Hujung minggu ni pasti ibu-ibu yang bekerja mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk juadah berbuka bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu Kerapu Kukus Asam Boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya waktu berbuka nanti. Jom ibu-ibu cuba resipi ini!
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
Ads
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
Ads
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Ads
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin masih ada pecinta kucing yang masih tidak tahu apakah makanan yang sesuai untuk kucing selain ikan rebus, wet food atau sebarang jenis yang dijual di pasaran
Perhatian kepada pemilik kucing berikut merupakan makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing.
Makanan yang tidak boleh di makan kucing
1.Bawang akibatkan sel darah pecah dan akibatkan masalah kurang darah
Jangan main main, segala jenis bawang termasuk bawang goreng, bawang mentah dan bawang yang telah dimasak boleh akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah. Lebih bahaya adalah bawang putih. Ia adalah 5x ganda lebih bahaya berbanding bawang biasa
Makanan yang mempunyai bawang boleh menjadikan sel-sel darah merah yang dimiliki kucing anda akan jadi pecah secara tiba-tiba. Apabila keadaan ini berlaku kucing akan terdedah kepada Anemia. Biarpun kuantiti makanan yang terdapat bawang diberikan kepadanya amat sedikit tetapi peratus bahaya masih ada.
2. Susu & produk tenusu Akibatkan cirit dan masalah penghadaman
Semua jenis susu lembu perlu dielakkan tetapi jika susu kambing lebih digalakkan kerana proses susu lembu mempunyai Lactose manakala susu kambing tidak.
Sekiranya anda ingin membeli susu untuk kucing di mana-mana kedai atau Pet Shop, pastikan kandungan susu tidak mempunyai Lactose yang berbahaya untuk kucing.
3.Anggur Akibatkan masalah buah pinggang
Jauhi anggur dan kismis daripada kucing dan pastikan kucing tidak memakan buah-buahan ini kerana jika dimakan akan menyebabkan kegagal buah pinggang kucing.
4.Kopi & Coklat .
Semua jenis minuman yang mempunyai kandunga kafein di dalamnya kucing tidak boleh minum sepertimana seorang manusia meminumnya. Jika terminum, kucing akan menjadi gelisah serta mengalami masalah pernafasan yang tidak normal atau dengan cepat. Begitu juga dengan masalah jantung kucing.
Coklat sememangnya amat berbahaya kepada kucing malahan ia boleh membawa maut sekiranya dimakan.
Ada kes yang berlaku kucing mengalami sawan, menggigil teruk dan kritikal sehingga menyebabkan berlakunya kematian terhadap kucing kesayangan!
5. Ikan mentah, daging mentah dan telur mentah
ikan mentah yang hampir sama akibatnya sekiranya kucing memakan ikan yang tidak dimasak atau direbus, ia tetap berbahaya terhadap kucing.
Pastinya ada bakteria di dalam daging mentah yang berbahaya serta sebarang parasit atau cacing pita yang menjadikan kucing terdedah pada sebarang penyakit.
Walau apa pun jenis telur mentah sekalipun, ia harus dielakkan kerana ia boleh menjadi keracunan makanan pada kucing selain terdedah dengan bakteria jahat.
Oleh itu, jangan abaikan maklumat ini supaya kucing anda terus sihat dan tiada penyakit.
Rata-rata kini wanita bekerjaya dibandingkan dahulu ramai yang menjadi suri rumah. Apabila pulang ke rumah dalam kepenatan, membuatkan ada ibu-ibu memilih untuk membeli sahaja makanan untuk anak-anak mereka.
Ada kalanya mungkin membeli makanan lebih dirasakan sesuai malah menjimatkan namun jika saban hari makan masakan kedai tentunya amalan ini tidak sihat untuk anak-anak kita. Bukan hanya aspek kesihatan makanan di luar itu dipersoalkan tetapi jauh daripada itu terlalu banyak perkara positif yang membolehkan keluarga diciptakan lebih harmoni dengan makanan.
Dan paling utama yang semua ibu kena tahu kuasa memasak sangatlah hebat bagi anak-anak anda. Mengapa?
Kecoh Tetapi Harmoni
Sebaik tiba di rumah ketika hampir maghrib, keadaan rumah yang hingar bingar dengan si ibu yang terpaksa menguruskan anak sama ada hendak susu, mandi dan sebagainya dan kemudiannya diselang selikan dengan langkah ke dapur untuk memasak menjadikan suasana tambah gamat.
Selepas segalanya selesai ibu kembali berperang dengan periuk dan kuali di dapur, demi untuk menyediakan sajian untuk anak-anak sebelum mereka tidur. Kecoh dan merimaskan namun inilah yang akan dirindukan satu hari nanti bila anak sudah mula memilih jalan mereka sendiri. Ini jugalah yang akan dirindukan oleh si anak apabila mereka sudah menginjak dewasa. Jadi selagi mana semua ini mampu mengerat dan menyatukan keluarga, cubalah sehabis baik.
Momen Indah Tiap Pagi
Dari kecil hingga besar makanan ibu inilah yang bakal anak terkenang-kenangkan sampai bila-bila. Sarapan pagi, ketika sebelum waktunya ke sekolah adalah momen paling indah bagi mereka. Ketika bersiap-siap hendak ke sekolah, ada anak-anak yang ingin bersiap cepat semata-mata ingin menikmati makanan ibunya. Itulah yang disukainya setiap pagi. Bukan hanya menu bahkan kesedapan air tangan ibu juga makin membuatkan hubungan bertambah akrab.
Menu Istimewa
Ada anak-anak yang sanggup balik setiap hujung minggu demi mendapatkan sepinggan nasi lemak ibunya. Tentunya ia merupakan menu istimewa yang tiada galang ganti bagi dirinya. Inilah kelebihan makanan buat anak-anak. Menu istimewa bagi setiap keluarga yang membuatkan mereka terkenang-kenang. Ia tentunya mengeratkan kasih sayang sesebuah keluarga.
Kongsi Makanan
Makanan memang menyatukan seluruh keluarga besar. Sebut sahaja hendak buat makan-makan, pasti akan ada yang memberi tindak balas dengan pantas. Pot luck keluarga umpamanya merupakan satu aktiviti sihat yang amat menguatkan hubungan keluarga baik jauh mahupun dekat.
Raikan Hujung Minggu
Jadikan waktu hujung minggu waktu bersama dengan keluarga. Raikanlah anak-anak dan suami, mahupun ibu dan ayah bagi sebuah keluarga besar dengan makanan istimewa. Pilihlah menu istimewa yang membuatkan semua orang gembira dan terasa istimewa. Bagi anak-anak, usahalah bertanyakan apa yang anak-anak hendak makan ketika hujung minggu.
Sebolehnya libatkan mereka bersama-sama ketika aktiviti memasak di dapur supaya mereka sendiri rasa gembira dan tak sabar untuk menikmatinya. Sungguhpun kacau bilau dibuatnya, namun inilah waktu emas bagi mereka. Semua ini momen indah.
Makanan Tradisi
Semua makanan ibu adalah makanan tradisi yang akan kita bawa bila sudah menginjak dewasa. Walaupun ketika di universiti, rumah sewa dan bila mana sudah berkahwin, resipi ibu inilah yang akan kita bawa sampai bila-bila.
Sebolehnya kita mahu menyediakannya sama sedapnya seperti ibu kita. Inilah kuasa masakan hari ini yang akan nantinya menjadi makanan tradisi bagi kita. Inilah kasih sayang sebenar dalam keluarga. Ya..itulah kuasa makanan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim hujan ini mulalah kita terfikir betapa pentingya kalau kita ada mesin pengering pakaian di rumah. Bukan apa, berhari-hari baju yang disidai tidak juga kering-kering. Lama-lama berbau hapak pula pakaian yang telah dicuci.
Jadi sebelum anda ingin membeli mesin pengering yang ada di pasaran, lebih baik anda baca info yang dikongsikan oleh Rose Dafeeya ini semoga bermanfaat.
Okay, baru saya tahu, dryer ni ada 3 jenis. Ni sekadar pemahaman sayalah ya. 1. Vented – harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
2. Condenser – harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.
3. Heat pump – konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni. Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan)
“Kalau abang beli Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condencer dengan heatpum dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.”
Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.
Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.
Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww.
Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila. Berbaloi tak beli yang Heatpump? Sangat berbaloi. Alah membeli, menang memakai. Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.