
Nak berubah itu senang, tapi nak istiqamah itu yang sebenarnya sukar. Bagaimanapun, berdoalah supaya kita semua dapat peroleh hidayah dari Allah untuk terus ke jalanNya.
Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish ada berkongsi beberapa foto di laman instagram miliknya yang memaparkan dirinya manis bertudung litup ketika menghadiri sebuah majlis ilmu bersama beberapa selebriti yang lain.
Yang menariknya, pemakaiannya pada hari tersebut merupakan pemberian daripada Allahyarhamah Siti Sarah kepadanya dan dia sendiri memang berniat untuk memakai tudung beserta jubah tersebut ketika menghadiri majlis itu.
” Terima kasih mu di atas jemputan ini , dan thank u taw sebab selalu ingat kat ku 🥲 Terima kasih juga pada Ustazah Jiha di atas segala ilmu dan doa 🙏🏼🤲🏼🤍 setiap kata2 MasyaAllah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati Nya.
” Terima kasih jua buat semua sisturssss yg hadir tadi 🤍Bibik jugak, masak soto sedap sangat. Lauk macam macam, murah rezeki semua dunia akhirat. Sehingga berjumpa lagi.
“Jubah n tudung Nora dari Loveta , pemberian Arwah Siti Sarah. Mmg niat nak pakai untuk majlis ilmu harini. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman 🤲🏼 Amin Amin YRA. Mari kita sedekah Al Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yg telah pergi meningggalkan kita.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji penampilan aktress yang popular dalam drama Puteri ini. Tidak dilupakan ada juga dikalangan mereka yang sempat mendoakan untuk Nora kekal istiqamah dan mendapat keberkatan ilmu dalam majlis tersebut.
Sumber : Instagram Nora Danish
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga. Ibu Linda & Diana Telah Pulang Ke Rahmatullah

Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Ajal yang ditulis-Nya tidak pernah lewat mahupun terawal sesaat sekalipun. Malam tadi sekitar jam 9.44 malam, Ibu kepada Linda dan Diana Rafar, Rasimah Abd Rahman, 73 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA).
Dalam nada kesedihan, Diana berkongsi berita duka dengan memuat insta story dengan memaklumkan ibunya telah kembali keramahtullah.
“Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.
“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta doaan semua ye, Rasimah Abd Rahman.
“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak. Al-Fatihah “
Manakala menerusi Instagram Linda melahirkan kesedihan dengan melahirkan coretan doa buat arwah ibu tersayang dengan alunan surah Yasin yang melatari nostalgia linda bersama arwah.
View this post on InstagramA post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Al-Fatihah..Ya Allah. Ampunilah Ratu Hatiku Rasimah bt abd rahman. Limpahkanlah rahmat ke atas roh nya. Muliakanlah tempatnya. Luaskanlah. Terangilah. Dan Harumkanlah persemadiannya. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.
Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis.. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya. Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya.
Gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya.. Tempatkanlah dia disisi orang-orang yang kau redhai.. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api neraka. Masukkanlah dia ke dalam syurga Masukkanlah dia ke dalam syurga mu ya ALLAH. Aamiin ya robbal alaamiin
Menurut Linda, jenazah di bawa ke kediaman Linda di No 16, Jln aquatik 13/67a
D kayangan, Seksyen 13, Shah Alam. Pada jam 9 pagi di surau Al-Ikhlas sec13 Shah Alam kebumi tanah perkuburan sek 21 Shah Alam Selangor.
Arwah meninggalkan enam anak, 17 cucu dan tiga cicit. Terdahulu akhbar melaporkan tangan kiri ibu Diana dan Linda terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember di Hospital Shah Alam.
Semoga Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber: lindarafar & dianarafar
Anak Tulis Surat Pada Ayah Minta Buatkan Agar-Agar Pandan Sempena Hari Lahir. Ayat Pujukan Bikin Ramai Sebak

Surat yang dikarang si anak itu mendapat reaksi ramai. Malah, keprihatinannya terhadap si ibu yang keletihan pulang dari kerja membuatkan dia enggan menyusahkan si ibu.
Dek kerana itu, si anak memujuk bapa untuk menyediakan Agar-Agar Pandan untuknya. Perkongsian lelaki bernama Amyrul Almuhaziq ini ternyata cukup menyentuh hati.
Dia memuatnaik kisah mengenai anaknya yang meminta membuat Agar-agar Pandan untuk dibawa ke sekolah.
“Balik kerja pagi tadi dapat surat dari anak bongsu..kesian pulak bacanya nak gelak pon ada🤣🤣🤣.
Walaupun tidak pernah buat, namun demi permintaan si anak, ayah ini sanggup mencari resipi di google dan berkongsi hasilnya.
“Atas permintaan sempena bfday anak, abang gagah google dan inilah hasilnya..
“Agar- agar pandan kalau sedap bgtau family kalau tak komplen kat Haziq 😅😅😅
Walaupun pertama kali mencuba tetap menjadi dan elok kejadiannya.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai memuji cara si anak yang cukup sopan dan cute memujuk si ayah. Tak kurang yang terhibur terutama part terakhir tulisan si anak ini.
Pelbagai karenah anak-anak kadang-kadang membuatkan ibu dan ayah pening kepala. Namun tidak dinafikan mereka juga penghibur dan juga penawar duka kan.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ini 20 Amalan Seharian Catatan Allahyarham Tuan Guru Ismail Kamus.

Kehebatan pendakwah agama ini memang tidak dapat dinafikan. Namun semalam kita semua dikejutkan Dato’ Ismail Kamus dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam 8 Mei di kediaman beliau di Ampang. Berita duka itu dimuatnaik di status page Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia diasaskan arwah.
Menerusi facebook, seorang lelaki berkongsi jadual kehidupan seharian yang pernah catat oleh Allahyarham Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus. Sebuah rutin kehidupan yang dicemburui. Moga kita muhasabah diri dan jadikan penyuntik semangat diri untuk menjadi lebih baik.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Disusun oleh: Allahyarham Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi)
– Mandi dan ambil wuduk.
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
– Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
– Solat sunat selepas
18. Solat Isya’
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
– Al-Quran
– surah Al-Mulk
– surah Sajjadah
– surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
BILA ALLAH TIDAK MAHU KAN KITA
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
tazkirah hati
C&P
#Share ilmu ini untuk peringatan semua. Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya. Àamiin
Sumber: Hafizul Hakim