Perkahwinan adalah saat di mana dua hati bersatu dalam sebuah ikatan cinta yang manis, penuh dengan harapan dan impian.
Setiap senyuman, setiap sentuhan, dan setiap janji yang diucapkan adalah lambang kebahagiaan yang mengalir lembut, mencipta momen-momen yang penuh kasih sayang dan keindahan.
Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran Pakej Perkahwinan eksklusif yang direka untuk mengubah impian menjadi detik yang tidak dapat dilupakan.
Kami teruja untuk menawarkan pakej komprehensif ini kepada pasangan yang mencari perkahwinan yang membawa kepada kelancaran dan penuh dengan keindahan.
Disediakan dengan perincian yang teliti, pakej perkahwinan kami memenuhi setiap aspek hari Bahagia anda, memastikan anda dan para tetamu dilayan dengan sambutan yang luar biasa.
PAKEJ PERKAHWINAN
Pakej perkahwinan Seikhlas Cinta dan Set ulus Qaseh termasuk secara bufet, dome, pelamin & hiasan, meja sweet heart, kek perkahwinan 3 tingkat (5kg), hadiah coklat untuk semua tetamu, penggunaan satu (1) skrin LED/LCD , bilik menunggu VIP, sistem PA asas dengan mikrofon & system pencahayaan, 3 kemudahan tempat letak kenderaan VIP, uji rasa makanan untuk 5 orang untuk menu terpilih, penginapan 2 hari 1 malam di Bilik pengantin termasuk sarapan pagi, kadar harga bilik istimewa untuk tetamu majlis.
DEKORASI ROMANTIS
Transformasikan ruang anda menjadi karya romantis dengan perkhidmatan dekorasi dan reka bentuk yang kreatif. Daripada gubahan bunga kepada reka bentuk pencahayaan dan landskap meja, pereka akan mencipta suasana mempesonakan yang mencerminkan kisah cinta anda dan meninggalkan kesan yang berkekalan kepada tetamu anda.
Nikmati pengalaman masakan yang tiada tandingannya dengan pilihan menu kami. Pakej perkahwinan Seikhlas Cinta berharga RM 120.00 seorang untuk minimum 300 orang di Dewan Rebana, minimum 600 orang di Dewan Perdana manakala pakej perkahwinan Setulus Qaseh berharga RM 1,200.00 untuk 10 orang pada setiap meja untuk minimum 30 meja di Dewan Rebana dan minimum 40 meja di Dewan Perdana.
Pakej perkahwinan sah dari 15 April hingga 31 Disember 2024. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-5511 8811 sambungan 2801 atau WhatsApp 011-11462417, 016-3281225. Jemput datang ke galeri perkahwinan kami di lobi hotel untuk melihat dan adakan perbincangan dengan staf jualan.
Terima kasih: Mardhiyyah Hotel & Suites