Apa sebanarnya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dalam rumahtangga ya?

Walau apa jawapannya, apa yang pasti terlalu banyak perkara yang difikirkan dan perlu diuruskan oleh suami mahu pun isteri saban hari.

Ini didetailkan lagi melalui perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, semoga bermanfaat.

Tahu, kan? Isteri kamu penat. Setiap hari fikirannya tertumpu untuk keselesaan suami dan anak-anak. Setiap perincian, walau sekecil mana pun dia akan fikir.

Masing-masing Ada Peranan. Tak Ada Istilah Ini Kerja Kau, Ini Kerja Aku!

Pasal makan, dia fasih makanan apa yang suami suka, apa yang anak-anak suka. Jika ada bercanggah kemahuan, dua-dua pun dia masak. Tak apa penat sikit, asalkan semua makan berselera. Di sebalik itu semua, kemahuan dirinya sendiri tak tertunai, kerana makanan yang dia suka, suami dan anak-anak tak suka.

Cuba buka almari dan lihat. Semua baju dia dah susun elok. Ikut jenis. Ikut kegunaan. Ikut pasangan pakaian yang sesuai. Baju suami digosok rapi. Panas atau hujan, jarang baju kerja tak tergantung elok bergosok dalam almari di pagi hari. Baju sekolah anak-anak bersih, walaupun setiap kali pulang sekolah comotnya bukan main. Kalau koyak, dia baiki.

Masing-masing Ada Peranan. Tak Ada Istilah Ini Kerja Kau, Ini Kerja Aku!

IKLAN

Tandas— Bersih. Shampu untuk rambut. Sabun cecair untuk basuh tangan. Sabun cecair untuk badan. Sabun bau badan untuk ketiak. Pencuci mangkuk tandas. Sabun muka. Ubat gigi. Dapur—bersih. Sabun cuci baju. Peluntur. Pewangi. Sabun cuci pinggan. Pencuci untuk lantai. Semua benda ni, siapa uruskan? Siapa periksa habis atau tidak? Siapa lagi kalau bukan isteri.

Alat-alat penjagaan diri dan kesihatan, isteri juga yang uruskan. Dia beli termometer, nasal aspirator, nasal irrigator, minyak panas, ubat demam, plaster luka, bandage, pengetip kuku, sikat, dental floss, pencuci luka dan ubat-ubatan. Dia simpan teratur. Anak-anak tak sihat, mesti dia perasan dahulu.

Sekali pun ada pembantu rumah, siapa yang ambil tahu semua perkara ni? Isteri juga. Balik kerja, dia periksa sendiri semua perkara ini. Paling tidak dia tanya pada pembantu rumah. Dia pesan pembantu rumah itu dan ini agar semuanya elok.

Banyak yang perlu difikir dan dikerjakan oleh si isteri. Jadi tak usahlah jadi suami yang terlalu cerewet. Hargai semua benda-benda kecil yang isteri fikir dan lakukan untuk suami dan anak-anak. Uruskan rumah bukan mudah. Kalau ada yang baik, maka puji. Kalau tak baik, diam-diam dahulu. Kalau nak tegur, pastikan anak-anak tak dengar. Apatah lagi orang lain.

Ohya!

IKLAN

Suami kamu pun penat. Pagi, bangun tidur , walaupun lebih lambat dari isteri, perkara pertama dalam fikiran dia adalah kemandirian keluarga.

Bil air dah bayar? Bil eletrik? Ansuran rumah, ansuran kereta, bil pembentungan, bil internet, bil telefon, cukai pintu, dan sebagainya ni, dah bayar? Gaji pembantu rumah? Kalau tak bayar semua utiliti ini, maka terganggulah urusan harian. Bayangkan tak ada eletrik, tak ada air, pembentungan tak dibersihkan. Serabut kepala.

Kereta, ada minyak tak? Air radiator dan wiper cukup ke? Minyak stereng, minyak enjin, minyak kotak gear, minyak brek semua masih ada? Alignment dan balancing roda dah dibuat? Tekanan angin tanya optimum tak? Insuran kereta dan cukai jalan dah bayar? Kereta isteri sekali dia selalu periksa. Suami fikir benda-benda ni untuk keselamatan keluarga.

Masing-masing Ada Peranan. Tak Ada Istilah Ini Kerja Kau, Ini Kerja Aku!

Dia kerja hari-hari, fikir pasal perancangan kewangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Simpanan KWSP untuk simpanan masa tua. Simpanan kecemasan. Caruman PERKESO untuk perlindungan di tempat kerja. Insuran/takaful kesihatan dan nyawa isteri dan anak-anak. Duit simpanan untuk anak-anak belajar. Kena rancang baik-baik.

IKLAN

Lelaki, nampak sahaja macam dia tak kisah pasal keluarga, balik kerja dia suka-suka baring depan televisyen, meminta air itu, makanan ini, minta nak keluar jumpa kawan. Sebenarnya suami kisah pasal kebajikan dan keselamatan keluarga. Cuma fitrah lelaki tidak suka tunjukkan keprihatinan.

Masing-masing Ada Peranan. Tak Ada Istilah Ini Kerja Kau, Ini Kerja Aku!

Banyak perkara yang difikirkan dan diuruskan oleh suami. Jadi tak usahlah sambut suami pulang kerja dengan leteran. Lagi-lagi depan anak-anak. Tak elok aibkan suami depan anak-anak. Jika nak tegur, elakkan biarlah ketika tiada orang lain dan ketika suami dalam mood yang baik. Lelaki ni egonya tinggi, kalau di aibkan, memang dia akan melenting.

Dalam institusi keluarga, masing-masing ada peranan dan tak ada istilah ini kerja kau, ini kerja aku. Isteri kena buat kerja suami, dan suami kena buat kerja isteri. Barulah sama-sama memahami kepayahan perkara-perkara yang diuruskan oleh pasangan masing-masing. Ajar juga anak-anak ambil tahu tentang hal-hal pengurusan rumah dan pengurusan kewangan.

Akhir sekali, jangan pernah membanding pasangan kita dengan pasangan keluarga lain. Ia sesuatu yang sangat menyinggung pasangan. Setiap keluarga ada kekuatan dan kelemahan sendiri.

Jika ada kelemahan, sama-sama baiki. Jika ada kekuatan, sama-sama suburkan.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI