Masakan berasaskan telur tidak dinafikan akan menjadi menu paling mudah disediakan dan mampu memberi keenakan rasa meskipun sekadar digoreng apabila dijamah bersama nasi putih.
Apatah lagi bila dipelbagaikan versi masakan seperti menu telur dadar, telur goreng kicap pedas, telur pecah hancur, telur masak sambal tumis, sup telur dan sebagainya akan menjanjikan keenakan rasa yang tersendiri.
Jadi di sini kami himpunkan lima resipi berasaskan telur untuk anda cuba.
TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji bawang besar dihiris halus*
7 biji cili padi-dihiris
1/2 biji tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1.Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
2.Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi
3.Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Ads
4. Siap
RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP
BY – Aleen Aireish
Bahan-bahan :
3 biji telur
4 sudu makan cili yang telah dikisar bersama dengan bawang merah dan putih
3 sudu makan cili sos
1 sudu makan gula merah
2 sudu makan
gula pasir garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Tumis cili kering hingga masak
2. Kemudian masukkan cili sos
3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam
4. Kemudian pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan. Kaup manja telur tu dalam kuali baru jadi hancur-hancur tu. Jika ingin jadikan hancur halus-halus, masa pecahkan telur terus sahaja gaul telur dangan sambal.
Bahan bahan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur-rebus, kupas dan goreng
Cara cara
1.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2.Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
3.Setelah itu masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
4.Kemudian masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
5. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan
7.Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
SUP TELUR
Bahan-bahan:
Bawang merah
Ads
Bawang putih
Cili merah-dihiris
1 kiub ayam
Suhun-rendam 10 minit
Daun bawang
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah dihiris.
2. Kemudian masukkan air bersama kiub ayam knorr.
3. Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa
5.Bila telur masak, masukkan suhun yang telah direndam.
Tutup api dan siap
RESEPI TELUR MASAK KICAP
Bahan-bahan: (utk 4 biji telur)
*2 ulas bawang putih-ditumbuk
*2 hiris nipis halia-ditumbuk
*1/2 biji bawang besar-ditumbuk
*sedikit lada hitam-dirumbuk
2 sudu cili blender
Sedikit lada sulah
Sedikit sahaja sos cili
kicap
cili padi di ketuk(ikut suka nak banyak mana)
•hirisan bawang besar (ikut suka nak banyak mana)
Garam dan gula
Cara-caranya:
1. Tumiskan baha-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
Masukkan cili blender, sos cili, kicap, lada sulah dan masukkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan.Ini kerana kita nak biarkan kuah menggelegak masak.
Kemudian masukkan cili padi dan hirisan bawang merah. Masa ini kena pandai-pandai rasa. Sama ada nak ada rasa masin, manis, pedas dari cilipadi dan lada sulah. Lada sulah juga dapat mewangikan kuah kicap.
Akhir sekali masukkan telur yang digoreng tadi.
Akhir sekali tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng dan sedia untuk dihidang.
Biasanya kalau kita pergi ke pasar dan terlihat sotong yang bersaiz besar, tentu sudah terbayang-bayang menu apa paling menyelerakan untuk dimasak andai dibeli.
Salah satunya yang pasti tersenarai dalam list, sotong bakar. Makin besar sotong yang digunakan makin puas hati seisi keluarga menikmatinya.
Tidak dinafikan juga, kalau masak sendiri lebih menjimatkan berbanding jika dibeli siap. Maklumlah sotong saiz besarlah katakan, harganya pun tentu ‘besar’. Jadi lebih baiklah kita sendiri yang memasaknya.
Resipi menyediakan sotong bakar pun banyak di kongsikan di laman sosial, dan antara yang mendapat perhatian netizen adalah menu Sotong Bakar Berempah yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi. Jom kita pula mencuba resipi ini.
Sotong Bakar Berempah
Ada rupa sotong bakar kat kedai tak?
Setiap kali tengok sotong bakar berempah, mesti meleleh-leleh terliur. Nak beli siap dah tahu mahal.
Kebetulan pergi pasar, ada sotong saiz XL. Harga boleh tahan lagi. Nak mudah, gabung je pes-pes kat dalam gambar saya tunjuk tu.
Hasilnya? Meletop,Waaa memang puas makan. Sedap sangat!
Selamat mencuba dan ini cara penyediaannya:
1. Sotong dibersihkan dari kantung hitamnya dan bahagian dalam. Kemudian kelar sedikit.
2. Sediakan ketiga-tiga jenis pes di atas. Setiap jenis pes tadi, gunakan sebanyak 1/2 sudu besar.
3. Tumbuk- 2 inci kunyit hidup
– 2 ulas bawang putih
– secubit belacan
– 4 tangkai cili padi merah dan hijau
– 1/2 sudu besar gula perang
Gaul sebati kedua-duanya.
4. Panaskan pan dengan sedikit minyak. Lapik daun pisang.Sapu di atas badan sotong.
5. Bakar sotong sehingga masak. Sebelum diangkat, boleh sapu sekali lagi pes di badannya.
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Ni la hasil gorengan. Ya ampunn..krukk..krakk…habuk dia tu perghh..!! Ayam pun sangatlah lembut even kat luar dah crunhy..
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
Lagi best tumbuk semua bahan tadi. Kalau bizi jugak blender dgn sesudu minyak masak n 2 sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit.
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Ni la hasil gorengan. Ya ampunn..krukk..krakk…habuk dia tu perghh..!! Ayam pun sangatlah lembut even kat luar dah crunhy.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang cakap masakan ibu paling tak boleh ditandingi, mungkin ada betulnya. Bila duduk berjauhan mesti selalu teringat air tangan mak-mak di kampung. Kini Adabi jenama masakan yang tak perlu diperkenalkan lagi, mereka muncul dengan empat produk terbaru yang buat anda semua teringat masakan ibu di kampung halaman. Apa lagi, jom cuba!
Empat produk baharu yang kini mula mendapat tempat di pasaran dan boleh didapati secara online terutama di platform atas talian Adabi iaitu di emall.adabi.com adalah Perencah Masak Lemak Cili Padi, Perencah Masak Merah, Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan Serbuk Telur Masin Keemasan. Bagaikan masakan air tangan sendiri, inspirasi resepi ibu turun temurun, produk ini pastinya memudahkan pengguna dalam memasak sendiri lauk-pauk kegemaran mereka.
Perencah Masak Lemak Cili Padi, Pengikat Perut Si Suami
Kalau tak dapat lemak cili padi memang bukan orang Melayu lah kan. Siapa sahaja yang boleh menolak bila disajikan dengan menu ini, jadi Adabi tampilkan produk serba lengkap ini yang sedia dimasak dan menjimatkan masa. Sajian terkenal berasal dari Negeri Sembilan ini kini boleh dimasak pada bila-bila masa. Hadir dalam saiz 120 gram dan 350 gram memudahkan pengguna untuk pek sajian buat seorang atau seisi keluarga.
Cara memasak:
Panaskan kuali dan masukkan air.
Masukkan Perencah Masak Lemak Cili Padi dan serai yang telah diketuk.
Masukkan ayam atau daging.
Didihkan dan tutup kuali. Masak hingga ayam/daging empuk menggunakan api sederhana.
Masukkan santan kelapa dan daun kunyit yang telah dihiris. Masak dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Sedia untuk dihidangkan. Tambah cili padi mengikut citarasa anda.
Siap disediakan.
Perencah Masak Merah, Lembutkan Hati Ibu Mertuamu
Inginkan lauk bagaikan kenduri kahwin? Apa kata cuba sendiri keenakan Perencah Masak Merah Adabi. Lebih sedap jika digabungkan bersama nasi minyak atau tomato. Pasti mengancam hati ibu mertua yang nak datang bertandang. Pek produk ini terdapat dalam 120 gram dan 350 gram
Cara Memasak:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar yang dihiris bulat dengan api sederhana bersama Perenca Masak Merah.
Masukkan ayamyang telah digoreng separa.
Masukkan air sedikit dan didihkan dengan api sederhana. Sedia untuk dihidang!
Tips: tambahkan kacang pis mengikut kesesuaian!
Perencah Sambal Tumis Balado Merah, Ala Terasa Di Kampung Halaman
Anak-anak teringin sangat nak makan ikan dengan resepi mudah? Cuba Perencah Sambal Tumis Balado Merah Adabi. Sesuai juga untuk Ikan keli, Ikan Tilapia, Paru, Telur dan Ayam. Pek produk ini juga tersedia dalam 120gram dan 350 gram. Mesti anak-anak dah tak mahu makan di luar lagi.
Cara Memasak:
Goreng garing ikan menggunakan garam dan kunyit Adabi secukup rasa.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan tumis dalam api sederhana.
Tambahkan sedikit air, masak seketika dan tutup api.
Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam tumisan dan gaul sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan!
Serbuk Telur Masin Keemasan, Baunya Memanggil Jiran Sebelah
Masakkan menggunakan serbuk telur masin telah menjadi antara sajian yang dikenali ramai dan semakin trendy hari ini. Tak hairanlah hidangan berkrim ini sering menjadi menu di kebanyakan restoran pilihan. Jangan risau, kini Adabi juga menyediakan produk Serbuk Telur Masin Keemasan untuk anda cuba memasak sendiri di rumah. Lebih sedap lagi, produk ini mengandungi kepingan telur masin asli. Produk ini tersedia dalam pek 150 gram, 250 gram dan 800 gram.
Cara memasak:
Goreng udang bersalut tepung bersaiz sederhana dan asingkan.
Panaskan marjerin dengan api sederhana. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili.
Tumis sehingga naik bau.
Perlahankan api, masukkan Serbuk Telur Masin Keemasan Adabi dan kacau sehingga sebati.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sekata.
Sedia untuk dihidangkan!
Best kan semua pek perencah ni, bukan sahaja memudahkan para ibu di dapur, malah buat seisik keluarga terus melekat di rumah. Terdapat pelbagai produk Adabi yang mudah disediakan dan melengkapkan sajian anda. Jadi dapatkan di pasaran atau di emall.adabi.com Maklumat lanjut layari media sosial adabi_consumer.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di