Mayat reput ditemukan di Banting sah Yap Xin Yuan, remaja 15 Tahun yang dilapor hilang. Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting pada 28 Disember lalu ialah remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan

Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan, Remaja 15 Tahun Yang Dilapor Hilang

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan keputusan analisa Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia yang diperoleh pada Khamis.

“DNA positif. Mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh pihak keluarga,” katanya. 

Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting.

Remaja perempuan terbabit dilapor hilang sejak 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Mayat Reput Ditemukan Di Banting Sah Yap Xin Yuan, Remaja 15 Tahun Yang Dilapor Hilang
Hussein Omar Khan.

Remaja 15 Tahun Yang Dilapor Hilang

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilapor berkata, laporan kehilangan Xin Yuan diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras pada jam 2.15 pagi.

Ads

Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan dilapor itu dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Kali terakhir remaja itu dilihat di gelanggang bola keranjang terbabit berbaju tarian singa berwarna merah.

Remaja ini berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 39 kilogram, berambut panjang, dan memakai pendakap gigi.

Sumber: Sinar Harian

Ads

Baca artikel lain juga: Mayat Reput Ditemukan Di Banting, Dipercayai Milik Remaja 15 Tahun Yang Dilaporkan Hilang

 

 

Ads

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads