Baru sahaja mahu menarik nafas lega apabila majlis kenduri kahwin baru sahaja selesai, namun wanita ini terpaksa berdepan dengan satu episod sedih dalam hidupnya apabila lelaki yang baru sahaja bergelar suami padanya dijemput ilahi.

Ketika inai masih merah di jari, masih terniang-niang saat lafaz diakadkan, wanita bernama Azimah Zahari ini diuji dengan kehilangan suaminya akibat terbabit dengan nahas yang berpunca dari lubang jalan di Kampung Lubuk Kawah sekitar jam 10 malam.

Azimah dan pasangannya baru sahaja disatukan pada 4 Februari yang lalu.

Cuma 6 Hari Kahwin Bergelar Isteri, Suami Pergi Akibat Terbabas Lubang Jalan

Menceritakan detik kejadian, selepas tamat waktu bekerja, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Jengka 12 namun mereka menaiki kenderaan yang berasingan.

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

“Selalunya kami pergi dan balik kerja bersama, sama ada naik motosikal atau kereta. Tapi pada hari kejadian, kami naik berasingan. Suami naik motosikal sebab katanya nak ‘service’ motosikal.”

IKLAN

Menurut Azimah, kereta yang dipandu olehnya sedikit ketinggalan daripada suaminya kerana keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit. Ketika melepasi lokasi nahas,dia membuat pusingan u-turn apabila melihat warna motosikal yang terbabas seperti dikenali.

“Selepas melepasi tempat suami terjatuh, tapi saya pusing semula sebab saya kenal dengan warna motosikal itu dan memang tak sangka, suami saya terjatuh terlanggar lubang. Itulah yang diberitahu kepada saya oleh orang awam.”

Menurutnya, suaminya Hairul Hafizi dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui di lokasi. Hanya selepas beberapa minit dikejarkan ke pusat perubatan, alangkah terkejutnya Azimah apaila diberitahu oleh pihak doktor yang suaminya gagal diselamatkan.

“Bila tiba di hospital, saya terus mendaftarkan nama suami tetapi selepas lima atau sepuluh minit selepas itu, doktor panggil saya dan maklumkan yang suami sudah meninggal dunia.”

IKLAN

“Saya betul-betul terkejut, tergamam.. Macam tak percaya benda ini boleh berlaku.”

“Ada juga saya rasa ralat sangat. Kalau saya tahu akan berlaku macam ini, saya takkan benarkan suami naik motosikal.”

“Itulah laluan kami untuk balik kerja. Jalan tu selalu ada air dan saya perasan memang ada lubang.”

Azimah berharap kejadian yang berlaku kepada arwah suaminya itu tidak berulang.

IKLAN

“Janganlah jadi pada orang lain pula. Sebelum ini, ada juga dengar orang patah tangan, kaki.. Cuma nyawa je tak melayang lagi.

“Sekarang berlaku pada suami saya. Jadi saya minta dan berharap, pihak berkaitan dapat membaiki atau selenggara sekerap jalan itu.”

Memetik dari laporan akhbar Sinar Harian, tinjauan mendapati laluan di lokasi kejadian telah pun diturap.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Cuma 6 Hari Kahwin Bergelar Isteri, Suami Pergi Akibat Terbabas Lubang Jalan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI