Diuji dengan kesakitan akibat batu karang hingga dimasukkan ke hospital swasta untuk jalani pembedahan dengan segera, tidak sedikit pun melunturkan semangat pengarah dan pelakon, Datuk Gerald Hans Isaac, 51 untuk kekal positif.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Saya masuk hospital jam 3 pagi (Ahad) sebab perut saya terlalu sakit. Isu dia batu karang di dalam perut saya. Jadi saya tidak berapa tahan, memang sakit sampai saya tak larat. Jadi saya masuk hospital di sini.
“Pembedahan pukul enam nanti. Harap-harapnya semua ok, esok boleh balik dan sambung lagi perjuangan saya dengan pasukan saya dan parti saya,” katanya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai mana memetik laporan Sinar Harian dengan penuh semangat.
Berita mengenai kemasukan Hans ke hospital sebelum itu dimaklumkan oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Rodziah Ismail menerusi satu ciapan di Twitternya.
“Semoga Datuk Hans cepat sembuh. Berehat tau. Semangat untuk bawa Perubahan, Team Kempen PH Ampang, baik Calon, Altimet (pencadang) Datuk Hans (penyokong) dan jentera-jentera.
Ads
“Walaupun ada yang kurang sihat, kami teruskan usaha. #KitaBoleh,” ujar Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga.
Pada Sabtu lalu, pencalonan Rodziah dicadang oleh penyanyi rap popular, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau AltimetAltimet yang juga Ketua Cabang PKR dan disokong oleh Hans.
Ads
Hans sepatutnya dijadualkan untuk memberi ucapan pada acara Ceramah Umum PH di Setiawangsa pada malam Ahad bersama calon PH bagi Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan calon PH bagi Parlimen Subang, Wong Chen.
Diet Intermittent Fasting, mungkin ada yang berkira-kira untuk berdiet menggunakan teknik tidak makan selama 12-16 jam, ada merasakan berat sungguh untuk dilakukan. Dapatkan perut kita bertahan dalam tempoh masa yang begitu lama.
Berkongsi pengalaman daripada Dr Zubaidi Hj Ahmadi, menarik juga untuk dibaca mengenai trik yang telah dilakukan hingga kini berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan berat badan ideal dengan mengamalkan diet Intermittent Fasting ini.
Ini perkongsiannya.
Ada yang bertanya bagaimana saya boleh bertahan tidak makan selama 12-16 jam seperti mana yang diajarkan dalam Diet Intermittent Fasting.
Sebenarnya saya berlatih selama beberapa bulan nak dapat kebolehan tahan lapar ini. Masa mula-mula dulu asyik gagal. Tapi tidak putus asa. Kadang kala isteri ajak makan, kadang kala tengok makanan tu sedap terus jadi lapar dan ada pula rasa sugar craving. Itu yang menggagalkan.
Dulu saya ingat saya gastrik jika lambat makan. Terutama waktu pagi. Mesti sarapan. Kalau tak sarapan, gastrik menyerang. Makan pukul 7AM dan pukul 10AM dah lapar semula. Rupanya tidak. Ia hanyalah mainan minda.
Jadi saya latih minda dan minum air kosong secukupnya. Kalau tidak, asyik ingat nak makan saja.. Perut pula rasa pedih saja. Gagal, berjaya. Bersilih ganti. Jangan putus asa.
Sekarang saya mampu bertahan tidak makan sekurang-kurangnya 12 jam. Cara mudah saja. Kali terakhir makan pada 8PM, tidur awal. Bangun pagi 5AM ambil sesudu minyak zaitun dan segelas air kosong.
Esok pagi 8AM sudah boleh bersarapan. Pilih sarapan yang mempunyai tahap fiber yang tinggi, protein dan lemak sihat. Contoh sekeping roti dengan dua biji telur rebus atau separuh masak, dan letakkan sedikit minyak zaitun. Jangan bimbang dengan pengambilan lemak sihat.
Jika sibuk dengan tugas, saya akan gabungkan bersarapan dengan makan tengahari. Inilah yang dinamakan sebagai brunch.
Bila makan tengahari pukul 1PM, saya amalkan konsep Healthy Plate. Banyak sayur, sesenduk nasi, lebihkan protein seperti telur dan ikan. Ambil sesudu dua minyak zaitun lagi. Air kosong campur sesudu cuka teen.
Makan semula pukul 8PM. Kemudian air kosong sehingga waktu tidur dalam pikul 1030PM-11PM. Jika tidur lambat, kita akan rasa lapar semula.
Mudahkan?
Tidak…. Semuanya perlukan semangat, kesabaran dan jiwa kental. Alhamdulillah mampu bertahan dari 2015 hingga sekarang (2021). Sekarang berat 75kg.
Jadi jangan terperanjat jika saya rutin saya bersarapan atau brunch. Saya pastikan saya tidak makan sehingga 12 jam dari masa terakhir makan.
Alhamdulillah, lebih sihat, dan bertenaga. Dan lebih hensem (kata sesetengah orang). Hahaha… Korang yang belum kurus lagi, saya nak ingatkan. Dah masuk suku tahun pertama, azam tahun ini jadi macam azam tahun lepas ke? Simpan bawah karpet?
Hahaha saja nak bakar sampai hangit..Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Mengikut pengetahuan ringkas berkenaan Vitamin C, pastinya ramai antara kita sedia maklum dengan pengambilan Vitamin C ini ianya sangat bagus untuk merawat kulit agar kekal sihat dan berseri.
Lantas untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, kita merasakan dengan mengambil dos yang tinggi, itu adalah lebih baik. Pun begitu, tanggapan tersebut adalah salah dan tahukah anda apabila seseorang mengambil vitamin C dengan kadar yang tinggi melebihi keperluan tubuh ianya akan mengundang padah!
Hal ini dijelaskan oleh Dr Hafsah Sazali dan bagus kiranya kita fahaminya dengan lebih jelas tentang Vitamin C ini.
PERANAN VITAMIN C DALAM KESIHATAN KULIT
Vitamin C adalah penting untuk pembentukan kolagen, sejenis protein yang memberi struktur dalam tulang, gigi, kapilari darah dan membantu penyerapan zat besi. Dalam bidang kulit, vitamin C yang juga merupakan antioksida digunakan dalam bentuk topikal (sapuan).
Kajian menunjukkan ia bertindak sebagai agen anti-penuaan serta rawatan bagi masalah pigmentasi kulit, dan kerosakan dalam kulit akibat radiasi matahari. Tiada kajian kukuh membuktikan ia berkesan sebagai rawatan penyakit kulit kronik seperti ekzema.
Walau bagaimanapun, penghasilan produk yang mengandungi formulasi vitamin C yang stabil dan berkesan adalah mencabar. Oleh itu, ia menghadkan penggunaan dan kajian lanjut bagi vitamin C topikal untuk tujuan rawatan kulit.
‘VITAMIN C NI KAN BAGUS, JADI KALAU AMBIL SUPLEMEN VITAMIN C DOS TINGGI LEBIH BERTAMBAH LA MANFAATNYA. BETUL TAK DOKTOR?
Vitamin C memang bagus tapi ini tidak bermakna pengambilan yang banyak dengan suplemen memberi lebih manfaat. Kekurangan vitamin C menyebabkan scurvy yang mempunyai gejala seperti keradangan gusi, kekeringan mulut, mata dan kulit serta folikel rambut. Scurvy boleh dirawat dengan pil suplemen vitamin C. Selain scurvy, tiada bukti kukuh vitamin C dos tinggi merawat penyakit kulit. Berbeza dengan tanggapan terdahulu, kajian terkini menunjukkan suplemen vitamin C tidak mencegah demam selsema. Ia mungkin bermanfaat untuk golongan tertentu sahaja yang melakukan aktiviti fisikal yang ekstrem seperti pelari marathon dan pemain ski.
Jumlah vitamin C yang diserap oleh badan terhad walaupun dos yang jauh lebih tinggi diambil. Oleh itu, jika anda ambil vitamin C beribu-ribu milligram sekali pun, kebanyakannya dikumuhkan dan keluar melalui air kencing.
Vitamin C dos tinggi mempunyai risiko seperti cirit-birit, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Dos tinggi juga boleh membawa kesan sebaliknya sebagai pro-oksida, menyebabkan kadar zat besi berlebihan dalam badan, dan mudarat kepada pesakit-pesakit kronik buah pinggang, G6PD, thalassemia dan haemochromatosis. Kes-kes kerosakan buah pinggang sudah dilaporkan di jurnal perubatan dan rakan-rakan saya sendiri yang juga doktor buah pinggang pernah merawat kes sebegini.
Tambahan pula, kebelakangan ini ramai pengguna yang sanggup mengambil banyak suplemen berbentuk pil dan suntikan intravena tidak berdaftar (Perlu diingatkan bahawa TIADA suntikan vitamin C yang diluluskan oleh KKM). Hakikatnya, produk tidak berdaftar adalah tidak diketahui asal usul, kandungan, dan keselamatannya. Sudah tentu risikonya tinggi.
TAKKAN MAKAN SUPLEMEN VITAMIN PUN TAK BOLEH? DOKTOR NI ANTI-SUPLEMEN KE?
Kami membentangkan fakta berdasarkan bukti kajian terkini. Ini tidak bermakna kami anti suplemen. Suplemen yang diluluskan diperlukan oleh golongan tertentu dan perlu diberikan mengikut garis panduan.
Doktor yang beretika tidak akan menasihati pesakit supaya membeli suplemen tanpa bukti kukuh mengenai manfaat sebagai rawatan, apatah lagi jika ada risiko. Rujuklah pada yang pakar jika nak ambil mana-mana suplemen.
Saya sendiri sebagai doktor merujuk kepada garis panduan pakar nutrisi. Mengikut Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (2017), dos vitamin C yang disarankan bagi orang dewasa dan warga emas ialah 70mg sehari. Dos lebih tinggi diperlukan bagi golongan tertentu seperti ibu mengandung (80mg sehari) dan menyusukan anak (95mg sehari).
Ada banyak makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C (boleh rujuk senarai yang saya sertakan). Pinggan Sihat Malaysia yang dianjurkan KKM menyarankan buah-buahan dan sayuran sebagai separuh jumlah setiap hidangan yang diambil. Anda juga akan mendapat nutrien-nutrien lain serta serat.
Pesan saya, Makanlah ikut keperluan, bukan kehendak.
Sumber : Dr Hafsah Sazali
MB, BCh, BAO (NUI, RCSI), LRCP & SI
MRCPI
PGDip Clinical Dermatology
MSc Clinical Dermatology
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya kita tahu daging atau ayam mentah tidak elok dimakan tanpa dimasak terlebih dahulu kerana ada bakteria yang boleh membahayakan tubuh.
Selain daging mentah, ada makanan lain yang boleh mendatangkan bahaya andai dimakan tanpa dimasak terlebih dahulu. Mungkin bagi sesetengah orang, ini perkara remeh tetapi sebenarnya boleh memberi kesan negatif pada tubuh. Silap-silap boleh membawa maut. Jadi kena berhati-hati ye ibu-ibu. Sila take note hal ini!
Ini antara makanan tersebut:
1. Kentang
Kalau anda makan kentang yang masih mentah ia boleh menyebabkan angin dalam badan. Perut anda juga akan mengalami banyak gas, kerap kentut dan kembung perut.
Kentang yang telah direndam lama dalam air dan sekiranya anda makan secara mentah ia akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan.
2. Sosej
Anda janganlah makan sosej masih mentah, ini kerana kita tidak tahu cara pembungkusan sosej dan ia mungkin terdedah dengan pelbagai kuman. Sebaiknya, basuh dan rebus atau goreng sosej sebelum dimakan.
3. Taugeh
Untuk pengetahuan anda, taugeh kaya dengan vitamin yang baik untuk kesihatan. Namun, anda perlu ingat taugeh tumbuh dalam kawasan yang lembap dan bakteria mudah untuk membiak. Pastikan anda sentiasa membeli taugeh yang segar dan bukan yang direndam selama beberapa hari.
4. Terung
Terung mentah mungkin mengandungi toksik Solanine. Anda boleh mengalami angin, kembung perut dan keracunan makanan.
Lepas ini ibu-ibu kena pastikan tak makan semua jenis makanan ini secara mentah ya!
Sumber: Reader’s Digest
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di