Perut berangin akan menyebabkan seseorang akan rasa tidak selesa dan masalah ini sering terjadi apabila seseorang wanita itu mengamalkan diet yang tidak sihat.
Sama ada makan terlebih atau kurang makan yang boleh menyebabkan udara memenuhi ruang sistem pencernaan dan sekali gus menyebabkan perut jadi kembung dan nampak buncit.
Bila ini terjadi, akan ada orang yang hampir dengan anda bertanya soalan sebegini: Mengandungke? Bila Nak Bersalin? dan macam-macam lagi soalan yang akan mengguris hati anda memandangkan fizikal tubuh sudah seperti wanita mengandung sedangkan anda bukannya hamil.
Oleh itu, cubalah amalkan petua memakan jamu untuk kempiskan perut buncit yang berangin ini. Resipi menghasilkan jamu ini dikongsi oleh Adam Batrisyia.
Bahan-bahan:
3 sudu halba- direndamkan dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
3cm halia muda- diparut
4 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Ads
Cara buat :
1. Halba ditumbuk sehingga hancur dan halus.
2. Kemudian dicampur halia,bawang putih dan akhir sekali masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.
3. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti maajun.
×××Jamu ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan letak satu bekas berpenutup. ×××Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Berterusan amalkan diminum dengan air suam.
Manfaat:
Ads
1. Badan akan ringan dan angin akan keluar.
2. Perut akan kempis.
Larangan
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan
EKSTRA TIP HALANG PERUT BUNCIT
1.Bersenam
Ads
Cubalah bersenam 30 hingga 60 minit seminggu dan lakukan aktiviti yang aktif. Elakkan minuman manis selepas bersenam!
2. Minum air secukupnya
Pastikan minum air putih secukupnya, tiada kuantiti air yang khusus untuk anda, tetapi mulakan dengan tujuh hingga lapan gelas air sehari. Adalah penting untuk sentiasa hidrat bagi mengelakkan perut menjadi kembung dan buncit.
3. Kurangkan tekanan
Apabila tertekan, perasan tak biasanya anda akan mencari makanan untuk menenangkan diri dan akhirnya menyebabkan perut buncit. Oleh itu kawal emosi anda agar sentiasa stabil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil. Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung.
Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukarkan pergerakan harian mereka.
Bengkak kaki akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Bagaimanapun jika bengkak ini berlarutan dan turut melibatkan seluruh tubuh badan maka ia perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang disebabkan penyakit lain.
Menurut Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetrik & Ginekologi seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazzete situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu.
Waktu ini, janin yang membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung).
Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki.
Perkara ini mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
Ya. Sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.
Apa yang membimbangkan, perkara ini boleh disebabkan oleh penyakit ‘pre-eclampsia’ atau tekanan darah tinggi semasa mengandung yang menyebabkan protein dikumuh keluar melalui air kencing.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh klinik-klinik kesihatan untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sekiranya simptom seperti sakit kepala, pedih di hulu hati, mata kabur dan muntah yang teruk berlaku, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Pada kebiasaannya minyak akan digunakan semasa mengurut bagi tujuan melicinkan dan mengelakkan daripada rasa sakit semasa proses urutan dilakukan.
Terdapat pelbagai jenis minyak yang biasanya digunakan di dalam keadah rawatan alternatif ini. Setiap minyak tersebut diperbuat daripada bahan-bahan tertentu melalui proses-proses yang berbeza.
Pun begitu, tidak semua tahu cara untuk menghasilkan minyak urutan ini dan biasanya kita hanya membeli sahaja apa yang ada dipasaran.
Namun, dengan adanya perkongsian daripada Mamak Haji ini, semoga memberi manfaat dan bertambah juga imu berkenaan cara untuk hasilkan minyak urut. Selamat mencuba.
“Sejak kebelakangan urat-urat kaki semakin sakit…mungkin dah berumur agaknya.Semalam buat sendiri, “minyak urut Ayurvedic” sendiri.
“Sangat berkesan untuk diri mamak haji..jadi rasa nak kongsi dengan sahabat resipi buat minyak urut ayurvedic ini…Ia mudah dan kurang belanja…cuma perlukan rempah-rempah…”-Mamak Haji
Resipi Minyak Urut Ayurvedic
bahan-bahan:
1 cawan minyak kelapa (minyak kelapa sawit pun Ok).
1 cawan minyak lenga ( minyak bijan).
1 cawan minyak mustard (minyak biji sawi) kalau tahan baunya kalau tidak guna “castor oil”.
1 sudu besar bunga cengkih.
2 batang kulit kayu manis.
2 sudu besar biji jemuju / omam/ carawan Ajawain seed.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
2 sudu besar biji halba.
1 sudu besar kapor barus.
1 sudu besar garam bukit.
1 sudu besar halia ditumbuk.
1 sudu besar bawang putih tumbuk.
3 helai daun salam / biryani/daun pokok kayu manis.
cara menyediakan:
1. Masukkan semua minyak-minyak dalam sebuah periok steel atau tanah liat. Panaskan minyak dengan api dapur sederhana. Bila minyak mula mendidih, kecilkan api dapur dan masukkan semua bahan-bahan tadi satu persatu.
2. Biarkan minyak itu panas selama sekurang-sekurangnya 1-2 jam..lebih lama lagi bagus…tapi mamak haji rasa dalam 1 jam sudah memadai.
3. Kalau anda inginkan warna kesukaan anda atau pewangi boleh ditambah. Bila sejuk masukkan dalam botol.
sumber: Mamak Haji
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain isu penyakit HFMD yang kini membimbangkan, ada pula beberapa kejadian anak-anak sekolah terpaksa pula dikuarentin akibat penyakit beguk. Jika dilihat seakan kerap pula terjadi sejak kebelakangan ini. Sebagai ibu bapa, kita bimbang juga tentang hal ini. Adakah beguk ini bahaya sehingga perlu diambil tindakan dikuarentinkan sebegitu?
Jika dilihat pada orang dulu-dulu pula, cukup sekadar menyapu nila di kawasan bengkak (beguk) sebagai penawarnya.
Untuk itu, ayuh kita fahami tentang penyakit beguk ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr. Khairul Faizie Muhammad Kamar di akaun fbnya.
1. Beguk di sapu nila.
2. Beguk tu thyroid ke?
3. Beguk boleh bengkak kiri & kanan ke?
4. Beguk tu sama ke dengan benguk?
Itulah 4 benda yg kerap masyarakat kita keliru.Utk perkara No.1 – 3, Insya Allah aku boleh terangkan dengan yakin, utk No.4, wallahualam..hahaha..Aku bukan pakar Bahasa Melayu.
Hari ini aku jumpa patient ada beguk.
Tak memeranjatkan, bertepek nila biru di leher & sebelah pipinya. Masyarakat kita dah sebati sangat dgn kepercayaan ini,dan nak ubah minda tu perlukan jihad ilmu, dan buang ego.
Beguk sapu nila?
Jawapannya tak payah. Membazir aja.Baik guna nila tu utk putihkan baju warna putih yg dah kepam. Kalau guna akal pun boleh agak, baju putih yg kepam di rendam air nila boleh putih berseri hasilnya, so bayangkan kesan yg mungkin ada kalau di sapu kat kulit muka?
Kepercayaan ini lahir aku rasa sebab society kaitkan beguk ialah thyroid ( tak percaya, cuba google beguk tiroid ). Aku ada sertakan bukti pada gambar dalam post ini. Dan bengkak kelenjar thyroid memang salah satu puncanya sebab kurang iodin. Iodin warnanya biru ke unguan. So penaakulan mantiknya ” nila macam iodin, so beguk boleh la di sapu nila, sebab beguk ialah thyroid”. Wallah!
So, memang tak perlu sapu apa apa ke?YA, tak payah. Kalau nak jugak, kau tuam kan beguk tu dgn kain suam, itu ada jugak faedah nya.
Beguk tu thyroid ke?
Beguk ni jadi bila kelenjar parotid bengkak sebab jangkitan virus atau bakteria. Kelenjar parotid ialah sebahagian dari sistem kelenjar air liur. Bila bengkak, kita panggil ACUTE PAROTITIS. Dipanggil juga Mumps.
Kelenjar thyroid pulak letaknya di kawasan leher,fungsinya utk hasilkan hormon thyroid. Kelenjar thyroid pun boleh membengkak. So, ingat ni, beguk dan thyroid ialah dua benda yg berbeza macam langit & bumi.
Tengok gambar dalam post ini utk faham basic anatomy kat mana parotid gland, kat mana thyroid gland.
Beguk tu boleh bengkak kiri & kanan ke?
Boleh!
Sebab kelenjar parotid ada kiri & kanan. In fact, 70% kes beguk bengkak kiri & kanan. Selalunya start bengkak sebelah dulu.
Apa simptom beguk?
Selain bengkak, boleh jugak demam, sakit kepala, sakit tekak.
Berapa lama bengkak beguk?
Selalunya antara 3 – 5 hari.
Apa rawatan beguk?
Kalau demam – makan ubat demam.
Kalau sakit -makan ubat tahan sakit.
Antibiotik kadangkala di beri.
Tuam dengan kain panas.
Rehat.
Minum air banyak banyak.
Macam mana nak elak beguk?
VACCINATION.
Tapi ingat, jangan pulak yakin 100% lepas vaksin tak boleh kena beguk. Boleh kena, cuma kebarangkalian tu amat tipis. Takde apa yg gerenti dalam dunia ni selain cukai & kematian.
Zaman World War II dulu berlaku outbreak beguk yg paling besar.Lepas tu wujud vaksin. Kes kes beguk di negara maju pasca- vaccination amat rendah.
Vaksin beguk di bagi masa baby dlm bentuk MMR vaccine ( Mumps, Measles, Rubella).
Kalau kita jumpa org ada beguk, elakkan direct contact. Ia merebak melalui air liur & cairan yg keluar dari hidung & mulut. So jangan bercium, kongsi cawan sudu. Org yg ada beguk boleh menjangkitkan pada org lain dalam tempoh 7 hari sejak kelenjar parotidnya bengkak.
Bahaya ke tak beguk ni?
Secara umumnya, tak bahaya, boleh sembuh dengan mudah. Hanya terdapat peratusan kecil risiko komplikasi seperti beguk kronik ( berulang kali kena), beguk yg bernanah. Yang itu takyah la risau. Yang penting kalau kena beguk, cari doktor dulu, bukan gi 7-11 beli nila.
Cuma ada beberapa komplikasi yg perlu di sebut di sini, yg agak biasa juga boleh jadi:
1- Orchitis
Iaitu jangkitan pada testis. Kalau budak lelaki yg dah baligh kena beguk, lebih kurang 25- 33% boleh kena orchitis. Bengkak testis ni terjadi selalunya dlm tempoh 7 ke 10 hari lepas sembuh beguk. Orchitis ni tidak meyebabkan kemandulan ya.Ini pun mitos yg biasa.
2- Meningitis /enchaphalitis
Iaitu jangkitan pada selaput otak. Kalau budak tak baligh kena,especially baby /toddler, ada risiko utk kena meningitis ni.
3- Risiko sekali ganda gugur.
Org pregnant kalau kena beguk, baby nya Insya Allah tak akan cacat ( kalau tak gugur), sebab so far takde evidence beguk boleh menyebabkan kecacatan bayi dlm kandungan. Tapi evidence menunjukkan risiko utk gugur tu tinggi.
So, kalau dah faham risiko komplikasi ni, ambil lah vaksin MMR tu. Kalau tak mau ambik juga, tak apa. Kita hormati hak masing masing. Takusah gaduh gaduh. Nak bertekak antara pro-vac VS anti vac ni sampai kiamat pun tak habis. Kalau sakit, sendiri mau ingat la kan. Hahaha.
sumber : Khairul Faizie Muhammad Kamar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di