Kalau kita biasa beli di kedai, adakalanya bawang goreng itu hancur dan rasanya pun kurang. Ada sesetengah yang lemau kerana masuk angin. Apa kata cuba buat sendiri, bukannya susah pun. Malah, kalau rajin, boleh menjana pendapatan dengan bawang goreng ini.
Jom admin kongsikan cara simple yang ditunjukkan oleh saudara Ahmad Salehuddin Amirwan resipi bawang goreng style ibunya.
BAWANG GORENG STYLE MAK ABG..
Kat rumah abg memang kena selalu ada stok bawang goreng ni sbb bila nak makan pape tabur bawang goreng ni jadi wangi je..
Disebabkan ramai yg tanya ni abg share resepi kat sini ye..
Ads
Cara membuat:
Mula2 kupas kulit bawang tu dulu ye.. nk mudah rendam dgn air panas so senang lah nk kupas kulit tu.Hiris lah bawang tu nipis2.. abg potong manual je ye sbb abg x de benda untuk hiris tu. Lepas hiris, cuci bawang tu bersih2 dan toskan sampai bawang betul2 kering.Lepas dah kering boleh lah panaskan minyak dalam kuali ye, minyak kena betul2 panas baru masukkan bawang tu.. lepas tu rajin2 lah gaul supaya bawang tu masak sekata.
Bila dah kekuningan garing boleh lah angkat dan toskan minyak tu.. tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas..
Ads
Tips dr mak : bila warna bawang dah mula kekuningan boleh lah slowkan api gas ye supaya dia x hitam dan hangus.. kt sini lah biasanya org terlepas pandang sbb bila hitam bawang tu akan jadi pahit x sedap.. sentiasa kacau bila dah slow kan api tu sampai lah ia garing ye.. dah garing boleh lah angkat..
Ni abg buat 2kg dpt lah 1 bekas tu.. dia kena rajin dan sabar ye..
Ni abg halalkan sape yg nak buat niaga atau buat makan sendiri..
Cukup doakan kesihatan mak abg kembali pulih sepenuhnya mcm mak2 diluar sana…
Pernah tak beli serbuk milo tapi ianya tak tahan lama? Bukan tak tahan lama sebab expired tapi oleh sebab milo itu dah keras. Memang tak best sebab baru sahaja nak buat air milo yang sedap tapi kena beli serbuk milo yang baharu pula.
Punca milo keras pula adalah disebabkan oleh kemasukkan oksigen ke dalam bekas dan menyebabkan serbuk milo itu keras dan berketul. Kadang-kadang, dah simpan milo dalam bekas kedap udara tapi masih juga keras. Menurut Lola Lolieta, inilah cara yang biasa digunakan olehnya untuk elakkan Milo, Nescafe, atau apa-apa serbuk daripada jadi keras apabila disimpan dalam bekas.
GUNA “OXYGEN ABSORBER” SUPAYA MILO TAK KERAS
Caranya mudah sahaja! Anda boleh beli oxygen absorber ini dekat kedai membuat kuih. Kalau tengok pada gambar, untuk satu pek (dalam ada 50pcs) harganya lebih kurang RM7.60.
Ini cara nak simpan Milo guna oxygen absorber tu.
APAKAH OXYGEN ABSORBER?
Mungkin ramai nak tahu lebih lanjut, apakah sebenarnya oxygen absorber dan adakah ia selamat digunakan untuk makanan?
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Penyerap oksigen Selamat Makanan juga dinamakan ejen De Sanso. Ia berkesan boleh menghalang pertumbuhan bakteria aerobik dan acuan dengan menyerap oksigen dalam pembungkusan, mencegah daripada cendawan, pengoksidaan lipid, serangga, penuaan, perubahan warna, karat, dan memanjangkan jangka hayat.
Sebagai bahan baru untuk pemeliharaan makanan, oxygen absorber selamat makanan mempunyai kelebihan uniknya. Ia terkandung dalam bekas yang sama dengan makanan, dan deoxidizer menyerap oksigen dalam bekas, supaya bahagian dalam bekas berada dalam keadaan anaerobik, dan makanan itu dipelihara.
Walau bagaimanapun, bahan mentah deoxidizer itu mesti mempunyai kesan sampingan seperti tindak balas yang stabil, tidak ada bau aneh dan tiada pembentukan gas yang berbahaya, dan tidak berbahaya kepada tubuh manusia dalam hal pengingesan.
Sumber: Facebook Lola Lolieta, Well Absorb
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak memasak kari bukan senang. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah kuahnya jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh mak-mak kita? Perkongsian Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, boleh kita jadikan panduan untuk masak kari lebih umphh macam mak-mak kita.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?
Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kak Jee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kak Jee dan Uncle Pali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.
Kak Jee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kak Jee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kak Jee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kak Jee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
“Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
” Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Tak percaya korang cubalah. Begitu perkongsiannya.
5 Tips Ekstra
Berikut merupakan lima langkah yang anda boleh ikuti untuk pastikan kari bertambah enak. Kena tahu lima cara ni.
Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah kari.
Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita. Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telur
dan yakult. Hebat!
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Kanak-kanak jatuh flat di Johor Bahru dilaporkan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkap rumah tingkat lima. Ibu ayah diingatkan utamakan keselamatan rumah.