Penjagaan kesihatan amat penting untuk kita agar dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Namun, sebaliknya ia akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.
Sebagaimana perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang terkenal dengan perkongsian kesihatannya di laman facebook miliknya, telah menyenarai masalah kesihatan apabila tidak pemakanan dengan betul.
Beliau mengupas tajuk apabila makanan segera dimakan bersama minuman air bersoda.
Ikuti perkongsiannya.
Ads
JANGAN GABUNGKAN MINUM AIR BERSODA DENGAN MAKANAN SEGERA
Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Saya sudah lama tidak membeli di restoran segera. Mungkin lima tahun lepas. Seingat saya pernah minta air mineral tetapi tidak dijual. Saya tidak faham mengapa makanan segera seperti burger harus diambil bersama air bersoda. . Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger dengan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya. . Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi di dalam kedua-dua makanan ini. Begitu juga dengan kentang goreng yang disediakan. Ia juga memberatkan fungsi hati, ginjal, pankreas dan jantung. . Jika diambil sesekali, mungkin kesan negatif itu tidak kelihatan dengan jelas, namun jika diambil setiap hari atau beberapa kali sehari seperti mana amalan di kebanyakan individu di Amerika Syarikat, ia memberikan impak negatif dengan cepat. . Gabungan makanan seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisme akan perlahan, akhirnya ia disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Malah ia hanya memberikan rasa kenyang sebentar saja, dan kita kan berasa lapar semula dalam jangka masa yang pendek dan mahu makan semula. . Jika teringin sangat mahu makan burger sesekali, ia mungkin elok diambil dengan air kosong atau minuman lain seperti teh dan kopi tanpa gula. Namun begitu saya tidak mengrekomendasi pengambilan sebarang makanan segera. . Ada juga beberapa minuman dan makanan yang tidak sesuai digabungkan dengan minuman bersoda. Ia boleh menyebabkan masalah penghadaman. . 1. SUSU DAN MAKANAN/MINUMAN YANG MENGANDUNGI SUSU
Ads
Ia menyebabkan tahap asid dalam perut akan bertambah. Ini akan menyebabkan abdomen kembung, rasa mual, muntah dan rasa pedih ulu hati. . 2. MAKANAN PEDAS
Ramai yang cuba mengurangkan rasa pedas dengan segera minum air bersoda yang sejuk. Secara tidak sedar kita telah mengabungkan dua makanan dan minuman yang bakal mengganggu penghadaman. . 3. MEE SEGERA
Ads
Ia bersifat asid. Gabungan keduanya akan menyebabkan lebih banyak penghasilan gas karbon dioksida dengan berlebihan di dalam perut. Ini menyebabkan abdomen menjadi tidak selesa dan kembung. . 4. KOPI
Kopi pun bersifat asid. Gabungan kopi dan air bersoda membuatkan perut kita tak selesa kerana penghasilan karbon dioksida (dari air soda) yang sangat banyak. Jika dihidangkan kopi jarakkan dua jam jika mahu ambil kopi selepas minuma air bersoda.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernahkah anda mengalami masalah sakit tangan kiri dalam tempoh yang lama. Sakit hilang dan kemudian datang balik.
Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Ikuti lanjut perkongsian Dr ini mengenai masalah ini.
_________________
Saya berpendapat bahawa puan harus membuat pemeriksaan lengkap bagi kesihatan puan kerana rasa kebas pada tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Ada disebabkan oleh punca yang ringan dan ada yang disebabkan oleh punca yang lebih serius. Secara amnya rasa kebas dan mencucuk pada anggota badan tidak boleh dipandang ringan.
Salah satu punca masalah ini adalah tanda-tanda awal seseorang itu seseorang itu mengalami masalah saraf hujung atau lebih tepat sistem saraf peripheral. Kerosakan saraf ini disebut sebagai sebagai periferal neuropati. Kerosakan pada saraf akan menyebabkan penghantaran sesuatu isyarat dari hujung jari ke otak akan terjejas.
Kebanyakan punca masalah ini adalah diabetes, dan punca-punca lain adalah tidak mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti minuman beralkohol, merokok dan tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan. Selain itu, ia kerap berlaku pada mereka yang telah meningkat usia atas factor penuaan.
Pekerjaan yang berulang seperti menaip, memasak, duduk terlalu lama, trauma akibat kemalangan, jatuh atau kesan kecederaan sukan boleh menyebabkan masalah seperti ini. Kekurangan vitamin B dan vitamin E juga boleh menjadi punca selain factor genetic genetik dan kesan pengambilan ubat tertentu.
Saya mencadangkan puan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin E untuk mencegah kerosakan saraf dan merawatnya. Antara sumber vitamin ini boleh didapati dalam minyak zaitun, bijirin, daging, sayuran, kentang, susu dan produk tenusu, buah-buahan, kekacang, ikan dan telur.
Kekurangan vitamin B dan vitamin E boleh menyebabkan seseorang mudah rasa penat, lemah otot, mengalami sawan malah boleh memberi kesan mental seperti kemurungan.
Selain itu saya mencadangkan puan melakukan urutan pada bahagian yang sakit menggunakan teknik deep muscle massage. Cara mudah dengan menyapu minyak panas untuk menghangatkan tangan atau kaki. Urut perlahan-lahan mengikut perjalanan saraf dan otot. Jangan biarkan tangan dan kaki terdedah terus kepada suasana yang sejuk seperti pendingin hawa.
Sungguh pun begitu pemeriksaan lebih lengkap perlu dilakukan untuk mengesan penyakit yang lebih serius.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika di kampung, pokok Pecah Kaca ini atau juga yang mengenalinya dengan nama Daun Pecah Beling bayak ditanam oleh orang-orang dulu untuk tujuan diambil manfaat daunnya itu.
Dikatakan daun pecah kaca ini elok diamalkan buat yang ada penyakit batu karang.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada seorang wanita berbangsa cina ini, Amanda Tan jelaskan cara bagaimana untuk manfaatkan khasiat daun pecah kaca ini untuk tujuan kesihatan.
Jom semak agar mudah untuk kita sediakannya.
“Hari ini saya kongsikan satu petua yang anda boleh amalkan menggunakan Daun Pecah Beling /Daun Pecah Kaca / Daun Jeneral Muka Hitam. Orang Cina mengenalinya sebagai Hak Min Cheong Khuan.”– Amanda Tan
Daun ini sangat sangat bagus dan sangat berkhasiat untuk kesihatan.
Berikut adalah resipi penyediaan daun teh pecah beling ala gaya orang cina ya. Kami amalkan rebusan dibawah apabila cuaca panas, demam, batuk ataupun batuk berkahak.
Resipinya:
20 ke 30helai Daun Pecah Beling yang dikeringkan
1x pek gula sarang lebah
2x biji Luo Han Guo
4 litre air.
Cara penyediaan :
1. Mula mula masukkan Luo Han Guo Daun dan Pecah Beling.
2. Rebus agak agak air bertukar warna kehitaman dan baru masukkan gula sarang lebah.
3. Biar mendidih sampai cair gulanya dan boleh tutup api.
Ekstra info : Air ini sangat bagus diminum suam suam jika anda ada batuk , kahak atau demam.
Boleh juga dibuat sebagai minuman santapan harian untuk melegakan kepanasan badan akibat cuaca atau makanan.
Daun Pecah Beling bersifat sejuk. Jadi minumlah sekadar seminggu 1 atau 2 kali untuk penjagaan badan.
Sumber : Amanda Tan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.