Perkongsian pengalaman dari seorang wanita ini yang telah amalkan masker yang dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur, siapa sangka cukup mengujakan kesan yang dilihat pada kulit wajahnya.
Tak sabar nak tahu rahsianya, jom baca perkongsian tersebut.
Kenapa baru sekarang aku jumpa masker ni..sumpah best gila weh.
Mana tidaknya,lepas pakai masker ni,parut jerawat pudar,jerawat kecut,muka cerah,putih la senang cakap.Bila sentuh pipi,ya allah lembutnya,macam sentuh pipi baby.
Sebelum ni,aku ada terlihat ,sorang budak perempuan berkongsi petua untuk pudarkan parut jerawat dia,aku lihat hasil dari petua dia kongsi tu,boleh tahan juga la,dari muka berparut sampai hilang terus parut dia,licin weh…..
Dalam hati aku cakap,boleh cuba ni,sebab muka aku pun,ada la sikit parut jerawat,mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.
Dalam post budak tu,dia guna bedak sejuk,tapi kat rumah aku ni ,mana da bedak sejuk,lain la masa aku tinggal dengan mak aku dulu,boleh la ambik yg dia.
Ads
Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik,sapa tak nak cantik,nak raya ni weh,aku hentam tepung pulut je,bedak sejuk pun dari beras juga,cuma cara penghasilan tu lain dari bedak sejuk..
Bahan-bahan
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Cara-caranya
Ads
1.Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air,buang biji dia tu,kemudian masukkan tepung pulut,kacau,kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut
Ads
2.Kalau pekat sangat tambah air.
3. Lepas tu,boleh la sapu dekat muka,sebelum pakai baca bismillah dulu,ketika sapu tu,selawatlah ke atas nabi muhammad s.a.w tiga kali,pahala pun dapat,cantik pun dapat.
4.Bila dah kering,boleh cuci muka,boleh lah anda rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Sumber :Rubiey Redzuan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun banyak cabaran yang melanda dirinya, namun Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Binti Awang Astillah terus bangkit untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Wanita hebat ini tidak mahu tewas dalam ‘peperangan’ dalam hidup dan kini terus kuat dengan sokongan dari indan-insan yang menghargai dan menyayanginya.
Bukan mudah untuk membesarkan dua orang cahaya mata yang sedang membesar sendiri namun Bella kini membuktikan dirinya mampu dan terus mengorak langkah dalma kerjaya seninya.
Ibu kepada Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini kini semakin rancak dengan pelbagai tawaran lakonan, nyanyian serta banyak diberikan kepercayaan untuk mewakili jenama-jenam terkenal. Bercerita tentang kehidupannya sekarang, menurut Bella yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome, dia bersyukur dengan kehadiran banyak insan baik yang banyak membantu untuk menjaga Ayden dan Ara.
Ayden & Ara Penyeri Hidup Bella
Ketika ditanyakan tentang perwatakan anak sulungnya, Bella memberitahu Ayden seorang anak yang mudah dijaga dan sangat bertanggungjawab. Ada masanya Ayden yang banyak mengingatkan dirinya tentang sesuatu perkara. Ayden juga anak yang mudah kasihankan orang lain serta penyabar dan sangat menyayangi orang lain. Turut mengakui anak sulungnya seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis.
“Ayden ni anak yang yang tak perlu dirusuh-suruh. Dia tahu apa yang perlu dia buat, bila perlu buat kerja sekolah atau tidur tanpa perlu Bella tanya-tanya. Bella tak pernah susah nak kejutkan dia bangun pagi untuk ke sekolah, tak pernah rasa terbeban.
Bella rasa Ayden tak nak susahkan Bella, kadang-kadang tu Bella rasa macam dia dah besar sangat. Kadang-kadang kalau Bella sibuk bekerja, nak baca skrip atau buat posting waktu malam, dia yang akan datang untuk ingatkan Bella dah sampai masa untuk tidur.”
Wanita kelahiran Sandakan, Sabah, ini juga turut melahirkan rasa syukur kerana tidak pernah merasa susah untuk menjaga anak-anaknya sendiri kerana Ayden dan Ara sangat pandai membawa diri.
Dia juga tidak menafikan, anak sulungnya itu kini umpama penjaga buat dirinya dan Ara. Tambah Bella lagi, dia bukanlah ibu yang garang tetapi cuba untuk menjadi tegas supaya kedua-dua anaknya akan lebih berdisiplin dan mendengar kata.
Bercerita tentang anak keduanya, Ara, dia seorang yang kuat merajuk. Selain itu, sebagai anak kedua Ara juga sering menyakat abangnya. Apabila bercerita tentang perangai mereka berdua jika dibawa berjalan, anak-anaknya banyak perangai.
“Bella nak kongsikan bila mana Bella bawa mereka keluar, mereka cerewet. Ada saja perangai, tapi kalau keluar bertiga hanya Bella, Ayden dan Ara, they will listen to me. Sangat behave dan tak susah. Mungkin sebab mereka manja dengan datuk dan nenek kan, jadi macam-macam perangai.
Bella selalu bawa mereka berjalan luar negara, hanya bertiga saja memang tak ada masalah. Sebab tu Bella percaya mereka ni faham dan tak nak susahkan Mummy mereka. Jadi Bella anggap itu satu achievement.”
Mama Penguat Semangat Bella
Sempat bertanya tentang burn out kepada ibu cantik ini, Bella memberitahu dia pernah mengalami situasi begitu tetapi tidak teruk. Untuk mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi, Bella akan menangis dan keluar bersama ibunya.
“Bella akan menangis dan keluar dengan Mama. Bila bersama Mama tu, Bella akan luahkan semua apa yang Bella rasakan tapi Bella sebenarnya orang sangat mudah. Bila dah berkongsi perasaan dengan Mama, Bella akan move on.”
Mengambil kekuatan semangat dari ibunya, Bella memberita yang dia sudah melihat kesusahan wanita cekal itu sejak masih kecil. Tambah Bella, kehadiran ibu memberi impak yang besar dalam kehidupannya.
“Kenapa Bella sabar, kuat. Semuanya sebab Mama. Dari kecil tengok Mama kerja kuat dan boleh buat semua benda sendiri sebab waktu tu Ayah bekerja di Kuala Lumpur. Jadi Bella nampak kesusahan dia, tanpa harapkan bantuan orang lain. Selagi mana dia mampu, dia akan buat sendiri.
Bila tengok Mama susah dan kuta macam tu dulu, Bella rasa itulah yang membentuk diri Bella hari ini. Orang kata kalau nak anak-anak baik, kita sendiri kena jadi contoh yang baik. Jadi, itulah yang Bella belajar dari Mama. Bella nak jadi macam dia.”
Jatuh Air Mata Seorang Ibu
Ketika melihat video throwback yang Pa&Ma sediakan untuk dirinya, Bella tidak dapat menahan air mata dari jatuh berguguran. Betapa dia tersentuh melihat bagaimana begitu cepat masa berlalu dan anak-anaknya kini semakin membesar. Mengakui tidak mudah untuk melalui kehidupan baharu terutama untuk Ayden dan Ara yang masih kecil, namun dirinya perlu kuat untuk memastikan yang terbaik buat anak-anak.
“Baru-baru ni Ayden ada hari sukan sekolah, dia mungkin lihat orang lain bersama parents mereka tapi berbalik kepada apa yang bella katakan, syukur Bella masih ada Mama dan Ayah. Jadi kalau Bella hadir ke majlis sekolah, Bella pastikan bawa Ayah. Jadi Ayden masih ada figura seorang yang akan bersama-sama dengannya.”
“Jadi dia takkan rasa ‘kosong’ dan Ayden pun dah biasa dengan Bella. Mana-mana pun akan bawa dia. Pergi meniaga laksa ke, shooting ke, recording ke, memang akan bawa dia. Alhamdulillah, bila dia memang rapat dengan Bella jadi Ayden tak terlalu rasa perbezaan itu.”
Mengakui dirinya manusia biasa yang ada buat kesilapan tetapi Bella merasakan semua ibu adalah insan hebat. Semua ibu ada banyak tanggungjawab untuk membesarkan serta mendidik anak-anak.
“Bella ada peluang merasai semua pengalaman sebagai ibu, biarpun tak sempurna tapi Bella cuba yang terbaik untuk anak-anak. Untuk Ayden dan Ara, Mommy doakan supaya membesar jadi insan yang baik, hormatkan orang tua dan percayalah kena belajar rajin-rajin, ilmu tak pernah habis.
Fokus pada benda-benda penting dan selalu ada dengan Mommy. Mommy doakan kita terus bahagia dan dipermudahkan segala urusan dan terus sayangkan Mommy macam mana Mommy sayangkan Ayden dan Ara.”
Jom tonton video Bella di sini;
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Baru-baru ini tular seorang pelajar yang gigih memanjat pokok kerana mahu mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan dalam talian. Kesungguhan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, dalam menuntut ilmu mendapat perhatian Yayasan Nur Jauhar.
Yayasan itu pada hari ini memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar di Istana Negeri, di sini.
Turut hadir, Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Taufiq berkata pihak pengurusan UMS telah bersetuju menyediakan biasiswa sekiranya Veveonah ditawarkan melanjutkan pengajian dalam program ijazah sarjana muda di universiti berkenaan.
“Kita harap beliau akan mengharungi cabaran menuntut ilmu dengan baik dan semoga dia cemerlang dalam akademik sekali gus mendapat pekerjaan baik kelak,” katanya.
Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, tular di media sosial apabila video yang menceritakan pengalamannya memanjat pokok di kampungnya demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat tontonan ramai serta reaksi positif warganet.
Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengumumkan rancangan untuk membina menara telekomunikasi di Kg Bilangau Kecil, Pitas untuk menambah baik liputan internet di kawasan sekitar selepas tersiarnya video berkenaan.
Sementara itu, Veveonah, 19, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan itu yang disifatkannya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Mengenai video pengalaman menjawab peperiksaan di atas pokok seperti dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Veveonah berkata, dia sendiri tidak menyangka video itu akan tular, namun, dia merasa gembira dan berterima kasih atas perhatian pihak berkaitan yang mengambil tindakan susulan menyediakan kemudahan internet di kampungnya.
“Pertama sekali saya buat video itu hanya sekadar suka-suka selain ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya menjawab peperiksaan dalam talian. Saya berterima kasih sekiranya ada pihak mengambil tindakan untuk kemajuan di kampung saya dengan membina menara telekomunikasi dan ini adalah harapan saya kerana internet sangat penting pada masa sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Veveonah yang bercita-cita menjadi seorang guru atau pensyarah itu menjadikan ibu dan bapanya, yang bekerja sebagai petani sebagai pendorong untuk terus berjaya, selain berharap bidang pendidikan akan mengubah kehidupannya bersama keluarga.
Selain Veveonah, Yayasan Nur Jauhar turut menyampaikan sumbangan kepada seorang lagi pelajar Sabah yang menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu Mohd Hainif Alimanja.
Banjir yang teruk melanda Selangor selepas hujan yang turun tak henti henti menyebabkan beberapa kawasan lumpuh ekoran bencana alam tersebut. Berita tersebut dimuat naik menerusi media sosial oleh orang ramai bersama gambar dan video yang cukup menyayat hati.
Ada yang terperangkap di dalam rumah tak kurang yang terpaksa bermalam di bumbung kediaman akibat tersekat. Harta benda musnah sekelip mata.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi selebriti pertama yang turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Dalam satu perkongsian Di laman Instagramnya, ibu kepada sepasang cahaya mata ini meluahkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti kelihatan sebak tatkala mengharungi kawasan terjejas ketika dalam misi menghantar bantuan.
Pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menerusi perkongsian tersebut dilihat turun padang bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di kawasan Shah Alam.
Ya Allah… Saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini Ya Allah.
Tokti juga turut berkongsi ketika dia berada di sebuah gedung pasar raya bagi mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan.
Kita cuba sebaiknya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir. Saya tengok ramai juga insan-insan serta badan yang prihatin. Kami semua sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir. Semoga Allah permudahkan.
“Terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera.
“Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam.