
Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak sememangnya tidak ternilai. Walaupun sibuk mencari rezeki, seorang ibu tetap berusaha memastikan anak-anak sentiasa berada dalam jagaan, kasih sayang dan perhatian yang secukupnya.
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania, meluahkan rasa penghargaan terhadap ibunya, pelakon Abby Abadi, yang disifatkan sebagai seorang wanita kuat, rajin bekerja dan sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan keluarga.
Menerusi sesi temu bual bersama Perfume Paradise HQ di TikTok, Marissa berkata kegigihan ibunya sejak dia masih kecil menjadi antara inspirasi terbesar dalam kehidupannya.
“Mama seorang yang hard working dan mama akan buat apa-apa sahaja untuk family dan anak-anak.
“Thank you so much sebab mama selalu buat yang terbaik untuk kita semua,” katanya.
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, Marissa Dania berkata Abby sentiasa membawa dia dan adik-beradik bersama walaupun terpaksa keluar bekerja.
Menurutnya, pengorbanan itu merupakan antara perkara yang paling dihargai sehingga ke hari ini kerana ibunya tidak pernah mengabaikan mereka walaupun mempunyai jadual kerja yang padat.
“Pengorbanan mama yang paling saya hargai adalah masa kecil-kecil dulu. Kalau pergi mana-mana, mama akan bawa kami semua walaupun pergi kerja.
“Mama yang banyak menjaga kami adik-beradik masa kecil dulu,” luahnya.
Dalam sesi temu bual sama, Abby Abadi turut berkongsi rasa bangga terhadap pencapaian Marissa Dania ketika mengikuti pengajian tahfiz.
Menurut Abby, anak perempuannya itu mempunyai kebolehan yang luar biasa apabila mampu menulis semula ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya.
“Marissa sebenarnya anak yang sangat-sangat hebat.
“Masa saya hantar dia ke tahfiz, Marissa boleh tulis balik ayat al-Quran. Pada saya itu satu benda yang sangat besar.
“Cumanya dia tak selesaikan perkara itu, buat saya ralat. Tapi saya rasa kagum dengan pencapaian dia pada waktu itu,” katanya.
@perfumeparadisehq Comel betul Mama Abby & Marissa ni kan 😍 Dua dua kuat untuk menjalani hidup 💪🏻 #perfumeparadisehq #masukberanda #masukberandafyp #fypシ゚ #fyp ♬ original sound – Perfume Paradise HQ
Abby turut berpandangan bahawa pelbagai pengalaman hidup yang dilalui Marissa Dania pada usia muda telah membentuk dirinya menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan matang.
“Mungkin orang luar tak tahu, Marissa sebenarnya sangat kuat.
“Saya rasa apa yang dia lalui sekarang ini, walaupun dalam usia yang sangat muda, dia kuat dan memberi kematangan pada dia.
“Dalam usia yang masih muda, ada sesuatu yang berlaku membuatkan dia lebih dewasa,” katanya.
Sebagai seorang ibu, Abby percaya anaknya mempunyai hati yang baik, namun masih memerlukan bimbingan, kasih sayang dan sokongan keluarga untuk terus melangkah dalam kehidupan.
“Apa yang berlaku sekarang ini, sebenarnya anak saya sangat baik.
“Cumanya kita kena ada kekuatan untuk memberi panduan kepada dia supaya terus bersama mama,” ujarnya.
Sementara itu, Marissa Dania berkata antara nasihat yang sentiasa dipegang sejak kecil ialah menjaga solat, aurat dan diri dalam apa jua keadaan.
“Nasihat mama yang tak pernah lupa dari dulu sampai sekarang, jaga solat, aurat dan jaga diri.
“Itu memang yang penting. Kena jaga itu dulu, yang lain-lain akan terjaga,” katanya.
Menurut Marissa, pesanan tersebut menjadi pegangan hidup yang sentiasa mengingatkannya supaya meletakkan agama sebagai keutamaan dalam setiap langkah kehidupan.
Hubungan antara ibu dan anak sememangnya tidak pernah terlepas daripada pelbagai ujian. Namun, sikap saling menghargai, memberi sokongan dan tidak pernah berhenti membimbing menjadi asas kepada sebuah keluarga yang kukuh.
Penghargaan yang dizahirkan oleh Marissa Dania terhadap Abby Abadi membuktikan bahawa setiap pengorbanan seorang ibu sentiasa dihargai walaupun tidak selalu diungkapkan dengan kata-kata. Kisah mereka turut menjadi inspirasi kepada masyarakat mengenai pentingnya menghormati ibu bapa, menghargai jasa mereka serta mengekalkan hubungan kekeluargaan yang penuh kasih sayang.
BACA LAGI : Abby Abadi Nasihat Marissa Jaga Diri, Pesan Jangan Ulang Kesilapan Lalu
Sumber : TikTok