Kalau tidak biasa menyediakan hidangan paru untuk keluarga mungkin ada yang  beranggapan ianya susah dan leceh. Maklumlah, oranng kata silap gaya ketika menggoreng boleh meletop malah lagi sedih kalau dimasak liat pula rasanya.

Namun bila tahu caranya dan tipnya, nyata mudah sahaja untuk menyediakan menu paru yang enak ini. Apatah lagi kalau dimasak sambal berlado, keenakan rasa paru apabila sebati dengan sambal, nyata sedap tak terkata rasanya.

Oleh itu, apa kata cuba sediakan menu dengan follow langkah demi langkah yang dikongsikan ini. Semoga ianya menepati selera anda sekeluarga.


 

Ramai ke yang suka makan paru sambal berlado ? Orang kampung saya panggil kelempung ..Masakan ni kesukaan suami saya..sekali sekali kita masaklah paru atau kelempung sambal berlado untuk tambat hati orang tersayang gitew ..

Step 1 : Rebus paru atau kelempung hingga lembut..agak-agak dalam 30 – 40 minit macam tu.

step 2 : Dah lembut..tunggu sejuk korang potong dan hiris ikut saiz mana yang korang suka..gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Lepas tu goreng bagi sedikit garing.

Step 3 :Sementara tu..blend cili merah, cili kering, bawang merah, bawang putih. Jangan blend bagi halus sangat ye.. blend bagi kasar.

IKLAN

Step 4 : Ni masa tengah goreng..api jangan kuat sangat ye nanti cepat hangus.

Step 5 : Tumis bahan-bahan yang dikisar..tumis dulu serai yang dititik..guna saje lebihan minyak yang kita goreng paru tadi. Tumis sampai pecah minyak..lama sikit tumis lagi sedap..lepas tu tambah gula dan garam secukup rasa ye.

IKLAN

Step 6 : Bila dah cukup masak bahan-bahan yang kita tumis tadi..masukkan lah paru yang kita dah goreng..Gaulkan bagi sebati…Ok dah siap.

sumber : Haznita Hadzmi  via MAHN