Malang tidak berbau, begitulah musibah yang menimpa ibu anak dua ini atau mesra membahasakan dirinya Ida apabila telah berlaku kemalangan saat menunaikan solat berjemaah dengan suami. Tanpa diduga matanya tercedera akibat terkena chopstick yang dirampas oleh anak sulungnya daripada adiknya.
Menurut Ida, Awal² kena..Naielah berlari gi nangis kat bucu dinding sebab rasa bersalah, sebenarnya kakak nak solat jemaah dengan umi abi tapi adik gi kacau, kakak pun nak rampas la chopstick tu dari adik tapi nak dijadikan asbab Allah nak angkat dosa umi yang banyak ni, tercucuk lak mata umi yang mase tu umi otw nak sujud, hari first solat berjemaah di rumah asbab masjid tutup..umi tak marah dia cume umi gelepor macam cacing kepanasan mase tu sebab sakit sangat² hanya Allah yang tahu.
Suami ingat ida kerasukan mulanya sebab tengah solat tetibe je menggelupur, adehh sabo je lah. Terus pecut gi emergency settle cek mata apa semua, alhamdulillah nak dijadikan asbab jugak dapat tahu punca migrain teruk selama ni rupanya berpunca dari mata belah kanan yang dah rabun teruk, selama ni tak pernah perasan sebab bergantung pada mata kiri dapat lihat elok dan rasa takde something wrong, tapi disebabkan cederanya mata kiri dan bila terpaksa tutup sebelah mata, baru perasan mata kanan yang celik tu memang tak nampak apa satu pun, nampak blur je semua, buat ujian mata dan memang sah mata kanan dah rabun teruk, perbezaan pada anak mata, doktor kata kelabuso bila dah jadi gini, bergantung pada suami je pimpin tangan nak berjalan nak gi bilik air, seolah ‘buta’ sementara.
Tapi kalau tengok hp dan baca quran tu boleh la sebab jarak dekat, jarak semeter dah x nampak apa². so lepas dah sembuh elok mata kiri ni nanti ada appoinment cek power mata dan plan rawatan selanjutnya.
MasyaAllah 2 hari tak lena tido malam sebab berdenyut, bergantung pada pain killer je
alhamdulillah hari ni dah okay sikit, apa pun terima kasih sangat² atas setiap doa yang dititipkan, tak terbalas satu².
Ads
Perkongsian ibu anak dua ini mendapat pelbagai maklumbalas daripada warganet. Tidak hanya mendoakan agar cepat sembuh malah ada juga yang memberi tanggapan yang pelbagai. Menjelas keadaan, sekali lagi berkongsi info di akaun fb miliknya.
Di sini ida nak buat beberapa penjelasan kesalahfahaman yang berbangkit.
1.Kami tak makan guna chopstick, tiap kali sebelum solat kami akan pastikan takde benda² yang membahayakan, tapi dah namanya budak entah dari mana la dia jumpe chopstick tu, kadang kita dah berikhtiar dan berhati² tapi itulah dikatakan ‘malang tak berbau’
Ads
2.Kami bukan jenis parents yang lantak je apa anak nak main, lepas kena tu abi pesan elok² la tak boleh main benda² camtu, suh diorang tengok apa dah jadi kat mata umi, diorang pun rasa bersalah sampai menangis, anak yang mudah terima nasihat teguran bukannya ‘anak derhaka’ seperti yang netizen kecam. Lagipun masing² baru umur 4tahun dengan 2tahun, apa sangatlah yang diorang tahu selain main, tak kan lah kena macam tu nak rotan nak tengking anak lebih² pulak kan, kena muhasabah salah sendiri la pulak mungkin asbab Allah nak hapus dosa.
3.Panggil anak bijak bukan sebab tindakan diorang, tapi ia adalah satu doa, senakal mana anak kita dan semarah mana pun kita dengan kelakuan diorang, panggillah dengan panggilan yang baik² moga² besar kelak menjadi insan yang berguna
Ads
4.update gambar terbaru, ida okay saja takde apa yang serius pun, mata dah beransur terang alhamdulillah. tapi tak boleh pandang ke tepi, ngeri
Pesan orang dulu-dulu hidup ini biar tak kaya harta tapi kaya budi bahasa. Betapa berbudi bahasa dan beradab itu begitu memberi makna dan tidak boleh dijual beli. Ia sesuatu yang sangat luhur dan terbit daripada hati sanubari seseorang.
Hal ini juga sebagaimana diingatkan oleh Dr Taufik Razif agar kita sebagai ibu ayah perlu mendidik anak lelaki mahu pun anak perempuan agar tahu cara menghormati dan beradab dengan orang tua.
Adab adalah sesuatu yang cukup bernilai dalam hidup seseorang. Lantaran itu, walau setinggi mana pun jawatan yang disandang, sekaya mana pun harta yang dikumpul, jangan pernah bersikap biadap dengan orang tua.
Agar Anak Tahu Beradab
Tolong ajar anak anak supaya tak jadi biadap dengan orang tua.
– Bagitahu anak kita akhlak lebih utama daripada kekayaan harta.
Kekayaan harta tanpa akhlak umpama manusia tanpa hati. Kelihatan gah di luar tetapi dalamnya kosong dan hina.
– Bagitahu anak kita bahawa belajar akhlak itu lebih utama daripada belajar ilmu
Ilmuan dahulukala akan mengajarkan anak anak adab dan akhlak sebelum mengajarkan anak mereka ilmu dan abjad kerana mereka tahu anak anak yang kaya ilmu boleh jadi anak yang biadap bila miskin akhlak
– Bagitahu anak kita bahawa menghormati orang tua adalah tanda kemuliaan jiwa
Mulianya seorang manusia bukan pada harta dan pangkatnya tetapi ianya berada pada sejauh mana kita mampu menghormati sesama kita
“Ya Allah. Jauhkan anak anak kami daripada menjadi biadap dan tak berakhlak dengan orang yang lebih tua daripada mereka”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Terbayang rasanya yang rangup dan rapuh memang sedap sangat. Sebenarnya nak buat resipi ini bukanlah susah mana pun. Tak perlu pakai mixer, gaul guna spatula pun dan menjadi.
Banyak barangan menarik di SINI Terima Kasih yang share Resepi Cookies ni..
Menjadi Sedap Tak berapa Manis
Terbaik
Resepi tengah Viral
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”
Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.
RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS 1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
ya
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Belian barangan murah di SINI 3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam. 4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang. 5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Belian barangan murah di SINI SIAP! Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!
Andai ada kesalahan yang anak-anak kita lakukan, acap kali juga kita akan mudah marah-marah hingga keterlaluan. Alasan kita biasanya untuk mendidik, apa yang kita buat ke atas mereka, kita rasakan betul dan wajar.
Namun, sekali sekala kita juga sering terlupa bahawa apa yang telah kita lakukan itu tiada kewajarannya dan akhirnya akan timbul rasa sesal di dalam diri. Perasaan yang sama juga telah dirasai oleh seorang ayah ini dan ini kisahnya dikongsikan agar turut memberi manfaat dan panduan untuk ibu ayah yang lainnya dalam mendidik anak-anak.
Ada orang tanya saya, bagaimana cara terbaik untuk mendidik anak. Saya tidak layak menjawab soalan begitu. Yang saya boleh katakan, saya bukanlah bapa yang baik, yang boleh dijadikan contoh kepada yang lain.
Ada satu peristiwa yang benar-benar sehingga kini mengganggu diri saya. Setiap kali dikenang, saya tidak malu katakan bahawa saya menangis. Pernah juga saya teresak-esak tidak dapat menahan betapa sesalnya saya berbuat perkara tidak baik dalam mendidik anak saya, Safiyyah. Apalah beban yang perlu ditanggung pada usianya yang hanya berumur empat tahun ketika itu.
Ceritanya begini.
Sejak Safiyyah mempunyai adik, dapat dilihat bahawa dia banyak cemburu. Safiyyah ini sejak lahir tidak pernah meragam besar, hanya kecil-kecil sahaja ragamnya seperti mahukan susu, mahu tidur dan mahu berjalan di luar rumah. Budaknya diam, tidak banyak bercakap. Melainkan apabila diacah oleh kami dan saudara mara.
Di dalam rumah kami, Safiyyah mempunyai motor beroda tiga berkuasa bateri yang boleh ditunggangnya di dalam rumah. Yang saya perasan, apabila adiknya Riyadh, ketika itu sudah berusia 2 tahun mahu bermain bersama, akan ditolak adiknya. Yalah, padanya itu harta dia. Budak-budak. Banyak kali saya lihat, Safiyyah suka menolak adiknya itu apabila cuba menaiki motornya.
Sampailah suatu hari pada waktu senja, mereka bergaduh pasal motor tu. Safiyyah seperti biasa akan jadi pemenang, menolak adiknya sehingga jatuh terduduk. Riyadh menangis besar.
Saya yang masa itu mahu ke bilik air untuk mandi, naik marah. Memarahi Safiyyah sunguh-sungguh dengan mengatakan padanya, dia seorang kakak yang kedekut, suka cari pasal, bencikan adik dan paling saya ingat sampai sekarang “Abah tak akan cakap lagi dengan Safiyyah”.
Kau bayangkan kawan, saya berkata kasar begitu kepada anak kecil yang baru berusia empat tahun.
Safiyyah menangis. Tersedu-sedu dan membawa diri ke bilik wan (nenek) nya. Berjalan penuh sayu, menunduk sambil tangan kanan mengesat-ngesat air mata yang jatuh berjurai di pipinya. Sayu, teramat sayu dan pilu.
Saya terus dalam keadaan marah masuk ke bilik air. Mulut masih lagi membebel. Selesai mandi saya kembali ke bilik. Sudah sahaja memakai pakaian, saya pun bersedia untuk keluar dari bilik menuju untuk bersolat maghrib di ruang tamu. Ketika mahu keluar,di dinding, bersebelahan pintu bilik, Safiyyah duduk di situ.
Dengan kedua-dua tangan memeluk lutut yang mana lututnya itu di paras dadanya, kepalanya tertunduk, dan dia kemudian memujuk saya dengan mengangkat kepala memandang ke arah saya, perlahan suaranya tersedu-sedu memanggil “Abah, abah, Safiyyah ni”.
Itulah Safiyyah. Kena marah macamana pun, tak sampai seminit dia akan cuba mengambil hati saya dengan menunggu di pintu bilik. Banyak kali sudah dibuatnya begitu.
Itulah perkara paling bodoh saya lakukan dalam hidup saya hari itu. Saya langsung tidak menyahut panggilan Safiyyah, dan lebih malang bagi Safiyyah, saya tidak langsung menghiraukannya. Terus membentang sejadah dan bersolat maghrib, dalam keadaan marah hanya reda sedikit.
Safiyyah pula, kekal duduk bersandar di dinding, dengan harapan saya akan memujuknya.
Tidak. Saya terus tidak melayannya. Keluar dari rumah, untuk ke masjid pula, saya terus dengan ego bodoh saya terhadap anak kecil itu, tidak memandang dan melayannya.
Ketika saya bergerak ke masjid dengan menaiki motorsikal, saya sempat memandang ke arah pintu cermin, kelihatan Safiyyah memandang sayu ke arah saya. Saya pula, kekal tidak pedulikannya.
Kalian tahu, hari itu anak kecil bernama Safiyyah ini diuji perasaannya pada usia begitu dengan sikap sombong dan bodoh bapanya, iaitu saya.
Sungguh, pandangan sayu Safiyyah hari itu, masih kekal dalam ingatan saya.
Didikan Terbaik
Di masjid, sebelum Ustaz Jauhari memulakan kuliahnya, beliau suka bermula dengan mukadimah berkaitan isu-isu semasa. Entah kenapa hari itu, beliau memberi peringatan dan pengajaran berkaitan mendidik anak dengan betul. Katanya:
1. Mendidik anak bukan seperti mendidik orang dewasa, perlu belaian dan kasih sayang yang berlebihan daripada walinya dan ibunya.
2. Tarik minat anak-anak dengan ilmu agama, sirah nabi.
3. Tegur anak dengan baik, bukan menengking, memboikot malah menarik muka mahupun tidak bertegur sapa beberapa hari.
4. Rujuk cara nabi Muhammad melayan anak-anak.
5. Anak kalau bergaduh sesama, itu biasa. Bagi masa untuk mereka suaikan diri, bagi peluang semua merasa dan bagi menang-menang, bukan sorang menang, sorang kalah.
6. Anak merajuk, ambil hati anak. Bukan dibiarkan begitu sahaja dengan dunia rajuknya.
7. Dengarkan anak dengan bacaan al Quran dari bibir kita sendiri, perlahan-lahan anak ini akan jadi anak yang patuh pada arahan kita, lembut hatinya mendengar kata.
Saya termenung. Semasa itulah saya sedar, betapa bodoh dan sombongnya tindakan saya terhadap Safiyyah. Tindakan paling bodoh diambil untuk budak seusia begitu. Ya Tuhan, ampuni aku.
Sesal Menyapa
Mengikut marah saya, saya lupa perasaan Safiyyah yang masih kecil. Saya lupa betapa dia perlukan kasih sayang saya. Saya lupa, betapa dia suka duduk di atas riba saya. Saya lupa, bahawa umurnya ketika itu baru empat tahun. Saya silap, bukan itu didikan untuk Safiyyah pada usianya begitu. Saat itu, hati saya mendesak untuk pulang segera, bertemu dan memeluknya erat sepuas-puasnya.
Selesai solat isyak, saya lekas pulang. Hati saya memberontak, mahu terus berjumpa dengan puteri si jantung hati saya. Sesampainya di rumah, isteri membuka pintu, kemudian berkata pula dalam sayu,
“Kasihan Safiyyah. Dia sudah tidur, menangis tidak henti-henti. Abang ni, nak marah ke budak pun, janganlah sampai begitu sekali sikapnya. Tak layan ke dia, tak pandang ke dia, tak tegur ke dia. Apalah yang dia tahu pada umurnya begitu. Dunianya hanya kegembiraan, dunianya hanya penuh permainan yang menyeronokkan. Dunianya, sudah pasti ada cemburu pada adik-beradiknya. Kita pun begitu kan dulu-dulu?”
Saya terduduk di atas sofa. Menghadap wajah Safiyyah yang sedang lena di atas toto, dibentang di ruang tamu. Wajah comel itu, sayu dan menyimpan rindu buat ayah yang baru sahaja memarahinya tanpa memikirkan tahap usianya, tanpa memikirkan bahawa Safiyyah itu anak perempuan, yang memerlukan kelembutan dalam asuhan berbeza dengan lelaki.
Saya, bertegas tidak bertempat. Itu semua mencipta tindakan bodoh dari diri sendiri.
Saya perlahan turun dari sofa dan merapati Safiyyah. Mengusap-ngusap kepalanya, menyentuh lembut pipinya. Ketika jari saya menyentuh tapak tangannya, seakan dia tahu ketika itu saya yang menyentuhnya, cepat dia menggenggam dengan jari kecilnya. Erat. Lama bagai tidak mahu dilepaskan.
Saya sebak. Menyesal dengan tindakan melulu saya, menyesal dengan dosa yang telah saya lakukan kepada Safiyyah. Entah kenapa saya hari itu, menuruti kata syaitan memenuhi nafsu amarah, meninggi ego kononnya saya betul lakunya.
Anak Anugerah Agung
Wahai kawan,
Anak ini anugerah agung kurniaan Allah. Didiklah mereka dengan jalan dan ajaran yang betul dan benar. Tegurlah mereka, perbaikilah sikap mereka mengikut usianya, berikanlah kasih dan sayang sepenuhnya selagi berpeluang. Kawal emosi kita ketika berhadapan dengan mereka. Berikan masa untuk mereka bermanja dengan kita, luangkan masa untuk bersama bergurau senda bermain.
Saya pernah tersasar dalam memperbaiki sikap anak. Betapa sakitnya dan perasaan sesal itu kekal terpahat dijiwa sehingga sekarang. Tak pernah pudar walau sesaat.
Anak menghadirkan berkat dan rahmat buat kita, menambah rezeki keluarga. Tidak pula mereka membebankan kita, apatah lagi menyusahkan hidup kita.
Hadir mereka membawa keindahan dalam kehidupan berkeluarga. Indah jugalah hendaknya cara didikan kita, kelak harapannya apabila membesar setiap tahun, mereka mengikut segala didikan dan ajaran yang baik-baik, dan dapat menempuh alam kehidupan penuh cabaran dengan berpandukan jalan-jalan disukai agama dan masyarakat.
Mereka, pengirim doa bahagia kita di sana, asuhlah sebaiknya.
sumber : WS Adli,
Belajar dari kesalahan dan kesilapan diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di