Berikutan penularan virus covid-19, tentunya keadaan di klinik mahupun hospital dipenuhi dengan ramai pengunjung yang ingin membuat saringan kesihatan.
Pun begitu, seorang doktor ini ingin memberi peringatan kepada orang awam yang merancang untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan doktor mempertimbangkan perkara-perkara berikut untuk kebaikan bersama.
Sebagai seorang doktor yang bertugas di klinik, saya mohon agar kalian semua mempertimbangkan perkara berikut jika hendak ke klinik:
1. Tak usah bawa orang yang tak sakit ke klinik. Hanya orang sakit dan seorang pengiringnya(jika perlu) sepatutnya hadir ke klinik. Orang sihat harus kurangkan kontak dengan orang sakit.
Ads
2. Jika tak sakit, sekadar teringin nak minta MC, eloklah batalkan niat ke klinik. Silap hari, anda bukan balik bawa MC, tetapi SARS-CoV-2. Tak berbaloi langsung ambil risiko begini.
3. Jika ada gejala, sila pakai topeng penutup muka (mulut dan hidung) dan duduk jauh (jarak 1 meter) dari pesakit lain ketika di ruangan menunggu. Kurangkan menyentuh persekitaran.
Ads
4. Jika ada sejarah berkunjung ke negara China, Jepun, Korea, Taiwan atau Hong Kong, serta ada pertemuan rapat dengan individu positif COVID-19, maka disarankan terus ke hospital.
5. Tak perlu bersalaman dengan doktor. Tak usah suruh anak salam (dan cium tangan) doktor. Kurangkan berbual kosong. Fokus pada beritahu masalah kesihatan.
6. Keluar sahaja dari klinik, terus pulang rumah. Tak usah singgah di mana-mana tempat awam dahulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, sila mandi dan salin pakaian yang bersih.
Di masa-masa seperti ini, perlu lebih awas dan berhati-hati. Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Bab pengambilan dan penyimpanan ubat-ubatan tidak boleh dibuat mudah. Bimbang ubat dimakan bukan jadi penawar tetapi bahaya pula jadinya.
Tidak mahu itu terjadi, ikuti perkongsian bermanfaat daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
TIPS PENYIMPANAN UBAT YANG BETUL
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan.
Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
• Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
• Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
• Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya kalau kita selalu berdiri lama di tempat kerja tentu akan menyebabkan kaki berasa lenguh-lenguh dan sengal-sengal.
Bila rasa tidak selesa, hendak keluar berjalan-jalan dengan keluarga pada hujung minggu pun tentu terasa malas.
Tapi tahukah anda, ada petua orang dulu-dulu yang diamalkan untuk redakan keletihan dan ketidakselesaan kaki dengan teknik rendaman dengan air suam.
Ternyata cara ini dapat melegakan kaki dan menjadi terapi yang menyegarkan. Bahkan menurut Kakyu, air rendaman tersebut hendaklah dicampur dengan garam untuk kesan yang optimum.
Ayuh ketahui cara penyediaan air rendaman kaki agar tiada lagi lenguh-lenguh dan anda semakin aktif bergerak.
PETUA HILANGKAN LENGUH KAKI
Hari ni Kakyu nak share satu petua. Bagus untuk sesape yang selalu ada sakit tumit, sengal dan kebas kaki. In shaa Allah boleh hilang kalau amalkan selalu.
Caranya:
1) Sediakan garam kasar segenggam, baldi dan air suam.
2) Masukkan segenggam garam dalam baldi yang berisi air suam tadi.
3) Rendam kaki selama 15 minit. Buat waktu pagi seeloknya selepas solat subuh. Buat seminggu sekurangnya 2x.
Inshaallah nanti akan berpeluh dan urat kaki akan lembut. Bila urut kaki dah lembut, sakit atau sengal akan berkurangan dan hilang.
sumber : Rohayu Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggunaan barangan atau bekas plastik ketika penyediaan hidangan hinggalah pada proses menghidang dan menyimpan makanan memang perkara biasa yang semua antara kita lakukan.
Pun begitu, tahukah ibu-ibu hal ini sebenarnya perlu diberi perhatian kerana penggunaan barangan plastik ini sebenarnya akan memberi kesan pada kesihatan seluruh keluarga kita andai tidak tahu cara penggunaan yang betul.
Untuk itu bagi memahami dengan lebih detail, perkongsian daripada Doktor Hafiz Sulaiman ini dapatlah kiranya memberi info bermanfaat dan sekali gus menyelamatkan keluarga kita daripada masalah kesihatan dikemudian hari. Jom semak.
SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI SAKIT – BAB PLASTIK
Kaum ibu perlu lebih beri perhatian perkara ini ketika membeli barang harian. Renungkan..
Penyakit jantung dan strok Penyakit metabolik seperti obesiti Penyakit alahan seperti ekzema, psoriasis, resdung, asma. Masalah autoimuniti Penyakit kanser Gangguan hormon Gangguan sistem pembiakan
Secara langsung atau tidak langsung, toksin persekitaran banyak menyumbang kepada perkara di atas. Toksin persekitaran yang sering dipandang ringan ialah PLASTIK.
Paling kesian ialah anak-anak kita yang masih lemah sistem detoksifikasi, terutamanya bayi. Ramai dah generasi kita yang “matang” terlebih awal. Ramai juga wanita kita yang “menopause” terlebih awal. Plastik inilah punca gangguan hormon yang dipandang remeh.
Plastik merupakan sejenis pengganggu hormon (Xenoestrogen) yang boleh mencetus penyakit-penyakit zaman moden. Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, ilmu ini mungkin berguna. Bagi penderita sakit yang saya sebutkan di atas, semoga ia menjadi panduan mengurangkan beban toksik badan.
PANDUAN PLASTIK MAKANAN
Pernah terfikir tak apa makna nombor-nombor dalam segitiga di bawah bekas plastik makanan dan minuman tu?
Haa..jangan lupa check SETIAP bekas plastik kita NOMBOR RESIN ini:
Pilih plastik No 1, no 2, no4 (pun okay) dan no 5. No 1 biasanya botol air mineral. Jangan gunakan kembali simpan air lain.
Elakkan plastik no 3,6 dan 7….Jangan guna plastik dengan no resin 7 simpan makanan!
Seterusnya, mari kita lihat beberapa tabiat yang sering diamalkan, mungkin perlu diberi lebih perhatian:
TABIAT BIASA PEMBAWA PENYAKIT
————————————————–
Pada tahun 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penggunaan botol susu mengandungi BPA. Bahan plastik ini bukan main-main ya, ia boleh sebabkan gangguan hormon dan mungkin mencetus alahan.nElakkan bahan racun toksik ini ke atas keluarga kita terutamanya anak-anak kecil.
1) Jangan tuang air panas dalam cawan, jug atau bekas air plastik. Tengok sikit dapur kedai makan ada juga amalkan ni. Masukkan air panas ke dalam bekas seramik atau stainless steel merupakan alternatif lebih baik.
2) Elakkan memanas plastik di dalam microwave.
3) Pilih botol susu lebih selamat dengan label “BPA free”. Walaupun begitu kajian menunjukkan plastik bebas BPA masih bahaya kerana mungkin mengandungi BPS atau pthalates yang juga merupakan pengganggu hormon. Saya kurang gemar teknik matikan kuman dengan rebus dalam air panas. Maka anak kami gunakan botol kaca yang insha Allah lebih selamat.
4) Jangan tinggalkan sudu plastik dan straw dalam air panas..lebih panas air, lebih cepat keluar toksik plastik ini.
5) Jangan minum air botol plastik yang disimpan di dalam kereta terutamanya yang terdedah cahaya matahari.
6) Jangan guna sudip plastik untuk memasak. Gunakan alternatif lebih selamat seperti sudip keluli atau kayu.
7) Jangan tapis air panas guna penapis plastik. Stainless steel kan ada.
8) Elakkan menyimpan makanan panas dalam bekas plastik. Kalau berniat tapau makanan, kami biasanya order macam biasa. Tunggu makanan sejuk sambil kacau-kacau makanan supaya sejuk dulu, baru minta bungkus. Apa lah sangat 2-3 minit makanan sejuk tu berbanding kena warded…nak tunggu discaj tu satu penyeksaan.True story bro..
9) Jangan letak makanan bayi yang masih panas seperti nestum, puree atau oats ke dalam bekas makanan plastik.
10)Ini paling penting kot..JANGAN GUNA PEMANAS AIR PLASTIK! pastikan bahagian dalamnya stainless steel atau kaca. Kalau takde duit beli kaca atau heater stainless steal, pakai je periuk panaskan air atau cerek stainless steel tu.
Beberapa ringgit extra bagi membeli barang bukan plastik itu sangat berbaloi insha Allah
Toksah pikir sangat salasilah genetik mana yang mungkin sebabkan kanser… atau saka tok nenek mana yang suwei turunkan kanser kat anak beranak..
Tengok sekeliling kita, mana yang kita mampu lakukan..ambillah langkah perubahan walaupun sedikit..dan berdoalah..
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar…dan sangat memandang berat usaha kita lakukan ke arah kebaikan..
Ingatlah badan kita ini amanah…anak-anak kita juga..Adalah tanggungjawab kita melindungi mereka.Semoga Allah mencegah kita daripada bencana penyakit dan memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita..
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus membuktikan komitmennya terhadap kebajikan rakyat apabila menyalurkan RM115,000 hasil daripada kerja sambilan yang dilakukannya bagi...