Penemuan mayat mangsa ke-25 tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, malam tadi, disifatkan pengalaman tidak boleh dilupakan dan bermakna buat seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Menceritakan perkara itu, Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Petaling SM (PA) Muhammad Eqmal Haqimi Sufian, berkata ia merupakan operasi pertamanya sejak menjadi pegawai dalam APM.

Katanya, pada jam 11.15 malam ketika dia dan petugas lain membuat pememantauan di bahagian tengah Seksyen C di lokasi kejadian sambil beberapa mesin jengkaut melakukan kerja-kerja mengorek pasir, dia ternampak petanda baharu.

Katanya, dia melihat beberapa barangan seperti khemah, pakaian, selimut dan tilam, sekali gus memberi harapan penemuan mayat mangsa di kawasan itu.

Dia berkata, dengan menggunakan jengkaut secara berhati-hati, mereka kemudian memberi tumpuan di kawasan itu sebelum ternampak objek seperti tubuh terbaring.

“Saya yakin ia adalah mayat kanak kanak berumur dalam lingkungan lima ke tujuh tahun yang tidak pasti jantinanya kerana penuh diselaputi tanah selut.

“Pada ketika itu saya berada dalam jarak 10 meter dari lokasi yang dikorek. Saya terus bergerak ke arah objek tersebut tetapi kaki saya tersangkut dan terbenam hingga ke paras paha dan tidak boleh bergerak.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

IKLAN

“Saya meminta bantuan penyelamat yang lain untuk mengeluarkan kaki saya yang terbenam tetapi agak sukar dan akhirnya kasut saya tersangkut di dalam tanah, saya terjengket-jengket untuk pergi ke arah objek tersebut bersama rakan penyelamat yang lain.

“Mesin jengkaut kemudian mengorek di beberapa bahagian lain berhampiran mayat yang dijumpai, setelah tanah digemburkan, kami terus mengeluarkan mayat mangsa menggunakan pengusung yang disediakan,” ujarnya.

Katanya lagi, agak sukar untuk bergerak di sekitar lokasi itu dan sesiapa sahaja boleh terbenam pada bila-bila masa jika tidak cuba keluar dengan segera.

“Selepas membawa keluar mayat mangsa yang dijumpai, saya menarik nafas lega dan puas hati kerana setelah beberapa hari mencari akhirnya dapat mencari mangsa seterusnya.

“Malah saya rasa semua penyelamat telah mendapat semangat tambahan untuk terus berusaha mencari mangsa yang masih belum dijumpai,” katanya.

IKLAN

Tambahnya, pada malam tadi, pencarian diteruskan sehingga jam 12 tengah malam dan disambung semula pagi tadi.

“Walaupun saya kehilangan sebelah kasut, saya rasa bersyukur dan berpuas hati kerana pencarian mangsa membuahkan hasil dan memberikan semangat tambahan meneruskan misi pencarian.

“Inilah operasi saya yang pertama kali sejak menjadi Pegawai APM dan merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat saya, saya berharap akan dapat memberikan sumbangan tenaga sebagai anggota penyelamat dan berjasa untuk agama, bangsa dan negara,” katanya lagi.

TERKINI: Empat Mayat Mangsa Ditemui Di Kedalaman 7 Meter
Empat mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Sektor C, kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, pada kedalaman tujuh meter.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, keempat-empat mayat mangsa ke-27, 28, 29 dan 30 itu ditemui dalam bungkusan khemah.

IKLAN

“Mangsa dipercayai berada dalam satu lokasi di Sektor C. Kesemua mayat yang berada di dalam bungkusan khemah itu telah dibawa keluar.

“(Mayat) mangsa masih berada dalam keadaan yang sempurna dan berpakaian tetapi sudah mula mereput,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada petang Khamis.

Tambah Suffian, mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

“Berharap ada perkembangan positif yang berlaku hari ini, berharap keadaan cuaca dapat membantu kita,” katanya lagi.

Sehingga kini, angka korban dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm meningkat kepada 30 orang, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.

Sumber : Astro Awani

Mesti Baca :

‘Mayat Dalam Keadaan Sempurna Dan Berpakaian Tetapi Sudah Mula Mereput’

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI