Lain orang lain cara dalam membahagiakan yang tersayang, terutamanya ibu yang melahirkan. Mungkin bagi yang berkemampuan, pemberian dari sudut kebendaan menjadi pilihan.
Namun, sebenarnya bukan kekayaan menjadi ukuran, ianya tidak boleh diukur dengan pengorbanan mereka menjaga kita sedari kecil. Malah, orang tua kita juga tidak mengharapkan semua itu, yang nyata hanya doa yang diharapkan untuk menjadi bekalan mereka di akhirat kelak.
Baru-baru ini, pelakon jelita, Anzalna Nasir telah memberi kejutan kepada ibu tercinta dengan menghadiahkan seutas rantai leher yang bernilai RM120,000. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Anzalna di laman Tiktok miliknya di mana ketika itu dia bersama keluarganya hadir di sebuah kedai emas terkemuka dan meluahkan hasrat mahu membeli rantai tersebut untuk ibu tersayang.
Malah, di penghujung perkongsian tersebut jelas kelihatan ibu Anzalna mengenakan rantai tersebut sehingga mengeluarkan air mata gembira kerana gagal menahan sebak.
Ads
Rantai yang dibeli oleh Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir itu difahamkan mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat.
Meninjau di ruangan komen, kejutan yang dibuat oleh Anzalna buat ibu tersayang itu telah membuat orang ramai sebak kerana sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi membahagiakan hati insan tersayang.
Ads
Ada juga di antara mereka mendoakan yang terbaik buat Anzalna dan menyatakan hasrat mereka supaya suatu hari nanti mereka juga berpeluang untuk membuat perkara yang sama buat bonda mereka sebagai tanda membalas jasa.
Lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain. Begitu juga apabila bersatu sebagai suami isteri. Wanita yang terkenal dengan sifat manjanya mendambakan kasih sayang manakala lelaki pula lebih mementingkan rasa hormat. Mungkin sesetengah orang beranggapan ia nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit.
Dua insan berbeza duduk di bawah satu bumbung bukan satu benda yang mudah, ia memerlukan komitmen dan juga toleransi. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat sehinggakan bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka аkаn rаѕа ѕеdіh dаn seperti dіbеnсі.
Ramai реrеmрuаn hаrі іnі banyak menghabiskan mаѕа dаn tenaga untuk mеmаѕtіkаn rumаh mеrеkа bersih, аnаk-аnаk mеrеkа ѕіhаt dan реnuhі реlbаgаі lagi tugas lаіn.
Tapi bіlа mеrеkа luра untuk mеnunjukkаn rаѕа hormat раdа ѕuаmі, si ѕuаmі аkаn nаmраk ѕереrtі tаk mеnghаrgаі ѕеgаlа реngоrbаnаn si іѕtеrі. Pernah rasa?
Wаlаuрun lеlаkі ѕеlаlu nаmраk tidak emosional аtаu ekspresif, tetapi sebagai раѕаngаn hіduр mеrеkа, реrеmрuаn tеtар perlu реkа terhadap реrаѕааn mеrеkа.
Bеbеrара саrа yang аndа bоlеh lаkukаn untuk tunjukkan rаѕа hоrmаt:
1. Cakap lemah lembut
sebagai isteri, sila jaga tutur kata.Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.
2. Gunakan panggilan mesra
Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat. Gunakan panggilan yang mesra dan selayaknya untuk seorang suami seperti abang, sayang, hubby dan sebagainya.
3. Jangan menyindir
Jangan sindir suami tentang isu-isu sensitif. Kalau suami ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.
4. Hormati permintaan
Dengar pendapatnya dan hormati permintaannya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.
5. Hormati tugasnya
Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.
6. Sayang keluarganya
Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.
7. Beri suami ruang diri sendiri
Jangan jadi isteri Queen Control.Sesekali, berikan suami ruang untuk diri sendiri. Suami juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan mahupun melakukan aktiviti dan hobi yang digemari.Jangan halang, berikan ruang pada dirinya
8. Berbincang dengan suami dahulu
Tanya pendapat dan berbincang suami dahulu bila isteri perlu membuat sesuatu keputusan yang penting serta hargai pandangan yang suami berikan.Ia membuatkan suami rasa dihargai, dianggap penting dan merupakan suatu penghormatan buat suami.
9. Jangan buka aib
Jika berhadapan dengan konflik mahupun masalah didalam rumahtangga, jangan sesekali membuka aib suami hatta dengan orang yang terdekat dengan kita.Hormati suami, jadilah isteri yang matang dan bijak,selesaikan segalanya dengan cara terbaik.
10. Utamakan suami dalam segala perkara
Taat dan patuhi perintah suami selagi tidak bertentangan dengan agama.Contohnya meminta izin sebelum pergi kemana-mana, menutup aurat dan menjaga maruah sebagai seorang isteri.
Sumber: Baituljannah.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak dapat bayangkan anak yang dikandung selama 9 bulan dapat ditatap dan disayang selama 15 bulan sahaja sebelum pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya…
Itulah yang berlaku pada pasangan suami isteri yang kehilangan bayi perempuan mereka yang meninggal dunia setelah ditemukan tidak sedarkan diri dengan kepala dan lehernya terjerut pada kain buaian dikatakan sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan di semalam (22 Februari 2022).
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata bayi tersebut, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang oleh doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Sendayan selepas pengasuhnya mendapati dia gagal bernafas.
Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati selepas bayi itu diberikan susu pada pukul 12.30 tengah hari mangsa telah ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik bersama dua kanak-kanak lain.
Pengasuh Sempat Buat PCR Sebelum Ke Klinik
“Selepas itu pengasuh telah keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk tujuan tugasan lain kemudiannya pada 3 petang pengasuh telah masuk semula ke bilik dan mendapati bayi itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
“Pengasuh terus mengambil bayi itu dari buaian dan menjalankan ujian proses bantuan pernafasan (CPR), tetapi dia gagal bernafas semula dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, bapanya, Yuseri Yusoff, 39, berkata, anak bongsunya, Nour Rania Asyifaa Yuseri, berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke rumah pengasuh pada pagi hari kejadian semalam.
“Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tapi ketika kejadian pengasuh letakkan dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.
Ujian Buat Mereka Untuk Kali Kedua
Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi pada 2020.
Yuseri berkata, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu malah anak sulung berusia tujuh tahun juga pernah dihantar ke pusat jagaan sama sebelum ini.
“Saya terima kejadian ini kerana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini dan difahamkan pihak polis ada merakamkan percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak ke pusat jagaan itu,” katanya.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejujuran dan kesetiaan antara suami isteri itu penting dalam memastikan hubungan suami isteri yang terjalin terus kekal bahagia selamanya. Pun begitu, kita juga sering mendengar kata-kata bahawa kesetiaan lelaki biasanya diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita pula diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.
Bercerita tentang setia, seorang suami yang dikenali sebagai Johan Ahmad, 45 juga pernah mengajukan persoalan kenapa isterinya yang masih setia bersamanya sedangkan kini dirinya berstatus OKU.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, bilamana Sri Norliana Muliyono, 33, yang memilih setia bersama suami, Johan Ahmad, 45, yang telah kudung kaki kiri selepas terbabit kejadian letupan gas di bengkel kereta miliknya pada 2020, menjadi perhatian.
“Saya Tidak Pernah Rasa Terbeban…”
Sri Norliana berkata, kejadian itu nyata mengubah kehidupan mereka sekeluarga apabila suami yang sebelum ini berusaha mencari rezeki kini hanya mampu bergerak dengan bantuan kerusi roda.
Menurutnya, setahun selepas kejadian itu dia yang tidak pernah berkerja nekad mencari rezeki bagi menyara keluarga, namun mengakui suami melakukan kerja sampingan bagi membantunya.
“Kami menjalani kehidupan suami isteri selama 15 tahun dan ketika suami masih cukup sifat dulu dia seorang yang bertanggungjawab serta berusaha memberi nafkah keluarga dan menyediakan keperluan kami tanpa berkira wang biarpun sibuk berkerja.
“Jadi atas alasan apa saya mahu meninggalkan suami dalam situasi yang dia sudah tiada upaya dan kudrat seperti dulu, malah saya tidak pernah rasa terbeban,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Suami Rajin Membantu
Dia yang berkerja dalam penyelenggaraan penapis air berkata, dalam keadaan yang terbatas, suami tetap membantunya dengan menguruskan rumah ketika dia berkerja dan menghantar anak sekolah.
“Dengan berkerusi roda suami buat kerja rumah termasuk memasak untuk anak ke sekolah. Dia tetap melakukan tanggungjawabnya bukan saja bantu di rumah, suami juga menjahit dan menjadi ejen jualan dalam talian,” katanya tinggal di Taman Anggerik, Bandar Tenggara, di sini.
Sementara itu, Johan berkata, dia kehilangan kaki kiri sehingga paras pangkal paha, tangan kirinya turut parah apabila terbakar dalam kejadian itu menyebabkan tangannya tidak dapat digenggam dengan sempurna selain ibu jari kanan juga putus.
Tidak Mahu Hanya Bergantung Pada Isteri
Bagaimanapun katanya, dia tidak mahu hanya bergantung kepada isteri semata-mata biarpun fizikalnya tidak sama seperti dulu.
“Kejadian itu menyebabkan saya hilang kaki dan perniagaan bengkel kereta tetapi bersyukur keluarga masih setia bersama saya.
“Saya tetap mahu berusaha untuk kelangsungan hidup dengan mengambil tempahan baju kurung (hanya untuk keluarga dan rakan), cadar, langsir dan set tilam bayi sambil turut berniaga dalam talian.
“Malah saya akan membantu isteri menguruskan rumah dan memasak setiap hari. Saya faham isteri yang sebelum ini tidak pernah bersusah payah berkerja kini terpaksa melakukan semua itu, jadi tugas saya meringankan kerjanya,” katanya.
Menurut Johan, dia terharu dengan kerelaan isteri yang sanggup berkerja demi keluarga mereka selain ketulusan isteri yang terus setia bersamanya.
“Saya anggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Biarpun sekarang perbelanjaan kami sudah tidak sama seperti saya berniaga dulu tetapi ia masih cukup dan yang penting sentiasa bersyukur,” katanya.