM AYAH SURUH SAMBUNG BACA

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

 

Siap Sedia Pegang Telefon, Rupanya ‘Standby’ Nak Sambung Bacaan Ayah

IKLAN

“Kejadian tu berlaku masa kami dalam perjalanan nak ke Johor
Bahru sebab ada kenduri.

“Sebelum kami bergerak dari Klang, ayah ada baca potongan surah dan doa memulakan perjalanan.

“Macam biasa, saya akan ajak adik ambil gambar selfie dalam kereta tapi dia tak hiraukan saya masa tu.

Menurutnya , adik lelakinya, Muhamad Zulhilmi yang berusia 17 ramai pada ketika  kelihatan tekun melihat skrin telefon bimbitnya seolah-olah mengikut ‘rentak’ bacaan oleh bapanya.

Dia yang juga duduk di kerusi belakang kemudiannya cuba menjengahkan kepala untuk melihat apa yang dibaca oleh adiknya itu.

Ternyata, Zulhilmi sedang menggelabah mencari surah yang sedang dibacakan oleh bapa mereka.

“Dia tak pedulikan saya yang ajak selfie ni sebab tengah cari surah apa yang ayah baca.

“Adik saya sangka ayah nak suruh dia sambung ayat yang dibaca tetapi tidak pun. Cuma dia standby siap-siap cari surah tu dekat telefon.”

IKLAN

 

  RUPANYA PELAJAR TAHFIZ

Kehebatan keluarga ini, rupanya lelaki berkenaan merupakan bekas pelajar sekolah agama tahfiz. Namun  telah berhenti daripada belajar di sekolah tersebut dan kini sudah bekerja setelah menetap di Ipoh, Perak.

Menurut Siti Suraya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik bahawsa sudah menjadi satu kemestian dalam keluarganya untuk sesi ‘tebuk’ al-Quran (uji bacaan surah secara rambang) dibuat antara anak-anak dan bapa setiap kali pulang ke rumah dari sekolah tahfiz.

Katanya lagi, Zulhilmi iaitu adik keduanya itu telah berjaya menghafal 10 juzuk manakala adik ketiga hafal dua juzuk. Hebatnya keluarga ini. Moga kisah inspirasi ini menjadikan kita muslim yang lebih sempurna.

 

IKLAN
@sitisuraayaa Ujian sekejap je 😂 #xyzbca #fyp #viral ♬ Pink Panther Intro – Henry Mancini

WARGAMAYA LUAH KAGUM

 

Siap Sedia Pegang Telefon, Rupanya ‘Standby’ Nak Sambung Bacaan Ayah Siap Sedia Pegang Telefon, Rupanya ‘Standby’ Nak Sambung Bacaan Ayah Siap Sedia Pegang Telefon, Rupanya ‘Standby’ Nak Sambung Bacaan Ayah

Sumber: @sitisuraayaa & mStar

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Siap Sedia Pegang Telefon, Rupanya ‘Standby’ Nak Sambung Bacaan Ayah

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI