Menjadi seorang isteri, ibu dan dalam masa yang sama berkerja, nyata itu bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan setiap waktu.

Sungguh ianya berat untuk dilaksanakan seorang diri melainkan ada suami yang turut sama-sama membantu meringankan kerja mengurus rumahtangga.

Namun begitu, ada pasangan yang berkira-berkira untuk membantu isteri buat kerja  rumah.

Menegur sikap demikian, saudara Firdaus Mokhtar meluahkan pesanan buat para suami agar berubah dan bolehlah memahami situasi yang dilalui oleh isteri yang berkerja.

Ini perkongsiannya.

Ramai yang berkira dengan pasangan untuk buat kerja rumah. Terutamanya suami. Iyalah, tiba-tiba kau nak kena basuh kain, lipat baju, gosok baju anak atau kena mandikan bayi.

Sedangkan dalam masa yang sama isteri sedang siapkan kerja lain, contohnya memasak. Masa itu juga lampin anak dah penuh. Mengembung dengan kencing dan busuk dengan bau najis. Dibiarkan sampai isteri selesai masak.

Anak tak selesa. Menangis dan merengek. Datang ke ayah dia, pujuk pujuk tak jalan juga akhirnya kena marah. Padahal anak minta dibersihkan.

IKLAN

Selalu jadikan?

Ya tuan-tuan, kita jenis nak semua kerja rumah isteri yang buat. Anggap kau dah bekerja cari duit ribu-ribu, urusan anak kau letak tepi. Semua kerja rumah kau serah pada isteri. Pandai-pandailah isteri buat semua.

“Masa Dua-dua Di Rumah, Bahagi-bahagi Lah Kerja.” Jangan Berkira!

 

Sampai kadang kau lupa, isteri itu juga baru balik kerja. Dah gaji kau rasa tak cukup. Kau pun izinkan dia kerja. Setiap bulan tampung juga belanja sikit sikit.

IKLAN

Kawan-kawan, kalau isteri tak berkira untuk guna kudrat dan masa dia untuk bekerja dan bersama-sama kita membina keluarga, takkan kita berkira untuk buat sedikit kerja rumah.

Masa dua-dua ada di rumah, kerja rumah kita bahagi-bahagi lah. Bukan lah sampai perlu buat pembahagian dan perjanjian, tidak. Tapi kesedaran sendiri. Common sense orang kata.

“Masa Dua-dua Di Rumah, Bahagi-bahagi Lah Kerja.” Jangan Berkira!

Waktu isteri memasak, dia perlukan masa untuk sediakan semua dalam kadar segera. Kau juga yang nak makan. Waktu itu, anak-anak ada dan perlukan perhatian. Siapa nak ambil tugas ni? Kau lah.

Selesai waktu makan, pinggan mangkuk dan periuk kuali semua belum bercuci. Anak kecil dah mula cari mak dia, nak apa pun tak tahu. Yang penting anak nak mak dia waktu itu. Siapa yang nak basuh semua tadi dan kemaskan sikit dapur? Kau lah.

IKLAN

“Masa Dua-dua Di Rumah, Bahagi-bahagi Lah Kerja.” Jangan Berkira!

Kadang ada malam yang isteri kau sakit-sakit badan dan pening akibat penat bekerja. Ubat dia tidur awal lah. Baju kerja kau tak bergosok lagi. Eh, baju kerja dia pun belum siap. Apa salahnya kau ambil baju untuk kerja esok, kau gosoklah.

Sedara sekalian, begitulah hidup rumahtangga. Dua-dua bersatu membentuk rumahtangga. Kalau mampu, kau gajikan lah pembantu rumah.

Kalau tak mampu, kau buatlah sama-sama. Itu sahaja solusi sebuah rumahtangga.

Begitulah.

Sumber : Firdaus Mokhtar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI