Siapa yang tak rambang mata bila masuk ke kedai RM2. Mak-mak ternyata tewas, sama juga seperti anak-anak kecil kita.
Kalau boleh semua anak mahu angkut dan beli barangan dan mainan kesukaan mereka. Mak ayah jangan tersilap langkah. Apa kata latih anak mengawal keinginan dan disiplinkan diri mereka dengan membeli satu barangan sahaja.
Cuba tip yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini untuk anak-anak kita.
Tadi semasa di kedai RM2 nampak beberapa kanak kanak dengan troli yang penuh dengan pelbagai mainan & jajan. Ada yang tantrum marah bila keinginan tidak dipenuhi.
Ibu bapa boleh cuba tips berikut dengan mengajar anak untuk masuk kedai RM2 dan memilih hanya SATU barang sahaja.
Ini dapat membantu mereka untuk mengawal keinginan mereka. Dalam situasi di mana terdapat banyak pilihan, mereka perlu berfikir dengan lebih teliti tentang apa yang mereka benar-benar inginkan atau perlukan.
Mereka akan mula belajar tentang prioriti dan bagaimana membuat keputusan berdasarkan keperluan berbanding keinginan.
Dengan menghadkan pembelian kepada satu barang, anak-anak akan memahami bahawa wang bukanlah sumber yang tidak terbatas. RM 2 juga adalah duit, untuk dapat duit perlu berusaha dan bekerja!
Ini juga membantu mereka menghargai nilai barang dan satu cara yang sangat baik untuk mendidik mereka tentang pengurusan wang, mengambil keputusan secara bijak, dan menghargai apa yang mereka miliki.
Untuk ibu bapa, jika anak berjaya memilih satu barang, puji mereka atas keputusan mereka. Ini akan menguatkan keyakinan mereka dalam membuat keputusan sendiri.
Buatkan aktiviti ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan tidak membebankan.
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my