Mayat reput ditemukan di Banting, dipercayai milik remaja 15 tahun yang dilaporkan hilang. Penemuan mayat reput di sebuah sungai di Banting dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.
Mayat Reput Ditemukan Di Banting
Polis percaya ia berkait dengan kes laporan kehilangan Yap Xin Yuan, 15, yang diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras, pada 2.15 pagi, 20 Disember lalu sebelum usaha mencari mangsa dijalankan.
Menurut sumber, penemuan mayat mangsa yang dibuang di dalam sungai adalah susulan penahanan teman lelakinya dan dua lagi individu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan penemuan mayat itu, polis sudah menahan tiga individu buat masa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dipercayai Milik Remaja 15 Tahun Yang Dilaporkan Hilang
“Keadaan mayat ditemukan dalam keadaan reput. Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mangsa.
“Bagaimanapun, kita percaya ia (penemuan mayat) ada kaitan tetapi perlu tunggu keputusan DNA yang dijangka diperoleh sehari dua ini,” katanya.
Susulan itu, tiga lelaki, termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu, ditahan polis selepas penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu.
Ads
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berusia 16, 20, dan 51 tahun, membabitkan teman lelaki serta dua ahli keluarganya, yang ditahan semalam direman sehingga 5 Januari depan bagi membantu siasatan.
“Berikutan penemuan (mayat) ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengklasifikasikan semula siasatan kertas inkuiri orang hilang kepada siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Hussein turut memaklumkan, mayat yang dijumpai di RTB Sungai Changgang sudah reput (decompose) dan tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.
Mayat dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Banting dan pihaknya masih menunggu keputusan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa.
Semalam, polis menemukan mayat reput di sebuah sungai di Banting, dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan Yap Xin Yuan, 15, di Kajang pada 19 Disember lalu.
Ads
Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan dilapor itu dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.
Kali terakhir remaja itu dilihat di gelanggang bola keranjang terbabit berbaju tarian singa berwarna merah.
Remaja ini berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 39 kilogram, berambut panjang, dan memakai pendakap gigi.
Dua beradik terkurung dalam kebakaran, ditemui berpelukan tanpa suara. Dalam satu insiden mendebarkan di Taman Sri Kota, Kuala Kedah, dua kanak-kanak ditemui dalam keadaan kaku berpelukan oleh anggota bomba selepas rumah mereka terbakar pagi tadi.
Dua Beradik Terkurung Dalam Kebakaran, Ditemui Berpelukan Tanpa Suara
Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Zulkifli Abd. Azis, beliau bersama seorang lagi anggota menyusup masuk ke tingkat atas rumah yang sedang marak untuk menyelamatkan dua beradik yang dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik.
“Kami dapati mereka berdua hanya berpelukan tanpa menangis, mungkin terkejut. Masa kami sampai, kakaknya bersuara perlahan – katanya, ‘bomba dah sampai’, macam lega sangat dia nampak kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun dan adik lelakinya berusia tiga tahun, berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Mereka ditemui dalam keadaan tenang walaupun berada dalam situasi yang sangat mencemaskan.
Zulkifli menjelaskan, mereka naik ke tingkat atas dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) selepas dimaklumkan ada mangsa masih berada dalam rumah.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar, memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada jam 10.16 pagi sebelum jentera dan anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau turut memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres berkembar dua tingkat, dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 70 peratus.
“Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta Proton Saga dan lapan buah motosikal,” jelasnya.
Punca kejadian masih dalam siasatan, dan pihak bomba sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sebab sebenar kebakaran berlaku. Syukur, dua beradik itu selamat walaupun nyaris menjadi mangsa tragedi.
Nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024, cucu dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.
Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024, Cucu Dapat 4A+, 5A
Menerusi perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna bernama Cikgu Muhamad Nazri, remaja lelaki tersebut berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 4A+ dan 5A dalam peperiksaan berkenaan.
“Ramai yang masih ingat kisah nenek yang baca Yasin semasa cucunya ambil SPM. Ini hasilnya. #spm2024,” tulisnya sambil berkongsi gambar salinan slip keputusan pelajar tersebut.
Kejayaan ini menjadi bukti berkat usaha gigih pelajar yang kehilangan ibunya pada Oktober lalu, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada nenek tersayang yang hadir setiap hari ke maktab bagi memberi dorongan dan membacakan Yasin sepanjang tempoh peperiksaan yang berlangsung pada Januari lalu.
Perkongsian yang dimuat naik itu telah meraih lebih 360,000 tontonan, menyentuh hati ramai pengguna media sosial.
Rata-rata warga maya berkongsi rasa sebak dan turut gembira dengan kejayaan pelajar itu, selain menitipkan doa agar masa depannya terus gemilang.
Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.