Perlukah masalah sinus saya ini dibedah? Persoalan yang sering ditanya apabila menghadapi sinus sehingga menganggu rutin harian.
Ikuti penjelasan doktor ini mengenal permasalahan ini.
APA ITU SINUS
Masalah pada rongga sinus atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai sinusitis perlu melalui beberapa fasa rawatan.
Ini bermakna, tidak semua kes memerlukan pembedahan.
Selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor, doktor akan mulakan rawatan dengan kaedah yang paling sesuai untuk pesakit. Setiap pesakit tidak sama. Tak semua pesakit juga akan terus dibedah.
Ads
Ubat-ubatan adalah antara rawatan awal yang diberi kepada pesakit.
BILA PEMBEDAHAN DILAKUKAN?
Hanya ada beberapa tanda dan keadaan sahaja di mana pembedahan perlu dilakukan kepada pesakit yang mengalami masalah sinusitis :
Berlaku komplikasi akibat masalah sinusitis kepada pesakit. Ini termasuk jangkitan kawasan sekitar, mucocele dan sebagainya.
Ads
Komplikasi di bahagian otak. Anda perlu sedar bahawa jangkitan rongga sinus boleh juga merebak ke bahagian otak. Ini perlu kepada rawatan segera. Perhatikan jika ahli keluarga anda ada mengalami pening teramat samgat, gangguan penglihatan bersama gejala resdung.
Fungal sinusitis. Jangkitan sinus juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat atau fungus. ‘Fungal ball infection’ yang berlaku biasanya memerlukan rawatan pembedahan.
‘Suspected malignancy’. Ada kalanya doktor yang memeriksa mendapati struktur polyp atau masalah yang dialami pesakit perlu kepada pembedahan. Semasa pembedahan, sampel biopsi juga akan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit yang dialami.
Apabila ‘nasal polyp’ terlalu besar sehingga menutupi hampir keseluruhan rongga sinus dan juga hidung, tidak menunjukkan tanda-tanda positif walaupun sudah diberi ubat, pesakit mungkin perlu juga kepada pembedahan.
Ads
SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA ADA MASALAH INI.
Tuan-tuan dan dan puan-puan..
Sekiranya ada antara ahli keluarga anda mengalami gejala seperti hidung tersumbat, kerap hidung berair, ada kalanya keluar darah, kerap berat pada muka dan kepala, lakukanlah pemeriksaan. Anda akan dibantu.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan semua orang dipilih untuk menerima ujian dariNya. Untunglah mereka yang terpilih untuk diuji kerana itulah permulaan dalam melatih diri sama ada reda atau sebaliknya.
Demikian bagi pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek yang diuji dengan Kanser Limfoma, namun ia tidak pernah sedikit pun menghentikan kerja-kerja dakwah beliau. Sebaliknya Ustaz Hanafiah tetap tabah meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.
Baru-baru ini Ustaz Hanafiah berkongsi beberapa tip mengenai pemakanan buat pesakit kanser.
“Saya ada menyertai satu program untuk pesakit kanser bersama Dr Yasmin. Di dalam program tersebut dia menerangkan tentang rawatan kanser dan alhamdulillah dia banyak beri pendekatan berbeza berbanding doktor lain.
“Setiap pagi kena makan dan elakkan perut kosong. Kena makan buah dahulu kemudian barulah makan makanan lain. Dr Yasmin cakap, untuk elak kanser kena minum benda masam seperti lemon atau epal pada waktu pagi. Selain itu, bawang putih jangan dikisar kerana akan hilang khasiat. Ketuk dan masukkan dalam setiap masakan. Selain itu, serai, daun saderi juga bermanfaat.
“Bagi yang suka minum kopi, kena ambil minuman ini awal pagi kemudian baru makan. Jika kopi diambil selepas makan, segala khasiat akan hilang. Selepas makan, elok minum air putih yang diletak lemon. Nenas juga baik untuk mereka yang menghidap kanser yang membabitkan kanser tekak.
Kanser juga boleh berlaku pada kanak-kanak disebabkan oleh makanan segera seperti maggi, ramen dan sebagainya. Ada juga yang baru berumur 1 tahun 4 bulan sudah menghidap. Kanser banyak datang dari gula, jadi elakkan beri gula-gula pada anak-anak.
“Selain itu, nasi lemak bagus untuk kesihatan cuma tak digalakkan dengan sotong atau kerang, sebaliknya makan nasi kosong sahaja. Bgai yang suka makan nasi putih, sebaiknya selepas makan minum lemon segelas.
“Selain itu, galakkan minum air suam dan air mentah atau mineral water perlu di masak terlebih dahulu. Dr Yasmin cakap untuk pesakit kanser elakkan masak di dapur. Jika ada pasangan ada kanser tak perlu minta mereka masak, biarkan mereka berehat.
“Pastikan jaga makan, elak makanan mentah, sayur kena celur terlebih dahulu untuk membunuh kuman. Jika masak ikan jangan goreng terlalu deep fry. lebih baik direbus atau stim.
Hadiah tidak selalunya dibalut dengan pembungkus yang cantik. Adakalanya dibalut dengan kedukaan tetapi di dalamnya subhanaallah, penuh dengan cahaya keimanan. Ustaz Hanafiah menganggap penyakit tersebut sebagai ‘hadiah’ yang diberikan daripada Allah kepada beliau untuk disyukuri, bukan ditangisi.
“Alhamdulillah saya semakin sihat dan semangat untuk berdakwah dan teruskan kehidupan. Saya mahu betulkan dan didik anak-anak saya untuk jadi pendakwah.
“Saya sibukkan diri ke sana ke sini untuk membantu menaikkan semangat mereka yang melihat diri saya supaya jangan putus asa dan teruskan.
“Saya malu kalau diri mati dalam keadaan terbaring atas katil. Biarlah Allah pilih saya mati ketika berdakwah. Ini adalah pandangan saya mahu kongsikan dengan orang ramai.
“Sebenarnya paling utama untuk pesakit kanser adalah bersangka baik pada Allah. Dalam ceramah saya tekankan hal ini kerana Allah beri kanser, adakah Dia sedang beri saya satu tiket ke syurga? Tetapi nak jadi ahli syurga bukan sahaja kena sabar tapi syukur. Nak jadi ahli syurga kena banyak bersyukur ujarnya ketika membuat live dalam berkongsi tip dengan orang ramai.
Malah, beliau turut berkongsi beberapa tip agar mereka yang diuji sentiasa positif dan tidak berada dalam perasaan kecewa.
Syukur
“Inilah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur. Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah adalah Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.”
Jangan Stress
“Kalau tak nak stress, syukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatintya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasanya. Orang bersykur pula ‘they make Allah happy.’”
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
“Saat ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit kerana banyak komitmen. Memang doktor tak bagi tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.”
Never Give-up! Allah kan Ada
Merupakan buah tangan Ustaz Hanafiah buat dirinya sendiri juga mereka yang sedang diuji. Pesannya lagi, jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati.
Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.
Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, boleh layari facebook Ustaz Hanafi atau klik
Sejak kecil lagi kita selalu dimomokkan kesan biji cili atau biji jambu sebagai penyebab apendiks. Dek kerana itu menyebabkan ada yang takut makan pedas, bimbang kesannya pada kesihatan.
Pun begitu, sebenarnya betulkah atau sekadar mitos sahaja?
Mengetahui jawpan yang lebih tepat, jom kita baca perkongsian daripada seorang doktor ini diakaun facebook. Menurut Dr Zubaidi, “Sebenarnya tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Mungkin ia hanya petua masyarakat terdahulu yang melarang pengambilan cili dan jambu batu kerana boleh menyebabkan sakit perut. Namun dari sudut perubatan ia tidak dapat dibuktikan.”
Untuk lebih detail lagi jom baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.
BENARKAH BIJI CILI BOLEH JADI PUNCA APENDIKS?
Kita sering dimomokkan dengan kata-kata jangan makan cili atau biji jambu batu kerana boleh menyebabkan apendiks. Larangan ini sering bermain dalam fikiran sehingga wujud rasa takut setiap kali ingin mengambil makanan pedas.
Sebenarnya tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Mungkin ia hanya petua masyarakat terdahulu yang melarang pengambilan cili dan jambu batu kerana boleh menyebabkan sakit perut. Namun dari sudut perubatan ia tidak dapat dibuktikan. Malah sesiapa saja berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan.
Hakikatnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Selepas hancur sepenuhnya, barulah ia akan masuk ke usus untuk proses pembuangan najis.
Radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu keadaan di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat. Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Walaupun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.
Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan? Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku.
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun. Jadi, jangan sesekali beranggapan bahawa orang yang masih mudah tidak boleh mengalaminya.
Untuk merawatnya, doktor hanya akan beri pesakit antibitiotik untuk melegakannya. Jika masih tidak pulih, cara terbaik untuk menghilangkannya adalah melalui pembedahan membuang pundi apendiks (apendektomi).
Sekiranya kita telah terkena radang apendiks, cara yang terbaik untuk menghilangkan kesakitan yang dialami adalah dengan melakukan pembedahan apendiks kerana ia juga adalah satu-satunya teknik yang telah diperakui oleh kebanyakan pakar kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, pembedahan ini turut dikenali sebagai appendectomy. Caranya, doktor boleh melakukannya dengan dua cara iaitu pembedahan membelah perut secara terbuka dan laparoskopi (membelah perut dengan ukuran yang kecil dan memasukkan kamera untuk melihat ke dalam). Namun, ia bergantung kepada saiz tumor pada bahagian apendiks itu sendiri. Sekiranya ia terlalu besar, pembedahan major terpaksa dilakukan dalam usaha untuk membuangnya.
Kesimpulannya, punca sebenar radang apendiks ini adalah penyumbatan di dalam saluran apendiks seperti yang dinyatakan. Walaupun begitu, pemakanan tidak boleh dianggap sebagai antara punca utamanya kerana masih tidak ada kajian kukuh yang mengatakan sedemikian
Daun kaduk, sekali pandang seakan-akan daun sireh. Pun begitu ramai juga sedia maklum keenakan rasa daun kaduk bila dibuat ulam. Malah jika mereka yang sering melancong ke Thailand, menu pembuka selera berasaskan daun kaduk atau dikenali sebagai Miang Kham pasti akan dimakan dan rugi kiranya jika tidak dijamah.
Pun begitu daun kaduk selain enak dimakan, hakikatnya mengandungi banyak khasiatnya dan petua lama juga ada menggunakan daun kaduk ini untuk tujuan perawatan dan penjagaan kesihatan.
Nak tahu detail, jom semak perkongsian daripada Aisyah Badar Bajrai ini.
Kenal tak daun apa ni. Ni bukan daun sireh tau. Korang jangan tersalah pulak. Ni la nama nya daun kaduk.
Siapa yang suka makan makanan Thailand miang kham mesti kenal daun kaduk ni kan. Daun kaduk ni bukan setakat sedap, tapi dia boleh turunkan kolestrol juga tau.
Jangan main-main dengan kolestrol tau. Ramai ingat kolestrol ni penyakit biasa tapi sebenarnya kolestrol ni salah satu penyakit yang boleh bagi kesan serious.
Kolestrol yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah jantung,dan stroke. Sebab tu kita kena cegah dan jaga sebelum dia jadi lagi serious.
Petua kolestrol ni Aisyah belajar dari isteri sepupu Aisyah. Dia cerita masa dia konsisten minum air daun kaduk, bacaan kolestrol dia terus cun. Dia cuma konsisten minum air daun kaduk ni jek.
Ok jom tengok cara buat dia;
– 7 helai daun kaduk
– 500 ml air masak
– gula batu sikit kalau nak manis (agak-agak)
Caranya;
Didihkan air masak tadi dengan gula batu. Pastu masukkan daun kaduk dan tutup api. Minum masa suam. Amalkan minum sampai kolestrol turun.
Daun kaduk ni bukan setakat untuk kolestrol jek, tapi dia ada memacam khasiat juga;
– melegakan batuk dan kahak
– merawat sembelit
– sakit gigi
– demam malaria
– lemah dan sakit tulang
– melawaskan kencing
– melegakan selesema
– panau, bisul, kuku kena cagu ( tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepastu sapu kat kawasan yang ada panau)
– bagus untuk masalah usus yang nipis
– bagus untuk penghadaman
– hilangkan senak perut
– keluarkan angin dalam perut
– mengurangkan keputihan
Kalau korang tak suka minum air rendam gini, nak makan ulam boleh, nak buat kerabu pun boleh. Janji makan
sumber : Aisyah Badar Bajrai via Sihat Cara Bajet (Tips & Petua Sihat Cantik)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.