“Manisnya Senyum Ayash, Nampak Ibu Ke.” Genap 100 Hari, Shuib Anjur Majlis Tahlil, Cukur Jambul & Tahnik, Ramai Luah Sebak!

Share

Tanggal 16 November genap 100 hari usia Ayash Affan,  anak keempatnya kepada penyanyi Shuib dan Siti Sarah. Malah, tarikh tersebut juga genap 100 hari Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia akibat covid-19.Dalam perkongsian terbaru di  Instagram milik Allahyarham, satu majlis cukur jambul dan aqiqah  buat Ayash serta tahlil buat arwah telah diadakan.

Dalam majlis malam ini, Shuib dan anak-anaknya memakai baju serba putih. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah gelagat Ayash Affan kelihatan sangat comel dan tersenyum tatkala majlis cukur jambul sedang berlangsung.

Rata-rata meluahkan rasa sayu melihat majlis tersebut berlangsung tanpa kehadiran Siti Sarah. Malah, tak kurang yang tersentuh hati melihat senyuman yang diberikan Ayash seolah-olah merasai ‘kehadiran’ ibunya Di Dalam majlis tersebut.

elizadsharifuddin Masyaallah Comell nye dia gelak 😍😍😍
zeila075 Senyum kat ibu ke tu.. 😢❤️. I is cannot.. Semoga yg terbaik tuk ayash
cikyanaplussize Ayash senyum dkt ibu ea? 🥰 semoga Ayah jadi anak yg soleh utk arwah ibu dan daddy nya..masyaAllah comel sgt Ayash ni ❤️
skii_world_sarah Senyum kat sape tu. Manis sgt😍
cikda94_ MashAllah comelnya..pandainya senyum kat spe tu😍😍
norfazlinmohd senyum Ayash seperti ibu ada bersama😢😍😍😍semoga Ayash membesar dgn sihat
nurhazwaniabhamid Masyaallah Tabarakallah. Anak soleh senyum dkt sape tu? Cute dooh. Moga jadi anak yg hebat dunia akhirat. Sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T😍😍
surayahafiz Ayash nampak ibu…sebelah daddy…tu yang ayash senyum….. moga jadi anak yang soleh….berjaya dunia dan akhirat…

Sumber: sitisarahraissuddin

 

 

 

IKLAN