Rutin harian yang dilalui oleh kebanyakan ibu jika difahami memang cukup berat. Sehari suntuk sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Bayangkan, seorang ibu akan bangun awal pagi siapkan anak-anak ke sekolah dan menghantarnya. Kemudian kembali ke rumah dan mengemas serta sediakan makan tengah hari pula sebelum anak pulang dari sekolah.
Bila tiba waktu tengah hari, bergegas pula menjemput anak di sekolah dan pelbagai lagi ‘kerja’ yang dilakukan. Hal ini pasti sahaja boleh menyebabkan setiap ibu berpeluh sepanjang waktu.
Pun begitu, walau sibuk macam mana pun seorang wanita, masalah bau badan mesti diatasi. Jangan jadikan masalah ini perkara biasa! Namun ambillah langkah serius untuk atasi dan mencegahnya.
Salah satu cara yang boleh dicuba adalah dengan mengamalkan minum air herba. Bukan sahaja bau badan hilang malah memberi tenaga jika diamalkan secara konsisten.
Ini diakui oleh Puan Mel dan beliau turut berkongsi resipi untuk menyediakan minuman herba tersebut.
Perkongsian Daripada Puan Mel
Mel nak share dengan korang resepi Air Herba temurun yang Mel amalkan dari anak sulung sampai la anak ketiga. Mudah disediakan sampaikan suami pun boleh buatkan untuk isteri dalam pantang.
Air herba ni boleh diamalkan selalu untuk tujuan kesihatan. Magic tau kalau nak buang angin atau hilangkan bau badan. Even bau peluh pun insyaAllah jadi wangi kalau konsisten amalkan.
Ads
Mel suka tambahkan kurma untuk milkbooster dan supply tenaga. Mak dara dan anak dara boleh amalkan ya.
Resipi Air Herba
Bahan-bahan:
2 helai daun pandan-disimpul
2 batang serai-dititik
Ads
4 hiris halia
3 batang kulit kayu manis
Sedikit gula melaka
secubit bunga cengkih
3 biji kurma-dibuang biji
Ads
Cara buat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan isikan air sehingga 3/4 penuh.
2. Didihkan dengan api sederhana hingga mendidih dan air berubah warna.
3. Biarkan suam dan sedia untuk diminum.
sumber :Amalena Akhyar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak yang sihat dan cergas tentu akan mengembirakan ibu ayah. Malah membuatkan mereka boleh fokus kepada urusan rumahtangga lain.
Namun jika anak kerap demam dan sakit tentu akan menjejaskan cara hidup termasuk pengambilan cuti untuk menjaga anak, tidak cukup rehat setelah menjaga anak seharian dan hilang fokus kepada kerja terutama ibu yang bekerjaya.
Lantaran itu, ibu bapa perlu alert tentang hal ini, bagaimana untuk memastikan anak kekal sihat.
Selanjutnya ikuti nasihat doktor ini.
Ramai kan antara kita ini sebagai ibu bapa yang risau bila anak kita asyik tak sihat. Selalu sangat kena pergi jumpa doktor. Ambil ubat. Tetapi masih juga selalu demam, batuk dan selsema.
Kalau boleh, biar kita yang tak sihat. Bukan anak-anak. Betul?
Ada 10 sebab mengapa anak-anak kita selalu dijangkiti demam dan kerap jatuh sakit.
Terapi urutan dikatakan mampu memberi kelegaan tubuh badan yang lesu, menghilangkan lenguh-lenguh dan orang kita juga percaya dengan urutan boleh melancarkan peredaran darah mahu pun memulihkan sendi yang terselih atau sebagainya.
Pun begitu, bila menyentuh manfaat urutan untuk membantu melegakan selesema mungkin ini sesuatu yang menarik untuk difahami. Dapatlah kiranya, kita usahakan untuk melegakan anak-anak yang selesema selain dengan memberi ubat, elok juga kita urut dengan teknik yang dikongsikan ini.
Kali ni saya nak share cara urutan refleksologi untuk meredakan selesema, masalah hingus meleleh & hidung tersumbat lak. Saya bukan profesional ye, saya hanya tunjukkan point yang saya selalu gunakan & setakat ni alhamdulillah memang berkesan pada saya sekeluarga.
Saya nak terangkan sikit supaya jelas, urutan refleksologi/acupressure ni bukannya macam ubat, urut sekali jer boleh terus sembuh. Keberkesanan urutan refleksologi ni dapat dilihat kalau urut secara konsisten (walaupun bagi sesetengah kes, kesan urutan refleksologi dah nampak lepas pertama kali urut). Urutan refleksologi berfungsi lancarkan peredaran darah, buang toksin, mengekalkan keseimbangan sistem badan & merangsang mekanisma pemulihan tubuh badan secara semulajadi. Tubuh perlukan rangsangan secara konsisten & perlukan masa gak untuk bertindakbalas.
Mungkin ada yang tak baca posting saya sebelum ni tentang urutan melegakan batuk. Jadi saya tuliskan sekali lagi tip mengurut terutamanya untuk urut anak kecil
Tip Mengurut
Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.
Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).
Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
Perlu urut kedua-dua belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru-paru kanan & kiri)
Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
Sebaik-baiknya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
Point Untuk Redakan Selesema
Kalau anak dijangkiti selesema (terutamanya jika selesema berpanjangan), selalunya saya picit refleks point pada tapak tangan je. Tapi kalau selesema disertai hingus meleleh atau hidung tersumbat, saya memang wajib urut point² pada muka.
Point di Tapak Tangan
Picit refleks point “pituitari” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
point ni wajib picit kalau anak nampak lemah/selesema teruk sangat
Picit refleks point “sinus” pada setiap jari
Urut secara membulat pada refleks point “paru-paru” bagi melegakan kesukaran bernafas akibat selesema
Picit “meridian paru-paru” sepanjang ibu jari hingga pergelangan tangan. Boleh juga diurut secara memanjang ke bawah
Urut point D untuk meredakan selesema & tingkatkan sistem imun. Kedudukan point D – selepas bonggolan tulang pada pergelangan tangan & sedikit ke dalam.
Point Untuk Hentikan Hingus Meleleh
Baru 2 minggu Fydh sembuh dari demam selesema, Khamis lepas dia dijangkiti selesema lagi. Masuk je pasaraya, Fydh tiba² terbersin & hingus mula meleleh². Dah habis 2 paket tisu baru teringat nak buat urutan pada point kat muka😅 Tak lama lepas urut, hingus dah kurang mengalir. Lepas 2-3x urut (selang 10-15 minit) hingus dah berhenti mengalir walaupun Fydh masih selesema lagi. Untuk hentikan hingus meleleh, biasanya saya urut 2 point ni je
Point A
• Hujung mata (sebelah dalam) berdekatan pangkal hidung.
• Melegakan selesema & juga sakit kepala akibat selesema
Point B
• Tulang pipi pada sisi hidung (alae)
Point Untuk Redakan Hidung Tersumbat
Bulan lepas, saya kena serangan resdung yang teruk akibat alahan makanan. Mata jadi gatal, bersin nonstop & hidung lak jadi tersumbat sebelah. Kebetulan anak pun tak sihat masa tu, jadinya saya terlupa nak buat urutan untuk diri sendiri nak² asyik busy jer. Alhamdulillah kelmarin saya sempat buat urutan ni, hidung yang dah tersumbat lebih sebulan pun dah clear.. Tapi sebabkan lama sangat hidung tersumbat sebelum ni, lepas clear tu akan jadi sakit kepala beberapa jam. (sebab tu jangan biarkan hidung tersumbat lama². Heheh😆)
Fydh ni, bila hingus dah berhenti meleleh, dia jadi hidung tersumbat lak. Untuk tau hidung anak tersumbat atau tak, boleh gunakan teknik gunakan sudu besi (tengok post saya yang lama). Kalau sikit je wap keluar dari lubang hidung, mungkin saluran pernafasan separa jer tersumbat, tapi kalau langsung takde wap bermakna saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya & bahaya untuk anak kecil.
Urutan ni bukan setakat elok untuk hidung tersumbat tapi elok juga untuk clearkan rongga sinus/masalah resdung. Jika buat urutan ni pada anak, PASTIKAN ANAK MINUM AIR SECUKUPNYA SEMASA & SELEPAS BUAT URUTAN sebab masa urut tu, selalunya akan rasa mukus turun dalam saluran tekak & boleh menyebabkan gatal² tekak. Kalau mukus terlalu pekat, boleh juga menyebabkan rasa tak selesa & rasa nak muntah akibat lendiran melekat pada kerongkong (terutamanya anak kecil).
Point A
• Pada bahagian lengkungan mata, diantara tulang soket mata & tulang kening.
• Urut bahagian ni menghala ke luar & lurutkan sepanjang kening untuk clearkan sumbatan pada frontal sinus (salah satu punca hidung tersumbat)
Point B
• Tulang pipi pada pada sisi hidung (alae)
Point C
• Tulang pipi, selari dengan kedudukan anak mata.
• Urut bahagian ni untuk clearkan mukus pada bahagian maxillary sinus. (sumbatan pada rongga ini juga boleh menyebabkan hidung tersumbat)
Extra : Urutan Limfatik Pada Bahagian Muka
Boleh buat urutan limfatik ni untuk clearkan mukus pada rongga² sinus. Kalau anak ada masalah resdung tu, memang elok sangatlah buat urutan ni. Yang takde masalah resdung pun, saya galakkan gak buat urutan ni untuk lancarkan sistem limfatik pada bahagian muka
⚠ Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
Ketuat merupakan penyakit kulit dan ianya sering tumbuh di tapak tangan mahu pun di bahagian kaki. Umumnya kebanyakan daripada kita tidak ambil pusing bila ianya terjadi sehinggalah keadaan benjolan membesar dan menjadi semakin teruk.
Tahukah anda, sebenarnya ketuat ini boleh dirawat dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati daripada dapur kediaman kita. Hal ini telah dikongsikan oleh Hanis Samsuddin di fbnya dan diharapkan perkongsian ini akan memberi manfaat untuk semua. Jom semak cara-caranya.
Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Apakah punca ketuat?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Langkah Demi Langkah :
4. Ketuat yang tidak disapu vaseline..kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.