Masak Lemak Cili Padi Style Negeri Sembilan, Tak Guna Bawang & Rasanya Memang Sedap!

Share

Buat peminat masakan pedas apabila dengar sahaja Masak Lemak Cili Padi pasti membuatkan teringat-ingat rasa kuahnya yang pedas dan pekat. Apatah lagi andai dimasak dengan style orang Negeri Sembilan, memang padu rasa masakannya!

 

 

Istimewanya hidangan Masak Lemak Cili Padi style Negeri Sembilan ini jika anda ingin tahu sebenarnya berbeza ramuan yang digunakan oleh orang-orang di negeri lain. Paling ketara adalah langsung tidak menggunakan bawang untuk memberi rasa pada hidangan tersebut.

Meskipun tidak menggunakan bawang, namun rasa dan aromanya pasti membuatkan anda sekeluarga boleh makan bertambah dibuatnya.

Ada yang teruja hendak mencuba sendiri resipi ini ke?

 

ARTIKEL MENARIK :

Mudah sahaja, boleh follow resipi yang dikongsikan oleh Norlailanazira Mohd Agos

yang nyata mendapat pujian warganet.

Langkah 1 : Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali ke periuk ke sukahatilah ye. Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.

Langkah 2 : Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak dekat ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.

Langkah 3 : Ayam sudah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar. Saya pakai santan kotak je.

Langkah 4 : Masukkan kentang

Langkah 5 : Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.

Ayam masak lemak cili api is done.

Selamat mencuba!

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

IKLAN